Salam Sehati sejiwa....
Adakalanya, jalan di hadapan kelihatan SAMAR kerana kabus telah menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yang sedang menanti disebaliknya. Hakikatnya, kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita. Namun yakinlah , indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya.
Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNYA.
Minggu kedua ini, Isnin - dialog prestasi bersama SK dan sedikit perbincangan ilmiah dengan pengawai-pengawai di sini SIP +, KUaliti dan SIS Plus. Hari ni, menjejak rakan sejawat di BTPN sautu masa dahulu ....syukur pertemuan yang singkat dan berkongsi ceritera masing-masing.
Usai pertemuan kami ini, dibawa ke PPD dengan urusan masing-masing dengan Tuan. Mohon cuti lagi dua hari untuk minggu ini, 3 Mac ulang tahun kelahiran suami tercinta, apa pun cerita pasti akan bersama keluarga untuk hari yang istimewa ini.
Disebalik perancanganku, PT sekolah lama juga memerlukan tandatanganku untuk beberapa dokumen bagi tujuan audit pada 14 Mac ini....Kata orang tumpang cuti tu...kita selesaikan semua urusan yang ada.
Agak sukar untuk membuat LOG HARIAN, dengan kerjabuat yang masih terawangan dan di awangan, katanya surat kedua 1MAC ...hari ini la...tapi biasanya akan lewat sampat ke negeri dan daerah. Moga SAMAR - SAMAR yang masih menjadi tandatanya akan menceritakan KISAH SUKA dalam masa terdekat.....
Hanya pada DIA , ku sandarkan semua kebimbangan dan kesamaran kerana tidak tahu apa yang bakal menanti....
Terus YAKIN dan YAKIN akan SAMAR ini pasti ada KEBAIKAN dan yang TERBAIK dari dia...
Kekuatan ku pastinya.....