Followers

Wednesday, November 28, 2012

KEHILANGAN



Cuaca yang tenang.....
Sekali lagi hati diduga dengan kehilangan antara insan yang terpahat di hatiku...
MakNdak.....pergi tak kembali
Pergi  menghadap Ilahi pada jam 12.30 malam tadi....
Dua hari lepas, petang sebegini terima sms dari abang sepupu saya, majlis bacaan yasin untuk Mak ndak....
Semalam, siapkan lubang kubur untuk perancangan HEM 2013...
Rupanya....ada lubang kubur yang pasti mennati orang yang disayangi.

Mak Ndak....Al Fatihah, semoga ditempahkan dalam kalangan orang-orang beriman
Jernih air muka Almarhum MakNdak...dari saya sampai sehingga jenazah Mak Ndak dibawa ke liang lahat, mata saya tidak lekang dari beliau....
Hanya Surah Yasin yang dapat dikirimkan buat Mak Ndak...
Syukur dapat bersama memandikan Mak Ndak buat Kali terakhir
Membantu mengkafankan,....dan melepaskan Mak Ndak dengan redha...w.pun hati berat dan mata berkaca....
Jenazah Mak Ndak sangat bersih dan jernih.......pemergiannya kepada ILAHI juga mudah...

Mak Ndak....sedar2  sahaja, saya makan masakan beliau, minum air dari tangan beliau, selalu tidur di rumah beliau.
Zaman kanak-kanak saya, rumah Mak Ndak adalah rumah kedua saya selain rumah Pak (Tok Wan).
Apa sahaja yang Almarhum  Pak Lang bawakan dari laut, itu yang Mak Ndak masak.....
Best....ikan segar2 buat kari, goreng...semua saya makan.....
Selain Allahyarhammah Mak Su Idah, Mak Ndak adalah ibu saudara yang dekat di hati saya...seperti ibu sendiri
PUas saya makan dari air tangan Mak Ndak ......sehingga Mak Ndak sekeluarga berpindah...saya masih terus suka air tangan Mak Ndak...

Sesuatu yang terpahat indah dalam hati saya....
Mak Ndak adakah guru Al Quran saya....mengajar saya mengenal alif, Ba, Ta.....mengajar saya mengeja sehingga selesai Al Quran saya di tangan Mak Ndak....
Bila Mengaji dengan Tok saya selalu culas, syukur dengan Mak Ndak saya selesai Al Quran....
Selalu Booking no 1....bila giliran mengaji.....hi3
Buat saudara saya, Abang Sani, Kak Ani, Kak Gee, Kak Cik dan Adik I.....sabar....kehilangan.....ini sama kita lalui

Semoga roh Mak Ndak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman
Ramai anak2 yang mendapat ajaran al Quran dari Mak Ndak....

Al Fatihah........

Saturday, November 24, 2012

Cuit atau Tampar Manja

Salam Ukhuwah.....



Berhari-hari renyai hujan membasihi bumi Allah yang indah ini....
Sesak Nafas, sakit Dada.....leher keras di bahagian belakang
serba tak kena dengan badan saya kebelakangan ini,
Lalu cuba cek tekanan darah.... patut la.....Darah rendah.....70/68..sgt rendah....
Terus ambil ubat.....2 hari lepas ke rumah mak, ceritakan pada abah dan mak
Terus suruh makan kerang la, hati laaa.......Ok dah skit....alhamdullilah
Pagi tadi bercakap sekejap dengan my sis (Mariatulshima)...so rasa KUAT  kembali...
Rasanya ...Maria adalah salah satu ubat pada saya bila saya dowm....

Mula terasa kurang Ok selepas hari UPSR keluar...
Jam sembilan saya sudah tiba di sekolah, telah ramai murid dan waris yang hadir
Dalam sepuluh lebih Cikgu Razif datang ke pejabat bawa berita... 2 orang sahaja 5 A
Sesak dada saya, tahun lepas 11 orang 5A...tapi tak apa tgu SU peperiksaan dan GB balik
Setelah lihat  semua analisis keputusan, peratus ok tak bayak turun, cuma 0.3 sahaja, tapi bilangan 5A amat mengejutkan.....
Cikgu HH, hampir menitiskan air mata....ramai juga guru2 yang hadir...dah janji kaita akan hadir hari ni kan..
" Ok simah, kita turun.. suka, sama-sama kita ketawa, sedih..sama-sama kita lalui" pujuk ku pada Cikgu HH, pad ahatiku juga.
" Tapi kena 2 je kak?".....sudah berkaca mata guru yang dedikasi ni....  subjek BM ok , Math pun OK, cuma BI dan Sains yang turun....
" Kita semua muhasabah diri, jangan salahkan sesiapa"....tutur ku mengikut kata hatiku kala itu..

Saya dan Cikgu HH turun ke dewan... semua calon telah sedia duduk mengikut kelas masing2....
Para waris duduk di belakang murid, kami hulurkan kerusi.....melihat muka-muka anak-anak ini yang nampaknya tidak faham hiba hati para guru...mereka masih bergelak ketawa..

Ya Allah berbeza anak-anak tahun ni, tahun lepas lebih matang, yang saya serahkan slip 5A menangis, yang tak dapat 5A pun menangis, tahun ni saya tak nampak air mata dari mereka.....betapa hati mereka suci dan riang serta penuh kesyukuran dengan apa yang ada.

Ucapan ringkas dari saya.....keputusan telah ada, terima rezki kita seadanya, pasti ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita..terukan perjuangan anak-anakku...
Ingat 7 Disember ni hari ke sekolah untuk ambik surat tawaran ke sekolah menengah....
Bagi yang ingin memohon ke MRSM, sila ambil no pin di pejabat mara...
Selamat menjadi pelajar sekolah menengah....teruskan berjuang..SPM menunggu.

Buat rakan guru dan warga SKSS....sabarlah...memang di luar sana banyak bunyi-bunyi yang tidak enak dek telinga kita, tapi kita tahu, saya tahu, Allah tahu...usaha kita sama seperti tahun-tahun lalu, malah lebih lagi,
cuma rezki kita kurang tahun ni.....
Mungkin Allah ingin cuit kita sikit agar kita terasa sedikit sakit dan berdoa pada NYA....
Atau Allah Tampar Manja untuk kita sama-sama muhasabah diri... sama-sama merancang dengan lebih teliti bagi tahun 2013.
Jatuh bangun adalah asam garam dalam kehidupan, begitu juga dengan kerjaya kita....
Cuma kita perlu bergading bahu sepakat unutk terus membina kekuatan...
Belajar dari kesilapan-kesilapan masing-masing, bukan menunding jari pada sesiapa.
Di sini, tiada siapa yang bersalah, cuma rezki kita terbatas banyak itu sahaja...
teruskan usaha, teruskan berdoa, agar rezeki kita melimpah -ruah pada tahun-tahun akan datang.

Walaupun banyak kemenangan lain yang digapai pada tahun 2012, terutama HEM dam KOKO...kejatuhan akademik (bilangan 5A) tetap memberikan kesan pada semua. Perlukan perancangan strategik yang lebih mendokong akademik. Kalau sehingga hari ini usaha kita 100%, tingkatkan ke 150%......
Usaha yang luar biasa akan hasilkan sesuatu yang luar biasa......
Terima kasih pada sebahagian besar yang hadir pada hari tersebut.....
Itu yang sepatutnya berlaku...
Pabila kita berjaya..sama-sama kita raikan, pabila kita berduka, sama-sama kita renung-renungkan.

I.Allah, andai rencana ALLAH , saya masih berjodoh dengan SKSS, adalah menjadi tanggungjawab saya, tanggungjawab kita bersama mengembalikan kegemilangan dan kecemelangan SKSS. Kita warga pendidikan faham % tak banyak turun, tapi orang kampung nak bilangan 5A sahaja....sabarlah kita dengan cuitan dan tamparan manja ini. Bagi unit Hem....akan memperkasakan Mentor mentee 2013, harap dapat komitmen dari unit akademik dan Koko....agar cuitan dan tamparan manja ini menjadi satu titik tolak untuk mendapat suatu ANUGERAH....dengan izin DIA, I.Allah.



Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah.......

Salam Ukhuwah...

Celikpejam..celik pejam...sesi persekolahan, atau kohort persekolah 2012 berakhir hari ni.....
Syukur setahun penuh aku di sekolah tahun ni....banyak perancangan  yang dibuat telah dilaksanakan
Banyak kejayaan mampu digapai oleh SKSS.....syukur alhamdullilah...
Banyak juga pengalaman dan ujian....tapi adat setiap ujian ada hikmahnya
setiap ujian ada rahmatnya...kita lebih kenal siapa di sisi kita tika kita diuji
Alhamdullilah, hari ini 09 Nov..selesai kohort persekolah 2012..


SELAMAT BERCUTI buat semua warga SKSS....
Buat anak-anak SKSS, seperti pesanan cikgu pada perhimpunan Isnin tadi dan pagi tadi
Jaga Keselamatan, Jaga Kesihatan dan ulangkaji pelajaran semasa cuti panjang ini.
Harapan saya semoga semua anak-anak SKSS akan kembali ke kohort 2013 dengan selamat dan ceria.
Bagi tahun 2013, cikgu harap semua dapat memulakan hari pertama nanti dengan penuh semangat dan kegembiraan.
Gunakanlah ruang dan peluang cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah selain sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Buat guru-guru SKSS, selamat bercuti juga..tapi sebelum menikmati cuti yang panjang, esok ada mesyuarat guru dan banyak juga yang perlu dilunaskan sebelum cuti panjang.

Anak-anak tahun 6, jangan lupa keputusan UPSR 19 Nov....semoga keputusan lebih baik dari tahun sebelumnya dan ramai yang cemerlang.

Syukur alhamdullilah hampir setahun setengah bersama warga SKSS. Semalam perjumpaan tidak dirancang dengan pegawai PPD....."hijrah".....sememangnya saya juga sudah meramal, sebagai seorang kakitangan awam, saya akur kiranya arahan bertukar.....tahun lepas lagi sudah meletop-letop cerita pertukaran ni.....hi3, tapi rencana ALLAH lain, saya masih berjodoh dengan SKSS bagi kohort 2012. Bila saya redha untuk berhijrah..pastinya seminggu dua ini saya akan kemaskini semua kerjabuat saya. Walau bagaimanapun , perancangan kohort 2013 tetap akan saya sediakan. Samada saya masih di SKSS atau ada pergerakan itulah yang terbaik dari ALLAH......

Semoga cuti persekolahan kali ini dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Saturday, November 3, 2012

TRIP To Cameron

Salam Ukhuwah......
Santai hujung minggu dengan melayan Fb sambil rehat-rehatkan badan yang flu, fever & sakit tekak....

Lucu, gelihati juga bila saya tidak pernah menejak kaki ke Cameron Hinglands. Rasanya banyak tempat yang telah saya kunjungi, Sabah, Serawak, Indonesia, Phuket bukan sekali berkali-kali...tapi bila saya merancang unutk bercuti ke Cameron, ada sahaja rintangan, tanah runtuh la, kemalangan dasyat laaa...
Tup2.....tak pergi laaa...
Syukur akhirnya pada 1 November saya , anak-anak dan warga SKSS, dua bas selamat menjejak kaki buat pertama kalinya di Tanah Rata Cameron.
Kisahnya....orang bercerita jalan teruk la.....rasanya tak le teruk mana...lebih kurang nak pergi Balik Pulau aje...Balik Pulau dah berkali-kali saya drive......

Dari awal lagi bila dengar sekolah nak bawa murid-murid ke Cameron, saya dah Booking seat dari Cikgu AA...hi3, aaaalaaa tup2 kena jaga SPM pulak (penolong ketua ) adoiiiii.....putri sulung pulak ada temuduga 7 Nov ni, so cari penganti, sib baik Cikgu Wan Suhaila dapat ganti saya .
Urusan lawatan smeua diuruskan oleh cikgu AA (pengerusi lawatan)...terbaik pengurusan cikgu AA ni.

Dah katanya jalan teruk, saya siap telan ubat mabuk lagi, paksa anak2 dan adik saya (ucu) makan ubat juga...
Susah kalau ada yang start muntah....abis saya ikut muntah....fobia tgok orang muntah...
Siap pesan kat semua murid..."kalau kamu mabuk bas, makan ubat tahan muntah yeee"...syukurlah, semua murid-murid ni tahan lasak sungguh...hi3.

Dah namanye jalan bengkakng bengkok..terasa la juga......tapi masih boleh tahan.
Lokasi pertama kami adalah MARDI CH....menu pertama saya di sini , mestilah strawbery coklat...so sweets......ice cream strawbery & jus strawbery.....yummy..perut belum masuk nasi, jam dah kul 12.00 tgh, jadi menikmati hasil ladang ni dengan berselera.....hi3.
Sekitar 1.30 tgh kami berhenti untuk makan tengahari...Cikgu AA, siap order nasi & ayam masak merah...mudah perancangannya.Pagi dalam bas semua anak2 diberikan kuih dan air mineral.
Selesai makan..teruskan lawatan ke ladang teh, ladnag strawbery, madu, pasar malam dll......lebih kurang jam 6.00 petang, kami bertolak turun dari Tanah Rata ini....

Belilah buah tangan, yang pasti strawbery, strawbery kering, ubi madu, madu, jagung, cenderhati, biskut dll...beli banyak pun Ok sebab ada dua putri tolong bawakan....hi3

Selamat sampai ke sekolah jam 9.30 malam...syukur...sesi lawatan yang dipermudahkan, semua selamat.
Balik dengan cofindentnya ceritakan pada my huby..."mama boleh drive...jalan Ok je..mcm p balik pulau"...."mama nak p lain, nak bermalam"......Penuh Yakin saya....
Nak gelak kat diri sendiri, kenapa la percayakan cakap orang yang jalan ke Cameron tu teruk.....kalau tahu kes sebenarnya...dah lama saya ke sana...hi3

I.Allah dalam masa terdekat...akan ke sana.....drive.....hi3
Strawbery yang dibeli balik makan takada coklat, tapi cicah dengan susu pekat...Ok jugak....hi3

Perlu REHAT......

Salam Ukhuwah....

November melebarkan sayap, sesi 2012 bakal melabuhkan tirai...
Akhir-akhir ini data, laporan dikemaksini dan dihantar kepada unit-unit berkenaan.
Oktober agak PADAT, biasalah sebelum  cuti panjang, banyak yang perlu dilunaskan.

Syukur, banyak kerjabuat yang selesai dengan jaya dan cemerlang tahun ini.
PSS mendapat tempat ketiga Negeri
Kursus NPQEL saya (5 bulan) selesai dengan jayanya pada 13 Julai 2012
Projek Bilik PPDa  mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Kantin juga berakhir dengan baik
SMM akhir tahun selesai, pendaftaran dna pengesahan murid ke tingkatan satu selesai 30 Okt
Fail-fail HEm telah dikemaksini
Maklumat dan mesyuarat mengikut takwim
Majlis-majlis- Hari Kanak-kanak dan sebagainya jaya dengan baik
Buku teks diedarkan bagi tahun 2013, dan kutipan 2012 selesai.
Dua program lawatan selesai dengan jaya juga.
Rasanya saya boleh tersenyum untuk melihat tirai 2012 berlabuh kerana banyak sejarah, banyak kejayaan yang telah digapai...SYUKUR.
2012...saya tak ada mengambil sebarang cuti sakit, Cuti rehat yang dibekalkan 7 hari, hanya diambil sehari untuk NPQEL dan mungkin 7 Nov ni sehari lagi untuk menemani Putri sulung temuduga.
Temuduga SPP pun selesai tanpa diduga....


Yang masih berbaki untuk 2012 ini, adalah ...anik kelas (Isnin ni)
Perancangan 2013.....i.allah mgu pertama cuti dapat saya mulakan.
Hari minggu ni....penghujung persekolahan...FLU, FEVER dan sakit tekak.....mungkin badan terkena hujan semasa lawatan sekolah ke Cameron...atau dgn kata lain ALLAH berikan saya ruang dan masa untuk REHAT...hi3...Syukur...layan Fb dan layan badan aje dua hari niii....

Kedatangan 2013...di nanti dengan debaran dan pelbagai perancangan /rencana. Semoga semua rencana saya dalam lindungan ALLAH . Untuk dua hari ni...hanya fikirkan REHAT.....santai.......semoga rehat dua hari ni cukup untuk saya ke skull Isnin ni (ada lawatan JPN)......