Followers

Saturday, May 22, 2010

"Dahi Cecah Ke Sejadah"

Salam Ukhuwah
Hari yang amat tenang dan mendamaikan dengan cuaca yang
dianugerahkan mendung seharian... tetapi pelangi masih tidak muncul .......

Terkedu seketika menerima emel dari seorang rakan "Dahi Cecah Ke Sejadah"
ALLAHHU...AKHBAR.......

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan....
Tutuplah 'auratmu" sebelum "auratmu" ditutup dengan kain kafan
Usunglah dirimu ke tikar solat, sebelum kamu diusung ke liang lahat
Iringi dirimu ke masjid, sebelum kamu diiringi ke PUSARA
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan oleh panggilan "Izrail"
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan....















Di mana sahaja kamu berada, kamu memijak bumi Tuhan...
Dibumbungi langit Tuhan serta menikmati rezeki Tuhan
Sambutlah seruan "Hayya alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya alal Fallah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Amal bekal sepanjang jalan
Teman perjalanan ke pangkuan Tuhan
Tiada guna kekayaan dunia
Kalau dahi tak mencecah sejadah ....di dunia.


Semoga ianya dapat diselami dengan hati yang ikhlas dan suci serta mendapat hidayat
Sayang selalu...
Tinta Pelangi Senja.

*samalah2 kita menghayati bait2 lagu di bawah ...

3 comments:

  1. Assalamualaikum Wbh . Selamat berkenalan di alam maya nih!! terima kasih inforenya.Baik sekali.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..Cik Yang,

    Salam perkenalan....Bangga saya lihat blog Cik Yang......kongsi pglaman...NICE...
    Moga perkongsian minat menjadi perkongsian ILMU..
    Insyaallah...

    ReplyDelete