Followers

Monday, February 29, 2016

SURAT DARI LANGIT....

Salam sehati sejiwa,


Kita merancang, Allah jua perancang yang HEBAT
Bulatkan hati bersandar pada rencana ALLAH dengan penuh redha...

 


Feb 2006
Kisah Surat dari langit pertama yang ku terima. Syukur Alhamdulilah dapat menyertai program 14 minggu PJJ OUM dalam usia yang agak muda, awal 30-an.
Ada juga bunyi berdetam berdetum..... faham dengan situasi, terima seadanya tingkah manusia sekeliling.
Teruskan dengan satu AZAM, jatuh bangun, perit manis, penat lelah, senyum tangis, selesai 4 tahun perjalanan sebagai pejalar jarak jauh.
2010 dengan rencana dan izinNYA berjaya merangkul segulung ijazah.

Jan 2015
Kisah surat dari langit yang kedua.
7 Jan 2015, seperti biasa mencapai jubah basahan untuk ke sekolah, semalam telah disusun atur bilik untuk wajah 2015
Rekod-rekod dan perancangan 2015 telah tersusun di penjuru rak... sedia menyusun langkah
Panggilan telefon awal pagi dan menerima surat dari langit yang kedua
TIADA KATA-KATA
Arahan bergerak ke luar negeri dalam usia yang senja huhu
Sekali lagi REDHA dengan Rencana DIA YANG ESA
Melangkah dengan seribu tanda tanya....
ALHAMDULILAH SYUKUR YA ALLAH....
Di sini saya terima UKHWAH yang sangat baik....
Sekolah anak-anak tentera, dengan kehebatan PIBG, waris dan anak-anak
Banyak pelajaran di sini.... terima kasih surat dari langkit ke2....
Walaupun jauh diperantauan....

8 Feb 2016
Kisah surat dari langit ketiga....
Hati terbahagi dua.....yang ada dikasihi dan disayangi
Yang akan tiba entah apa cerita....namum pasrah dan redha dengan RENCANA ALLAH SWT
Tak tahu bagaimana mahu dirungkai dengan kata-kata
Keperluan untuk bergerak balik negeri
Walaupun kehendak masih di sini.....
Melapor diri  kembali pada mantan bos yang sekarang jadi bos semula dengan pos baru
Minggu kedua di kerusi sementara ini....
Kesempatan yang ada berjumpa dengan kawan-kawan lama di sini
Up date blog, bahan-bahan slot ceramah dll
Berkenalan dengan rakan-rakan baru di sini.....
Habiskan detik menumpang dengan seadanya...
Dalam proses membina borang Hala Tuju yang baru

Ya Allah, ku syukuri nikmat dan rahmatMU....
Dalam penantian surat dari langit yang keempat
Moga terbaik
dan YAKIN...ALLAH hanya memberikan yang TERBAIK kepada hamba-hambaNYA.

Ku syukuri setiap surat  dari langit yang ku terima.....






Tuesday, February 23, 2016

Assalammualaikum, 

Salam Sejahtera, 

Salam Sehati Sejiwa, 

Salam Perak Excellent, 

Salam Perak Aman Jaya.................

 

Lama juga rasanya blog ini sepi......runtunan kerjabuat yang tidak pernah bertitih noktah, mana mampu saya menjengah ke laman ini. Petang badan yang makin dimamah usia ini , sudah layu keletihan.....
Apa pun SYUKUR YA ALLAH atas apa seadanya.

Hari ini, hari permata pulang semula ke Penang setalah berhijrah mulai 05 Jan 2015...Gerbang 2015, terima sepucuk surat (kata orang surat dari langit) akur akan arahan, saya berhijrah ke SK SULTAN YUSSUF AMDR, Taiping.

Bermula 12 Januari 2015 - mula merubah dan memurnikan satu persatu bidang dengan cara sendiri, bak kata orang pelahan2 takut kalau RAKUS akan tiada hasil yang baik.

1. Mulakan dengan FIZIKAL - dinding2 bangunan dimuralkan, sudut-sudut bawah tangga dijadikan sudut ilmu
2, Pusat Sumber Sekolah - keceriaan, susun atur dan aktiviti mengikut instrument (beri sedikit wajah baru)
3. Akademik - ada pengingkatan % dan GPS, alhamdulilah dengan guru-guru yang komited (hanya sekeping sijil dapat saya berikan sebagai tanda terima kasih)
4. Bilik darjah - alhamdulllilah semua berwajah PA21 (terima kasih cikgu-cikgu, sayang kalian ketat2, bukan diarahkan tapi dipujuk untuk laksanakan)
5. Dewan Terbuka - dicat dan tiang-tiang diwarnakan warna-warna ceria ( hidupkan dengan pelbagai aktiviti )
6. Dewan Panglima - sedikit sentuhan untuk program2 rasmi dan program sekolah
7. Bilik Mesyuarat - pemurnian dengan wajah baru ( skitting dan informasi)
8. 3K - satu tiang satu pasu bunga, sudut2 3K - ditambahnilai
9. MOBAIL KELAS - bangunan lama (asal) ditransformkan dengan kerjasama ATM
10. Naik taraf tandas dengan kerjasama ATM
11. Naik taraf Kantin - ikut intrument
12. Pejabat - ditambahnilai, tukar pintu pejabat dan cat
13. Bilik Dokumentasi - diwujudkan bagi meletakkan dokumentasi sekolah
14. Bilik-bilik khas (SALC, BBM, Tayangan , PBS dll) ditambah nilai
15. Murid - disiplin ditingkatkan dengan amalan-amalan baik ( budaya mencatat nota, mentor mentee, sekolah penyayng, 3S dll)
16. NILAM GURU dilancarkan
17. Sistem Fail - Arkib dan fail-fail dokumentasi diwujudkan
18. PIBG - pelbagai  program dilaksanakan ( bacaan yasin, kelas tambahan, jamuan raya, sukan, HAK, pembugaran emosi dll)
19. Jalinan - MRSM, Sekolah Sains, Klinik Kesihatan, Polis
20. Jaringan - sekolah zon kemunting
 dan lagi dan lagi dan lagi.......

Rasanya setahun dua bulan yang PADAT, tapi bukan kerjabuat saya, KERJA BUAT CIKGU-CIKGU SK SULTAN YUSSUF AMDR yang sangat hebat di mata saya.

Hari ini, saya tinggalkan semuanya, saya tinggalkan cikgu-cikgu dan staf bagi meneruskan apa yang telah kita mulakan....

TQVM warga SKSY AMDR atas ukhuwah dan kasih sayang yang hebat dari kalian, pasti akan dirindui dan menjadi ceritera indah dalam sejarah hidup saya....

TQVM cikgu Rupa, Cikgu Lina, Cikgu Raflan, Cikgu Aziz, Cikgu Azmi, Cikgu Khairul, Cikgu Jazlan, Cikgu Kamar, Ustaz Azrul, Cikgu Rosmiza, Cikgu Sapiah, Cikgu Rusita, Cikgu Sunita, Cikgu Roslina, Cikgu Kilawani, Cikgu Rohayah, Cikgu Husniza, Cikgu Siti Zaleha, Cikgu Ida Shellene, Teacher Kalpana,Cikgu Faridah, Ustazah Hidayah, Ustazah Isnawati, Cikgu Hasimah, tak ketinggalan cikgu Azharun, Cikgu Sabrina, Cikgu Rokiah dan Ustzah Azwa.

TQVM anak buah di opis , iman, azlin, epol, midon dan sue.

TQVM  pekerja yang banyak membantu saya Vello dan isteri, Mary dan Wan

TQVM yang tolong menjaga keselamatan sekolah - Pak Ariifin, Tarmizi, Pak Sahak dll

TQVM team Kantin Pn Huda dan anak buah

TQVM Sy Kedai Buku - Mata air ( ani  - pekerja yang banyak sabar

dengan karenah anak2 SKSY)

TQVM semua......


detik akhir - punch out ( 22 FEB 2016) 5.15 petang