Followers

Friday, October 29, 2010

PERGINYA CAHAYA "AISHAH"

Salam Ukhuwah.....
Salam 1Malaysia....

Lama juga rasanya tintaku kaku, sepi....
Bukan kerana merajuk.........
Rutin harian yang agak sibuk bulan ini,
dan satu kehilangan yg terkesan di hati.....
perginya ABAH (mentua) menghadap ILAHI..
(Tanggal 05 Oktober 2010)

                                            Pusara Abah.....


Dedikasi buat "AISHAH".....bonda mertua tercinta,
Hari ini genap 25 hari abah pergi meninggalkan kita....
Pergi kepada TUHAN yang SATU......
Kembali ke alam yang ABADI....

Tanggal 05.10.10 seawal pagi aku dan suami dikejutkan dengan panggilan telefon dari
adik ipar bongsuku menyatakan mahu membawa abah ke Hospital...
Memandangkan , hari ini aku perlu hadiri satu mesyuarat
Aku putuskan petang untuk ziarah abah nanti....
Jam 8.30 aku terima SMS dari adik ipar perempuanku, minta ambik dia di stesen bas
Parit Buntar jam 4am ni , sebab nak balik kampung.....
Sedang mesyuarat ku pengerusikan (10.30am), satu mesej dari suami tersayang masuk...
"abah dah meninggal, ambik cuti..."
Tersandar aku dikerusi.....
"abah mertua saya meninggal........" spontan ayat dari mulutku
Diam, kaku, buntu......."Innalilah hiwainailaihiraziun"
Cepoatnya.....baru Sabtu tadi kami sekeluarga balik ziarah abah....

Perjalanan untuk mengambil putri2 ku dari sekolah terasa amat lama.
Jam 2.30 ptg, aku dan putri2 ku sampai di rumah abah...
suamiku telah lama sampai....

                                          Moga abah aman di sana......

Ya Allah , BENAR...ramai orang yang menziarah rumah abah...
Jadi memang abah sudah tiada.....
Wajah "Aishah" ku cari dari kalangan saudara, rakan taulan yang hadir...
Tangan "Aishah" ku sambut, kucium, tubuh "Aishah" ku peluk....
"Cahaya mak dah tak da"......spontan kudengar ucapan dari mulut "Aishah"
Jasad abah ku temui, aku, anak2, anak menantu abah iringi "surah yasin"
Jasad abah kami iring hingga ke liang lahat...
"amanlah abah di sana...i.allah"

Aishah...aishah....aishah.....


Amanat abah untuk kami semua.......
Tiga hari cuti dan di sisi "Aishah"
Hati berbicara "Tabahnya insan yg bernama Aishah ini...."
Hari berganti hari, setiap pagi ada anak, menantu, cucu yang akan bergilir
membawa "aishah" ke pusara abah.....
Giliranku...sabtu dan ahad.....setelah surah yasin selesai dibaca...doa "Aishah" amat menyentuh hatiku .
" Ya Allah, KAU ampunkanlah dosa2 suamiku, Md Noor..KAU tempatkanlah suamiku dlm kalangan org2 yang beriman"...dibaca berulang kali dengan linangan air mata.....

Ya ALLAH....
"Aishah" contoh paling dekat yang KAU berikan padaku...CINTA SEJATI seorang isteri....
Aku sendiri merasakan aku tidak sekuat "Aishah"...tidak setabah , tidak sesabar...."Aishah".
Seminggu abah pergi, "Aishah" tak tertelan makanan yang masuk ke mulut...rindunya pada
suami tercinta amat mendalam.....
Yang terdengar " hilang cahaya mak, cahaya mak tak da dak...."
Syukur, sejak kebelakangan ini..."Aisyah" dapat menerima kehilangan yang terkesan ini....

Wahai "Aishah", bonda mertuaku tercinta.....
I.allah, selagi hayat dikandung badan,
aku, kami anak, anak menantu dan cucu-cucumu
akan sentiasa menjadi CAHAYA  bagi mengantikan cahaya mu yang hilang.....
Kasih sayang mu tiada tolak bandingnya....
Engkau anugerah dari DIA untuk kuteladani, kucontohi
Tempat berkasih dan bermanja......

                                          Lokasi hujung minggu ku.......rumah yang penuh kasih sayang.

Mak...sayang mak .....abah akan kekal di HATI kita...
Kerana abah adalah CAHAYA mak.....

Al Fatihah untuk abah.....









1 comment:

  1. al fatihah untuk abah tersayang.....
    abah akan kekal di hati kami.....
    moga abah aman di sana dan ditempatkan dlm kalangan org 2 yg beriman.

    ReplyDelete