Followers

Tuesday, December 11, 2018

PIBK SK SERI IMPIAN





Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) SK Seri Impian adalah kekuatan SK Seri Impian.
Rata-rata kaum ibu dan komuniti setempat amat membantu 
kelangsungan program-program sekolah sepanjang tahun.


PIBK SK Seri Impian juga baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 
PIBK 5 Bintang Peringkat Negeri Pulau Pinang


 Warga PIBK dan CoopBank Persatuan semasa sambutan Bulan Kebangsaan 2018


 Team Zumba PIBK SK Seri Impian


 Jamuan Akhir Tahun, warga sekolah bersama PIBG dan PIBK yang aktif.


 Pengerusi PIBK Negeri, En Wan Chik Merasmikan R&R (Rest and Read)
Ruang santai NILAM
Beliau memberi sumbangan RM1000 untuk sudut RnR dan 2 buah kipas angin dinding.



 Kumpulan Koir PIBK SK Seri Impian membuat Pelancaran TERIMA KASIH CIKGU 
di Pasar Hari Taman Guar Perahu.


SK Seri Impian memulakan sesuatu yang baru, sebenarnya 2016 dah mula....


 Happy jer ibu-ibu PIBK berzumba setiap Selasa 5.20 petg dan Sabtu 8.00 pagi.
Pilih untuk sihat.......



 Cat yer jangan tak cat.....PIBK mengecat JALUR GEMILANG GERGASI di pagar sekolah.


 Pelancaran oleh TOKOH TEMPATAN, EN SUHAIMI, TERIMA KASIH CIKGU 2018



 Semangat MERDEKA......rutin 3 tahun PIBK SKSI...bila JUlai-Ogoas semua sibuk.




 Team Koop bank turut serta gotong royong merdeka 2018.



Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2018.


TERIMA KASIH waris2 PIBK SKSI, Koop Bank yang banyak membantu sekolah dan anak-anak SKSI,
PPD SPT, Jabatan Penerangan P.Pinang dan semua NGO Komuniti yang sering bersama SKSI.

Wednesday, September 14, 2016

AL HANNAN YANG DIRINDUI





Tujuh bulan bukan satu tempoh masa yang panjang bagi Al Hannan mengukir nama di persada kebangsaan. Musolla serba kekurangan berlokasi di sebuah sekolah luar bandar yang dikenali sebagai Musolla Al Hannan SK Seri Impian, pada awalnya ramai juga warga pendidik tidak sedar akan kewujudan sekolah ini, lagi pula musolla ini bukan pusat tumpuan solat warga sekolah. Pada awalnya masing-masing ada “port” tersendiri untuk solat. Ini kerana ruang sedianya yang agak daif.
Mac 2017, Ketua Panitia Pendidikan Islam  Ustazah Siti Alawiyah bt Idris memaklumkan untuk cuba masuk ASISS. Sokongan 100% diberikan dengan harapan membina Rumah Allah adalah ibadah yang amalannya dapat dikongsi bersama. Tidak meletak harapan yang tinggi cukup untuk “top three” daerah. Garapan kekuatan yang ada dengan penglibatan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) mencari dana, memerah idea, mengerah tenaga, menjana inovasi seiring seia sekata. Rezeki Al Hannan berjaya dinobatkan sebagai Johan Negeri pada Julai 2017 dan akan mewakili Pulau Pinang ke Persada ASISS Kebangsaan.
Warga Seri Impian berkampung di sekolah, 360 darjah berputar tanpa sedar letih lelah . Kelansungan berjalan dengan redhaNYA, letih lelah letak di tepi. Minda berputar laju menjana inovasi dan mengarap program sedia ada sebagai inovasi Al Hannan dengan dijenamakan semula. Sebagai pentadbir, turun padang ambil tahu, ambil kisah ambil peduli resam tingkah saban hari.
Salah satu Inovasi yang ingin saya kongsikan adalah program Murajaah@prep, rata-rata anak-anak Al Hannan Seri Impian adalah berlatar belakangkan sosial ekonomi yang rendah, tiada tempat untuk membuat kerja sekolah dan ulangkaji di rumah, alasan kukuh mereka untuk tidak siapkan kerja rumah. Bergandingan dengan PIBG dan PIBK, saya buka ruang belajar di kantin sekolah bagi murid tahun 6 pada setiap hari Isnin sehingga Rabu, jam 8.00 malam – 10.00 malam. Tiada guru untuk mengajar, cuma saya dan beberapa PIBK hadir bagi mengawal disiplin murid, Yang Dipertua PIBG hadir untuk imamkan solat Isyak di Musolla Al Hannan. Syukur program belajar santai ini membantu peningkatan pencapaian anak-anak Al Hannan dalam UPSR. Tahun 2016 hanya seorang mendapat 6A, tetapi tahun 2017 6 orang mendapat 6A. Peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti peratus lulus dapat ditingkatkan . Program inovasi ini diteruskan pada tahun 2018 dan akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Pada November 2017, tujuh bulan selepas ditransformasikan Al Hannan  bersedia untuk penilaian peringkat Kebangsaan ASISS. Bimbingan dan tunjuk ajar dari Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang dan juga Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, yang turun padang secara berkala, idea dibugarkan digarap dengan apa yang mampu untuk cuba berjuang walaupun usia baru setahun jagung. Kisah hujung minggu di Al Hannan, kisah malam di Al Hannan bukan kisah pelik.

Menyentuh tentang dana, Al Hannan tiada mempunyai sebarang dana khas. Betul kata ulamak, jika kita niat ingin imarahkan Rumah Allah, rezeki turun seperti hujan. Ada sahaja individu dan badan NGO yang menampung biaya transformasi Al Hannan dari sebuah Musolla daif yang sujud, dahi lekat pasir ke sebuah Musolla yang indah, damai, tenang untuk sujud pada yang ESA.
Kisah Al Hannan macam kisah dogeng, cuba-cuba buat, cuba-cuba masuk cari pengalaman. Allah bagi pelangi di sebalik cuba-cuba ini iaitu Anugerah Musolla Harapan Peringkat Kebangsaan  2017 kategori Sekolah Rendah. Kita bukan siapa-siapa, kita biasa-biasa sahaja, ukhuwah yang luar biasa antara warga sekolah dengan PIBG PIBK adalah petuanya. Sepanjang tujuh bulan proses transformasi Musolla, hari-hari ada sahaja PIBG PIBK yang hadir menghulurkan dana, tenaga dan masa untuk Al Hannan yang dirindui. Ada yang mengelap tingkap, ada yang mengecat pasu bunga, ada yang memasng karpet, ada yang melukis mural dinding, ada yang menyumbangkan penghawa dingan dan macam-macam lagi. Perjalanan Al Hannan perjalanan yang panjang dalam waktu yang singkat. Ketidaksamaan dapat dirungkai pabila semua warga dan PIBK dari sama-sama memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan, cuma memohon agar kerjabuat dalam redhaNYA.
Kisah perjalanan tujuh bulan al Hannan saya dedikasikan buat semua guru Pendidikan Islam, semua warga SK Seri Impian, semua PIBG PIBK yang terlibat secara lansung dan tidan lansung dan pembimbing, pemudahcara dari JPN PP dan PPD SPT. Dalam lelah ada senyuman, dalam pahit ada pengalaman. Pengalaman itu yang amat bernilai dan guru pada kita di masa akan datang.
Harapan saya dan pencinta Al Hannan agar ia akan menjadi “one stop centre” yang pasti untuk warga SK Seri Impian dan bagi semua yang hadir di SK Seri Impian. Saya merindui Al Hannan yang saban hari dapat dilihat dari tepi sisir tingkap bilik kerja saya, harapan saya juga agar al Hannan akan menjadi kerinduan semua insan.

SK SERI IMPIAN #sehatisejiwa SEMARAK MERDEKA 2016


DESTINASI SETERUSNYA......

3 Mac 2016, jam 3.30 petang terima call dari Bos PPSU, mantan bos lamaku di BTPN
"Ada Mana?"
"saya cuti"
"Oooo cuti ka, Ok esok mai jumpa saya , ambik surat, dah ada sekolah dah. esok petang, pagi saya ada mesyuarat".

Persoalan bersarang di minda... sekolah mana?
Lambatnya tunggu ESOK......

4 Mac 2016
Jam 11.00 aku mula gerak dari Taiping....sampai tengahari di PPDU , makan, rehat, solat, tunggu jam 2.45 petang....
Jam 3.00 petang dapat jumpa bos (bos yang banyak bantu proses pertukaranku balik ke Penang), pernah berkerja sebumbung dengan beliau dan banyak belajar tetang pengurusan mengikut akta dan pekeliling.

Surat penempatan bertukar tangan....SYUKUR YA ALLAH
"Terima kasih En S dan Syukur, syukur, saya tak kena ke Pulau"....
"Tahniahlah, ak terus ke PPDT dan terus ke sekolah lapor diri..."

3.30 petang aku sampai di PPDT, bos mesyuarat dan aku berjumpa dengan KU....
Selesai sesi suai kenal, kenalpasti harapan atasan...langkah seterusnya ke sekolah

SK SERI IMPIAN, KUBANG SEMANG.....kisah benarnya belum pernah aku menjejak kaki ke sekolah ini sebelum ini, cuma di pagar sekolah sepuluh tahun lalu jumpa dengan Kak Pah (mantan BTPNPP).
Jam 4.00 petang, pagar bertutup rapat. Lapor diri di pondok pengawal
"Saya nak lapor diri"
"Dari mana ya"..nampak pening juga pengawal bertugas masa tu....
"Saya GB baru, nama......."
"OOOOooo, maaf cikgu..." atas bawah di pandangnya....

Usai lapor diri di pejabat, berkenalan dengan anak buah yang baru, wahhh semuanya ladys.....OK....satu yang baru untuk saya........................

Pusing-pusing sekitar sekolah sekali lalu bersam di bongsu yang setia menjadi peneman....
"Cantik, fizikal dan susun atur.....sejuk mata memandang"

Terjumpa kembali dengan pangawal tadi di penjuru bangunan...
Tak henti2 dia mohon maaf sebab tak dapat kenal saya...
saya maklum...tak kan nak kenal, baru jumpa punnn
"Cikgu, nak tanya. Cikgu pakai jeans lagi?"
Tersenyum saya......"pakai"
Mungkin muka ku yang bulat tidak mengambarkan bilangan usia sebenar....
Dah tua pun, dah hampir mencecah 50 siri, dah ada menantu dan cucu.....

Cuti pada 7 dan 8 Mac  diBATALkan... mantan bos kata....
"P sekolah, dah ada sekolah, cuti tu bila2 boleh, banyak keja di sekolah"
"Ya bos"
Saya mohon cuti sebab, tiada arah kerja di penempatan sementera... hihi
Bila dah ada sekolah ni, harus kerja dan tahu memang banyak kerja.......

7 Mac 2016, 7.00 pagi. Aku dipagar 2....kaku, kuhulurkan tangan bersalaman dan senyuman buat anak-anak comei......ada yang menyambut dalam kebinggungan, ada yang keras kaku.....
...Program Sekolah Penyayang.....opss tugasan 1
 Ku teruskan laku ini, in shaa allah selagi aku di sini, sama maca aku di sekolah lain sebelum ini.

Mac - bulan pemerhatian, scan......isu
APRIL - PELAN TINDAKAN JANGKA PENDEK  mengikut isu yang timbul
Study SKPM, study Hala Tuju SKSI, Dash board dll

Mereka ini kekuatanku......
Mereka ini semangatku.....
Menyemai benih baru, membaja dan menyiram dengan caraku
SYUKUR...Ogos bunga-bunganya mula megar, mewangi ...bukan di sini sahaja...satu MALAYSIA
YA ALLAH.....moga langkahku, tingkah ku, percaturan ku akan memberikan senyuman pada wajah-wajah ceria SKSI
Moga hadirku membawa rezeki, kebahgiaan, kesejahteraan, kejayaan ...bersama #sehati sejiwa
Aku bersyukur YA Allah dengan keluarga besarku kini....

Bertalu juga panggilan, soalan dari halamanku...tak nak balik SPS ker? borang tak da pun dll....
Belum lagi, rasanya...biarlah dulu aku berbakti di sini untuk seketika....
Sampai masa dan waktunya , aku akan pulang juga
Mungkin 5 tahun ...atau entah...hanya DIA Penentu Segalanya.

Akan ku terus bersandar padaNYA....
YAKIN dan amat YAKIN dengan rencana DIA YANG ESA
Moga kekal lama juga di destinasi ini,
Agar dapat dituai tanaman dan semaian...
Moga tuaian menjadi dan semaian tumbuh membiak mewangi.....

Aku di Destinasi ini Mulai 4 Mac 2016 sehingga kini........
Akan terus berbakti di destinasi ini, selagi aku diperlukan........

SKSI di hati.......