Followers

Monday, March 19, 2012

BALIK KE SEKOLAH SEKEJAP......

Salam Ukhuwah,

Hari ini sehingga Juaaat ini saya akan menghuni semula bilik kerja saya
Setelah sebulan saya di IAB
Tapi hanya unutk semiinggu sahaja... minggu depan saya akan berkampung di SK Sungai Acheh selama dua minggu untuk projek seterusnya.

Awal pagi, saya setia menunggu anak-anak didik saya melangkah ceria ke dalam perkarangan sekolah,
Rutin yang telah sebulan saya tak lakukan... lega hati melihat langkah-langkah kecil ini maju ke depan dengan senyuman... " Assalamualaikum cikgu..." yang hilang sebulan ini , balik bertamu.

Melihat senyuman "abah"...merangkap GB saya.... "Ok Jura cakap naa.. dah lama tak cakap , wish la selamat kembali.."..."Ok"....hi3...perhimpunan pagi... windunyaaaa....lagu sekolah, ikrar dll...
Ucapan saya ringkas , sekadar meingatkan anak-anak di sini, "back to school" setelah cuti seminggu, disiplin dan bantuan-bantaun yang akan disalurkan minggu ni. Pemantapan saya tetap sama " Semarakkan budaya Memberi salam dan Perkasakan budaya Membaca",  alhamdullilah... saya nampak ada perkembangan.
Apabila saya masuk kelas ganti 5G, anak-anak saya sibukkkkk... " Cikgu, buat NILAM ye"....Syukur.

Belum pun sempat sarapan pagi ini, ada seorang murid baru mendaftar untuk tahun satu, saya bawa ke kelas dan berjumpa dengan guru kelas..."Selamat Menjadi Warga SKSS".

Sedang asyik menaip surat panggilan bantuan dan akuan penerimaan, saya dipanggil ke bilik GB...
Anak saya yang amat popular di sini " Alif"....ada kes lagi...
Alahai la "Alif" cayang cikgu, macam tau aje cikgu ada minggu ni, asal nampak cikgu aje ada le hal yang "Alif" buat....marah ada, kesihan pun ada...Nama dah le sama dengan nama cucu saya ALIF.
Lama juga nak selesaikan kes "Alif" dan beberapa rakan niiii.... satu kelemahan si "Alif" ni dia tak pandai nak tipu saya, cikgu lain dia pandai tipu...dah banyak kes  "Alif" sampai pada saya.....
Akhirnya selesai dengan kata dua dari saya buat "Alif".

Hari ni juga, dah sebulan tak sempat nak bincang-bincang dengan abak buah. Cari guru BK, tgok apa nak dibuat dalam masa terdekat...kem kepemimpinan dan perjumpaan waris- Ok, Jumpa AJK Lawatan- Ok ke Perpustakaan Negeri & ..... hi, beres, RMT - tak ada masalah, SUSU belum sampai, Bantuan - haaa banyak kerja minggu ni kita yeee....

Sedar tak sedar dah dekat jam 2.30 petang....buka jap blog IAB, buat catatan harian, tup2 GB dok kat belakang dengan PKP, hi3...ni la kerja Jura hari2 kena up date...Ni tulis laporan hari ni... tulis ucapan di perhimpunan tadi..."Tulis tak yg  "abah" berleter tu? ".... " Tak le...".....lama juga perbincangan tak rasmi kami tentang Mesy esok kurikulum, Aset & Kewangan......

ASET,,,ssh juga nak diperjelaskan....tak ada yang mahir, baru aje p kursus ...hi3...jam 3 lbh baru le kami bersuraiiiii......

Wajah-wajah dirinduiiii.....

Friday, March 16, 2012

ANUGERAH -NPQEL 1/2012

Salam 1Malaysia,

Lama juga saya tidak menarikan jari di blog TPS ini,\
Anugerah di awal tahun 2012,
Apabila ditawarkan mengikuti kursus NPQEL ambilan 1/2012, setelah selesai mengikuti sesi ujian & temuduga.
Alhamdullilah Fasa 1, kursus saya berjalan dengan BAIK & penuh kenangan,
11 Feb 2012 saya mula melaporkan diri di IAB Utara dengan satu AZAM, ILMU Pengurusan & Pentadbiran perlu saya perolehi sebanyak mungkin.

Bermula dengan sesi malam 11Feb ( ice breaking)..saya memerhati setiap rakan sekursus, menggunakan sedikit kemahiran yang ada dalam mengenal muka-muka baru ini 40 orang, 40 macam...hi3..I.Allah. 4 minggu saya di sini dalam sesi bersemuka.

Minggu Pertama (12 Feb - 16 Feb 2012)
Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan taklimat asas, mengenal pensyarah-pensyarah, program kecergasan eksekutif..kami berjonging di Tasek Jitra (2.5 KM)..hi3...semput la jugak...dari sesi kecergasan ini la, aku dan rakan-rakan sering menggunjungi GIM IAB.
Minggu ini, kami diajar menggunakan e-learning IAB...emmmmm, macam OK juga la bagi saya, pengalaman kerjabuat yang lalu dan PJJ saya banyak membantu..SYUKUR. Lima hari di sini, tunggu khamis aje..nak memeluk putri kesayangan...

Minggu Kedua ( 19 Feb - 23 Feb 2012)
Minggu kedua , saya dan rakan-rakan mula didedahkan dengan slot Modul-modul. Ada empat Modul untuk sesi pertama ini, dan empat modul untuk sesi kedua..Lapan semua (Modul Utama), ada sub-sub tajuk dalam setiap Modul...YA ALLAH.
Saya mula didedahkan dengan Modul Asas dan Modul 1. Modul Asas ( oleh Pn Norehan) - kepimpinan, pengurusan  & bengkel- mantap penyampaian dan info terus masuk ke kepala....hi3...jelas peranan pemimpin dan pengurus sekolah pada saya di akhir modul ini.
Modul 1 - Pembinaan pelan Strategik (pemikiran Strategik, Visi, Misi, Nilai, Analisis Persekitaran, Objektif KPI, KRA, Plan Stategik, Plan Tindakan, Plan Operasi sehinggala perlaksanaan - kawalan dan pemantauan).
Pelan Strategik juga bukan sesuatu yang baru pada saya, alhamdullilah setiap tahun saya bergelumang dengan Pelan strategik Pusat Sumber Sekolah. Tapi bila nak membina Plan Strategik untuk sekolah ( agak luas)...hi3, syukur, rakan-rakan sekelas banyak berkongsi kerana kami rata-rata dari pelbagai bidang (PKP, PKHEM, PK KO & lain2).
Minggu kedua ni saya dah mula pandai jalan-jalan, bawa kawan-kawan dr Kelantan ke Pekan Rabu..hi3..orang kata dah boleh bawa diri le kat IAB niiii....hi3

Minggu 3 ( 26 Feb - 1Mac)
Minggu ini , saya didedahkan dengan Modul baru Modul 2 dan Modul 4.
Modul 2 - menetapkan matlamat, penyeliaan, penialaian pembelajaran, pembangunan intruksional, penguirusan KOKO, HEM.......ha3 yang saya kenal satu aje Pengurusan HEM itu pun baru 7 bulan, yang lain baca la punya baca ( berlambak buku dah dibeli, photocopy lagi, down load lagi....dah 2 ring fail 40mm, 1 fail 24mm)..hi3 Cabaran Hebat Modul ni untuk saya.....tido 1 pagi ke atas le...kena baca, kena faham, kena buat nota....Tugasan pun dah mula ada _ ASSGMT, Forum, kuiz....go go go
Modul 4 - pengurusna kewangan disentuh di hari akhir minggu ketiga ini. Tajuk ini dulu bos lama saya perlu beri hu3..kena ingat2 balik, power point dia pun ada lagiiiii.....hi3...

Minggu 4 ( 4 Mac - 6 Mac 2012)
Minggu terakhir sesi bersemuka , sambungan dari Modul 4 ( pengurusna pejabat - ingat muka comel PT saya Pn Raina)...hi3....banyaknya kerja kerani niiii. Pembangunan Fzizikal & Aset ...ha3, saya dulu pernah ikut kursus ini, di BTPN, pernah jadi pegawai verifikasi..tapi masih perlu baca untuk ingat balik, Pengurusan ICT (alhamdulilah -kerja buat saya 6 tahun di BTPNPP banyak membantu), pengurusan prestasi (benda baru pada saya) ..hi3..belum pernah terlibat secara penuh lagi. Minggu ini juga kami diberikan taklimat projek penandaarasan ( saya memilih SK Sungai Acheh - PSS dan NILAM).
6 Mac 2012 terakhir sesi bersemuka - my huby dah sampai jam 4 petang, jam 5 baru selesai...copy sana copy sini..al maklum lepas ni semua akan balik ke sekolah masing-masing..takut tercicir maklumat hi3....
Saya juga telah melaporkan diri di SK Sg Acheh pada 9 Mac 2012- berjumpa dengan GB Pn Selasiah yang akan bersara pada 30 Mac ini, sempat bersama saya seminggu aje nanti.

Minggu ke5 ( School Holiday)
Minggu ke 5 ni , cuti sekolah, saya dan rakan-rakan perlu buat elearning - kuiz, forum dan assgmt perlu di upload ke dalam portal IAB.
Alhamdullilah.. 90% selesai, Khamis ini saya sempat berkampung di BTPNPP - menyiapkan kerja NGO saya sebagai NSU PPSSPP, siapkan hadiah pertandingan PSS & NILAM, siapkan buku laporan Mesyuarat Agung PPSSPP kali kesembilan. Cuti ni saya pakai driver (My dear) sebab putri sulung bercuti dan tak lepas steering my PJB, asyik usung adik manja dia ajeee.....Hari ni (pagi tadi) saya sempat ke sekolah menjengok surat-surat dan keja buat minggu ini...alahmdullih, pemeriksaan gigi minggu depan dah bagi senarai nama pada Klinik, bantuan minggu depan - KWAMP, e Kasih dan Tahun 1...
Ha3....sibuk sikit dengan urusan keluarga, Putri sulung  (nak bertunang)..I.allah 24 Mac... persiapan ala kadar sahaja... namapun budak masih belajar...THANKS my sis, sis in law, my mon & da, my mom in law...my dear atas sokongan & sumbangan pada permata pertama saya ini. Moga semuanya dalam perlindungan ALLAH S.W.T.

Saya kurang menulis di bloh TPS ini, kerana setiap detik dan peristiwa saya semadikan di BLOG NPQEL IAB..sebagai kenangan dan tugasan....Semoga Anugerah NPQEL ini akan menjadi satu memori indah ..kursus saya akan berkahir pada pertengahan Julai 2012.