Petang terindah dalam HIDUPku...
Kisah aku mencari pelangi, aku merindui PELANGI....
Terjawab, rindu terubat....tetiba
PELANGI SENJA muncul di depan mata petang tadi....
Seperti Impian menjadi kenyataan...
Aku dan puteri-puteriku berhenti beberapa minit
melihat keindahan yang tak terkata ni....
Sempat berdiskusi dengan seorang warga Arab...
ku kira dr USM terdekat..
Kemudian pelahan-lahan ia hilang di celah Awam...
Aku dan puteri ku meneruskan langkah di PASAR MALAM...
Tetiba ia muncul kembali dan berkongsi bersama seorang rakan....
CANTIK, INDAH, MEMPESONAKAN.....
terubat terus hati yang gersang kerinduan....
Tarikh : 13 Jun 2010
Masa : 7.25 petang
Lokasi: Taman Pekaka, Nibong Tebal
Gambar: NANA DARWINA
YA ALLAH.......
Besarnya AnugerahMU untukku hari ini...
Saat aku merasa sunyi, sepi...
Saat aku melihat akan kekuasaanMU...
Saat aku melerai persoalan-persoalan... di minda
Pengalaman ini amat terkesan di hati....
Kerinduan aku terubat satu persatu hari ini....
Rindu pada Mak Su
(satu-satunya insan yang membesar bersamaku)...
Terubat bila sempat menjegah Mak Su sekejap pagi tadi...
Mak Su kurang sihat... SEMOGA Mak Su cepat sembuh....
Dapat juga ku peluk cium Mak Su.....tersayang.
Rindu pada PELANGI hampir puluhan tahun...
Sejak aku hilang arah..kerana pelangi pergi
tanpa muncul kembali... rindu teramat rindu
sesekali pelangi muncul... tapi terlalu singkat
Kebelakangan ini, rindu semakin kuat ....
kerana pelangi telah jauh.. jauh....
Harapan tinggi menggunung....
Hati girang dan rindu berbalas pabila Pelangi muncul
depan mata petang tadi....Syukur YA ALLAH....
CIPTAAN TERINDAH - pelangi senja petang semalam di
hadapan Restoran Riyas, Taman Pekaka...Photo : Anis Fitri
Kekadang..... manusia memandang ringan dan cetek
pencarian dan cinta kita pada....Pelangilah
ada yang kata cinta monyet,
kononnya cinta monyet sesejuk salju...
cinta yang tak bermatlamat...
terbukti pencarian pelangi senja mencapai matlamat ...
pabila PELANGI SENJA muncul dengan IZINNYA..
Takdir terindah, Nikmat terbesar buatku YA ALLAH.
Biarlah apa orang berbicara....
Yang pasti TUHAN telah merealitikan pencarianku,
cinta dan rinduku pada SANG PELANGI SENJA....
Biarlah HATI terus berbicara.....
HATI terus membisik impian...
HATI terus memasang angan...
HATI terus mengharap ... agar....
HATI terus berDOA ....
YA Allah... semoga akan muncul dan muncul lagi
PELANGI SENJA.....
Sayang Selalu....
Tinta Pelangi Senja
YA ALLAH...
ReplyDeleteHanya ENGKAU yg Maha Mengetahui anugerah yg ingin kau berikan kepada setiap hambaMU....
SYUKUR atas AnugerahMU ini....
tgk pelangi petang kelmarin teringat kat kak,
ReplyDeletesangat cantik kak...:)
My dear,
ReplyDeleteTERLALU INDAH sehingga tak terkata......
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete"Pastikan kesetiaan sentiasa diiringi dengan keWAJARan.."
ReplyDelete~sy tertarik dgn kata2 kak ni...
saya fikir ada betulnya kak...
kdg2 hati wanita yg lembut ni
terlalu sayang dan setia pada pasangan
walaupun dah disakiti berkali2...
sedang mencari keWAJARannya
apabila si isteri sanggup utk menggadaikan maruah diri
semata2 untuk melangsaikan hutang suami?WAJARkah???
My dear....
ReplyDeleteKesetiaan selagi tidak melangkau HUKUM HAKAM agama....wajar kan...
Bila merentas haram/halal...akak rasa WANITA masakini perlu bijak dan kuat membela nasib sendiri.
Sayangi diri kita dahulu sblum menyayangi orang lain....
Suami yg DAYUS yg sanggup gadaikan maruah isterinya...
Ya Allah...Jauhkan kami dr lelaki2 DURJANA ini..
Lelaki & perempuan, tak nampak pun kelainannya..
ReplyDeleteStatus tetap sebagai hamba.
MR Kosen,
ReplyDeleteSemoga tergolong dlm golongan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh....
Tp pelikkan..masih ada penghambaan WANITA di zaman ni...
Suami adalah NAKHODA yg septutnya memgemudi BAHTERAnya dgn baik dan lancar.. bukan spt kes yg Maria katakan...
Semoga sentiasa di bawah LINDUNGANNYA.....