Followers

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan ke-53

Salam Kemerdekaan......











Kepada semua rakyat Malaysia...
Semoga Negara kita kekal aman dan makmur.....

Marilah kita sama-sama memerdekakan JIWA, MINDA dan DIRI ...
dari kesusahan, kesulitan, kepayahan, kemalasan, serta segala perilaku yang negatif...



Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,
kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini.
Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam
pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam
memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita
tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.












Syukur...aku anak MERDEKA......










Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan......




 










Buat semua rakan dan teman di luar sana.....

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


Bersama-samalah kita SEMARAKKAN RAMADHAN tahun ini......

Friday, August 6, 2010

KEM MEMBACA NEGERI P.PINANG 2010

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia....




TAHNIAH ddan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KEM MEMBACA ini....
Projek ini dijalankan dengan permuafakatan antara Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP), Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang (PPSSPP). Idea kerjasama ini dilaksanakan memandangkan kempen PENJIMATAN oleh kementerian.


Projek ini sememangkan telah dicatatkan dalam TAKWIM, UPSP, BTPNPP.....hadirnya 2PNP memberikan peruntukan makan dan minum serta fasilitator amat ditunggu-tunggu. BTPNPP menyediakan penginapan dan tempat bilik seminar, sementara PPSSPP menyumbang peralatan, bahan dan dokumentasi.

Kem yang bermula pada 30 Julai 2010 ini,dan berakhir pada 31 Julai 2010 disertai oleh 100 orang peserta yang terdiri dari 63 orang pelajar tingkatan empat dari 20 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang, 20 orang guru pengiring dan 20 orang urusetia dan jawatankuasa yang terdiri dari PTP BTPN/PKG serta ahli Persatuan Penulis.

Program dimulakan dengan pendaftaran pada jam 2.30 petang di asrama BTPN PP, pada jam 4.30 petang diadakan Taklimat oleh urusetia, jam 7.00 malam  sesi suaikenal di kantin BTPNPP dan diteruskan dengan makan malam. Jam 8.30 malam, sesi mendeklamasi sajak, persatuan penulis yang diketuai oleh Tn Hj Anuar Ahmad telah membawa 5 orang ahli 2PNP yang mempunyai kepakaran dan kejayaan dalam mendeklamasikan sajak sebagai fasilitator kepada kumpulan-kumpulan kecil peserta. Kemudian setiap kumpulan diminta mencalonkan seorang wakil untuk mendeklamasikan sajak......bakat peserta terserlah dengan hujan renjai pada malam ni.....ramai yang berbakat.

Pada 31 JULAI ... pagi selepas sarapan pagi, peserta didedahkan dengan teknik penulisan oleh tuan Hj Anuar, bagaimana menulis berita untuk majalah dan akhbar dan diteruskan dengan bengkel.

Bengkel diterukan sehingga jam 4.00 petang, sebelum urusetia mengambil slot penilaian program dan pengurusan penyerahan sijil kepada semua peserta. Maklum balas dari peserta menyatakan program ni baik dan perlu diterukan pada masa akan datang. Semoga pada tahun0tahun hadapan banyak lagi NGO yang akan bergabung untuk memberikan sumbangan berupa tenaga dan kewangan bagi menjayakan majlis-majlis ILMU....


Buat semua jawatankuasa, guru pengiring, anak-anak pelajar dan istimewa buat BTPNPP, 2PNP dan PPSSPP...TERIMA KASIH DAUN KELADI.....

Monday, August 2, 2010

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF

 Salam Ukhuwah,


Rasanya lama juga note saya tidak kelihatan di maya ini,
Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan menjadikan
saya kepupusan waktu untuk menarikan jari-jari kecil di ruangan ini...
Sehingga seorang sahabat yang disayangi menyatakan.
" lama tak nampak note u, dulu u rajin..."

Detik masa ini kucuri sedikit untuk memberikan SALAM RAMADAN .......


salam ramadan

" Wahai orang-orang beriman, ALLAH telah mewajibkan puasa 
kepadamu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" , 
( ayat 183, Surah Al Baqarah)
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki 
bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF 
jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan ,
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa
dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
insyaallah.

Semoga RAMADAN kita tahun ini lebih sempurna dari tahun -tahun sebelum.