Oktober akan berlaku pergi...
Banyaknya projek Oktober ini, sehingga tintaku kaku seketika,
Namun SYUKUR, semua yang dirancang dapat dijalankan dengan JAYAnya
oleh kerjasama rakan sejawat.....yang tiada tandingnya...
Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri telah selesai dilaskanakan pada 13 dan 14 Oktober ini,
Adakah NUR ADILA (Tokoh NILAM Kebangsaan ) akan muncul semula....
Syukur kerana Pulau Pinang telah meraih TOKOH untuk sekian kalinya...
Bagi Peringkat Negeri tahun ini :
Calon SR.....
Dua kategori dipertandingkan bagi sekolah rendah , iaitu sekolah rendah bandar dan sekolah rendah luar bandar. Seramai sepuluh orang calon sekolah rendah bandar dan sepuluh orang calon sekolah rendah luar bandar hadir. Ini menjadikan kesemua calon sekolah rendah adalah 20 puluh orang. Tidak terdapat perbezaan markah yang terlalu jurang antara kedua-dua kategori ini, walau bagaimanapun jumlah markah bagi kategori sekolah rendah luar bandar lebih baik dari sekolah rendah bandar.
Bagi sekolah rendah luar bandar terdapat dua orang calon yang agak lemah, iaitu hanya mendapat bawah dari 50 markah ke bawah, tiga orang calon mendapat 60 -79 markah, selebihnya lima orang calon mendapat 80 markah ke atas di mana objektif NILAM adalah Tokoh mencapai 80% markah ke atas. Markah tertingi diperolehi oleh Tan Su Fern dari SJKC Shih Chung (C) dengan 89%.
Sekolah rendah luar bandar pula, menunjukkan pencapaian markah yang lebih baik, hanya seorang calon mendapat 50- 59 markah, seorang mendapat 60 -69 markah, lima orang calon mendapat mendapat 70-79 markah dan dua orang calon mendapat 80 markah ke atas. Markah tertinggi adalah 87% yang diperolehi oleh Siti Nur Aisyah bt Zahari dari SK Paya Keladi.
Kesimpulannya calon bagi sekolah rendah pada tahun ini memberikan saingan yang sengit dalam sesi temuduga. Walau bagaimanapun, ketokohan calon dapat ditimbang dari segi petah memperkatakan isu-isu semasa dan mengeluarkan pendapat apabila diajukan sesuatu isu atau persoalan. Kategori ini keseluruhannya mencapai objektif yang disasar
Penyertaan calon bagi sekolah menengah adalah 10 orang calon bagi kategori sekolah menengah luar bandar dan sembilan orang calon bagi kategori sekolah menengah bandar. Jumlah kesemua calon sekolah menengah adalah 19 orang. Markah calon-calon secara keseluruhan, para hakim mendapati tidak terdapat perbezaan markah yang ketara bagi kedua-dua kategori ini.
Taklimat untuk calon-calon SMK....
Seperti sekolah rendah, calon-calon bagi kategori sekolah menengah luar bandar memberikan saingan yang lebih sengit berbanding sekolah menengah bandar. Bagi sekolah menengah bandar hanya seorang calon mendapat markah 50-59 markah. Dua orang calon mendapat 70 -79 markah dan selebihnya enam orang calon mendapat 80 markah ke atas. Markah tertinggi adalah 93.9% yang diperolehi oleh Nurlynnie Azzureenie bt Abdullah dari SMJK(P) China Pulau Pinang.
Kategori sekolah menengah luar bandar pula pencapaian keseluruhan amat membanggakan hanya seorang calon mendapat markah 50-59, manakala selebihnya iaiatu sembilan orang calon mendapat markah 80% ke atas. Markah tertinggi yang dicapai adalah 96.9% oleh Nur Syahirah bt Abdul Rahim dari SMKA Al- Irsyad. SMKA Al-Irysad setiap tahun mempunyai ramai pelajar yang layak untuk ke pertandingan akhir Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang.
Rumusannya, calon-calon bagi sekolah menengah sememangnya petah mengutarakan pendapat berkaitan dengan isu semasa. Dalam penulisan esei juga rata-rata calon mendapat skor markah yang tinggi.
Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
Sekolah Menengah : Nur Syahirah bt Abdul Rahim (96.9%)
(SMKA Al- Irsyad)
Sekolah Rendah : Tan Su Fern ( 89%)
(SJKC Shih Chung (C)
Syabas dan Tahniah diucapkan........