Pantasnya Jun.....
Sedar tak sedar hampir melabuhkan tirai....
Bermakna Julai akal bertamu bersama Ramadhan yang dirindui....
Lajunya Jun bersama satu program besar yang pertama kali saya laksanakan, lalui dan tempuhi...
Hari Kantin...dah masuk 16 tahun di dunia pendidikan..ini yang pertama dilalui, dilaksanakan...
Pada awalnya agak risau..
Syukur..program lancar, walaupun untung tak banyak...
Hi2..nama pun cikgu mana pandai nak bisnes..tapi yang penting program lancar.meriah dan tak rugi
terima kasih semua yang menjayakannya.....
Kekadang kita telah berpuashati bila kerjabuat menjadi dan matlamat tercapai...
Sudah mampu senyum , walau sekadar senyum simpul, bukan lebar...
Sebab awalnya agak tercabar dengan PIBG..."Boleh ke Cikgu"
In shaa allah......bukan PIBG tak percaya...cuma mereka lebih kenal komuniti di sini
Jadi mereka takut..penat dapat, hasil tak ada...dengan kata lain RUGI..
Sebab, saya bentangkan Kertas Kerja untuk mohon pinjaman modal dari PIBG
Alhamdullilah, berkat doa dan usaha...pinjaman dapat dilunaskan
Keuntungan walau pun tak banyak boleh digunakan untuk Pembangunan Bilik PPDa yang akan mewakili negeri sekali lagi tahun ini, buat bagi duit raya pada anak-anak kami di SKSS dan buat jamuan hari kanak-kanak.....
Syukur Jun saya berlalu dengan meninggalkan sejarah "Hari Kantin Pertama Buat Saya"...hi