Salam Ukhuwah,
Dedikasikan buat insan-insan tersayang yang
sedang menerima RAHMAT UJIAN ALLAH...
Kebelakangan ini rasanya ujian
datang bertubi-tubi , satu persatu
dalam pelbagai cereka...
pelbagai rupa...
ada ujian mental,
ujian fizikal, ujian perasaan,
ujian HATI...
ujian fikiran dan ntah apa-apa lagi...
Setiap UJIAN ALLAH
pasti ada RAHMATnya....
Sepetang di dua buah hospital.. menjadikan aku terleka memerhati
pelbagai cereka, pelbagai ujian TUHAN... dari sekecil-kecil anak ..
telah diuji dengan pelbagai penyakit....
Dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang, mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir , terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur,
di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan ,
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan,
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja, berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi......
Segala takdir , terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Teman, sahabat, saudaraku yang sedang DIUJI...
moga kuat dan tabah,
Percayalah Mentari tetapkan menyinar dan
memberikan cahaya...
walaupun malam ditinggalkan pada rang bulan dan sang bintang.....
Melawat anakanda YATIEE.....
Sayang selalu......
Salam,
ReplyDeleteSemoga anakanda YATIEE dan anakanda MARIYA akan putih ...SEMULA.. amin..