Followers

Thursday, June 24, 2010

(-_-) BICARA SEORANG GURU WANITA 0_0

Salam sayang...
Kisah guru wanita pernah ku tarikan 
beberapa detik dahulu.....
semasa beliau mula bertugas di tempatku,

Peristiwa semalam....
banyak mengganggu perancangan kerja ku,
Hari Rabu adalah hari kami memakai pakaian koperat (rasmi),
Pakaian kaum hawa ala-ala kebaya pendek..
menjadikan pergerakkan luar dibataskan,
Jadi aku meracang membuat laporan dan kertas cadangan
di pejabat sahaja....

Ujian ku semalam adalah TERPAKSA menghadap Seorang guru wanita..
kami memanggilnya Cikgu L...beliau dikategorikan dalam kumpulan istimewa.
Semalam, bermula jam 8.00...Cikgu L bercakap tanpa henti...
Ntah apa yang dibicarakan, ntah apa yg dipersoalan,
Pelbagai nada ayat beliau..penyata,ayat soal, ajuk ....
Telingaku mula kurang enak, fikiran jadi tertekan...
Patutnya Cikgu L yang tertekan....tapi pagi ni aku yang tertekan..
untuk menidakkan kehadirannya ...adalah mustahil,
Jarak tempat duduk beliau denganku hanyalah  beberapa langkah..
Hilang idea, mood untuk "paper work" aku....
Sampai 10.30 pagi...3 jam setengah...
Celoteh, bicara Cikgu L belum berhenti.....
Aduiiiiiii......sabar ajelah... YA ALLAH...

Aku lari sekejap ke kantin, untuk menenangkan  minda "blerrr"
Bila difikirkan balik....direnung semula
Cikgu L...bicarakan isu dirinya...minat mengajar, boring di tempatku,
penyakit beliau, insuran dan ntah apa-apa isu...terlalu banyak...
Rasa macam "RADIO BERGERAK" yg macam-macam ada...

Waktu rehat kuambil peluang tuk mendapatkan kembali
mood dan menenangkan minda...
Rasa mendapat nafas semula, bila Cikgu L keluar makan...

Petang...hujan  lebat sangat...sampai 2.30 Cikgu L
belum pulang ke office....RISAU...
walaupun tak terlayan celotehnya... aku risau juga
kiranya apa-apa terjadi pada beliau, memandangkan
keadaannya yang terlalu istimewa...2.40 Cikgu L muncul

Dia mulakan "SORI lambat"... bla bla bla....
Adoiiiiii dia mula balik....
kali ni bukan dari tempat dia..
tapi dari depan mejaku....
Ingat petang ni boleh le siapkan kerja-kerjaku...
Pukul 3.00 aku minta Cikgu L balik
Tamat waktu kerjanya..
Oh...celoteh lg...xabis lagi cerita....
Akhirnya aku mendapat idea untuk meminta
Cikgu L ... berjumpa seseorang tuk mendengar
celotehnya....4pm..Cikgu bangun dari kerusi
depan ku.... SYUKUR.....

Sebenarnya....sesi celoteh Cikgu L, masa petang
sempat dirakamkan dengan "h.phone" ku
Lepas Cikgu L balik....aku dan beberapa teman
melihat kembali video itu....
Kasihan... muka dia amat STRESS....
memang dia dalam tekanan...
dia berceloteh dengan penuh penghayatan
Aku rasakan roda perasaannya
berada paling bawah... kasihannya.

Bagi membantu mengurangkan Stress Cikgu L..
aku berpura-pura menjadi seorang pendengar
yang baik...
Paksa dalam rela, rasa bersalah pula..
patutnya aku ikhlas menjadi pendengar pada
permasalahan dia....

Moga hari ini, Cikgu L...akan lebih tenang dari semalam
dan tidak berceloteh terlampau lagi...














Ya Allah....
Ujian ENGKAU berbagai bentuk
Cikgu L pun salah satu UJIAN untukku..
Moga aku mampu....bersabar 
dan ikhlaskan HATI.

1 comment:

  1. Syukur,

    Hari ni Cikgu L.... diam dan kerja aje...
    Nampaknya tekanan semakin kurang...

    alhamdulilah...

    ReplyDelete