Followers

Tuesday, September 7, 2010

RAMADAN ke SYAWAL

Salam aidilfitri.....

Penghujung Ramadan yang memberikan seribu kemenangan umat Islam , sejuta keberkatan dan selautan rahmat bersama sekalung keinsafan akan 

KEBESARAN ILAHI  & ANUGERAHNYA..

Syawal pun menjelang tiba membawa kegembiraan dan kebahgiaan yang amat mendalam. Lahir dari kemenangan jiwa dan gembira menempuh dugaan berpuasa. Gembira kerana dapat berkongsi rezki dengan saudara seagama yang kurang mampu (zakat). Bahagia berbunga di hati pemberi lebih dari penerima :

"Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima)"

Konsep bahagia yang dikehendaki oleh Islam ialah bahagia yang tercetus atas rasa kepuasan dan kegembiraan semua orang tanpa mengira siapa dia. Ini berlandaskan fitrah manusia yang sama belaka, manusia dari Adam dan Adam itu dari tanah. Atas konsep ini Islam mengaturkan metod atau kaedah menuju kebahgiaan sejati iaitu menyelubungi rohani dan jasmani.

Keikhlasan , rasa takwa, rasa redha, tenang, kasih sayang, pengabadian luhur merupakan sebahagian rempah ratus yang mengadunkan resepi BAHGIA itu.

Seorang sahabat lama bertanya kepada saya:

"Awak bahagia tak?".......

Tiada jawapan tepat dari saya, kerna bagi saya bahagia itu terlalu subjektif dan hanya insan itu yang dapat menafsirkan samada dia telah BAHGIA atau TIDAK BAHGIA....

Sebagai seorang mukmin yang amat kerdil, bagi saya bahagia itu amat mendalam sekali.
Insyaallah setiap anak Adam pasti akan bahagia....

Saudaraku di luar sana...
Sama-samalah kita kecapi kebahgiaan Syawal dengan takbir raya, tahmid dan tazkir berkumandang di sana-sini dan berentak di HATI. Syukur atas Nikmat dan rahmat ALLAH s.w.t yang telah menitiskan  turun ke dalam hati setiap mukmim tak terkecuali aku (hamba yang kerdil)  dan itulah KEBAHGIAAN yang sebenar.

Di kesempatan pertemuan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran yang berlaku tanpa sedar atau tidak.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari saya sekeluarga.....

1 comment:

  1. Salam Aidilfitri...

    Jari sepuluh disusun mohon ampun dan maaf atas
    kekesilapan dan kesalahan...

    ReplyDelete