Followers

Wednesday, May 26, 2010

PERBANDINGAN...0_0


Salam Ukhuwah.......
Petang tadi HATI saya TERGURIS sedikit dengan bicara seorang sahabat lama.......
Membuatkan saya terasa parut luka lama kembali berdarah...
Sejarah tetap sejarah.. dan kemaafan telah diberikan..
Tetapi kekadang BICARA kita menguris kembali sejarah dan 
TERKESAN di hati.....
Oleh yang demikian pada sahabat-sahabat yang disayangi, perkongsian ini , ditarikan.......

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang


 Diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya :-

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu (yang halal sahaja)

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



"Terluka sekali tidak beerti akan terluka selamanya..
Hanya doa dan kesabaran menjanjikan kebahagiaan..
Yakinlah esok pasti akan ada sinarnya..
Langit tak selamanya akan mendung..
Mentari pasti akan bersinar semula..
Hujan pasti berhenti dan PELANGI
akan muncul di destinasi......"

TINTA PELANGI SENJA... 


3 comments:

  1. sesekali jd kartun lbh seronok..
    tidak menyakiti dan disakiti....

    ReplyDelete
  2. kak...jgn sedih2 ya...mungkin org yang mengguris hati kak tu tak sengaja kot...dan dia tak sedar...just want to see ur smile yg comel tu ...:) senyumlah untuk dunia...i.Allah dunia akan senyum kembali pada kita...

    ReplyDelete
  3. My Dear,
    HARAP-HARAP gitu le....
    Jura always...S M I L E.....
    C U Soon....

    ReplyDelete