Followers

Thursday, July 22, 2010

TEMAN SEJATI SANG SUAMI.....

 SALAM UKHUWAH......

Dedikasi buat semua Sang Suami dan Teman Sejati Sang Isteri di luar sana.
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA dan sangat BERHARGA.

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...




Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai Sang Suami,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu 
disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai Sang Suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan teman sejati sang suami  ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. ..
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...



 










Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN  air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh Sang Suami  kerana sesautu hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


 Sayang selalu....

Wednesday, July 14, 2010

PERINGATAN UNTUK KITA.....

Salam Ukhuwah.... Salam Sya'aban.....

Terkejut saya pabila melihat mail box... ada satu emel dari 
rakan sejawat yang tidak pernah menghantar berita...
Pasti sesuatu yang menarik... lalu setelah dibuka...
Saya rasakan perlu dikongsikan dengan orang di luar sana.

Untuk renungan kita bersama………….
moga moga sama-sama kita muhasabah diri……Amin…..


RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong



TETAPI...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN,
SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, 
KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN
ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA 
KE ARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

 
Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.......

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.........

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


 
Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ...........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti....

Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ...

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7... Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.  Orang berpuasa di hari Arafah.'

 
Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Monday, July 12, 2010

LETIHnya........

Salam Ukhuwah....

LETIH....letih sangat kebelakangan ini.....
Berusaha untuk terus TERSENYUM dalam keletihan yang amat sangat....
Ku cuba pinjam KEKUATAN  dan KETABAHAN Wan Tercinta..
KESABARAN abah tersayang.......
 


















SEMOGA esok hadir KEKUATAN dan KETABAHAN Wan
serta KESABARAN Abah,,,,,,,
Mudah-mudahan ALLAH menyembuhkan segala rasa yg menyakitkan.
Sesungguhnya DIA MAHA PEMURAH, MAHA MENGETAHUI,
MAHA PENGASIH yang pasti menjanjikan KURNIANYA....

Friday, July 2, 2010

TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP!

Salam Ukhuwah,

Menemani puteri sulung ke  kedai buku 
adalah perkara yg amat saya suka....
Sambil Si Puteri memilih buku rujukannya...
Saya meninjau  sudut buku motivasi....
Sempena bulan membaca JULAI...
Mana tahu ada buku-buku yg menarik...

 "Jangan Bersedih- Jadilah Wanita Yang Paling BAHAGIA"
dari Dr. A'idh b. Abdullah Al Qarni.....menarik,
seperti biasa ku lihat isi kandungan....
sesuai untuk tambahan koleksi bacaanku.

Tajuk terakhir dari buku ini amat menarik perhatianku...


TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP!
Kebetulan pula terima emel dari seorang sahabat..
" Happy Nya Hari Ni"......


Jadikanlah gubuk ISTANA,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yg dari tanah
bukan dari istanamu yg dari gading




Manakala engkau TERSENYUM .....
sedangkan hatimu penuh dengan duka nestapa,
maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban
dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan.
Jangan ragu-ragu untuk tersenyum,
kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan senyuman.























Jangan dipaksa, kerana ia membawa penderitaan..
Tersenyum tidak akan membahayakan..
Bicaralah dengan orang sekitarmu dengan bahasa qalbu.
Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara
dengan bahasa senyuman.
























Di antara kebijaksanaan adalah  murah dengan senyuman
kerana semua orang pasti senang dengan senyuman..

Ketika engkau memberikan senyuman pada insan lain,
maka engkau sedang memberikan kepada mereka keindahan kehidupan
yang mereka harapkan...



















Bekalan kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang selalu
mendambakan dengan penuh kesabaran..

HARAPLAH KEBAHGIAAN DAN
JANGAN HARAPKAN KESENGSARAAN



Senyum Selalu..

ILMU penyuluh HIDUP,
AMAL bekalan PERJALANAN,
AKHLAK hiasan JIWA
PERIBADI  menuju DESTINASI,
AKHIRAT yang SUDAH PASTI.