Followers

Thursday, December 16, 2010

BICARA SUARA HATI...

BICARA SUARA HATI.....
(karya: Tinta Pelangi Senja)
12 Disember 2010


Damailah hati, itu bicara hati saat ini....
Bila hati berbicara..
Dua Wajah pasti adanya..
Segalanya tidak sama, tidak seiring, tidak sekata,
Apa yang terungkap dibibir mulus
Baik bicara nan lembut menyentuh kalbu

Sukar sekali insan mahu mendengar suara hati..
Acapkali kita disogok agar berfikiran rasional
bertindak profesional
Mengikut kewarasan fikiran agar tidak melukakan mana-mana insan
Agar keputusan nampak BIJAKSANA...
Sehingga ramai yang  menindakkan suara hati....
Walaupun bisikannya tidak pernah terhenti...

Ramaikah insan yang benar-benar bahagia
Memilih Rasional dan Profesional
Hakikatnya masih ada ramai insan yang merasakan
Jiwa kosong, walaupun semua tersedia di depan mata...
Konflik antara rasional profesional dan bicara suara hati...

Lantas kemelut jiwa mula melata,
Hati luka sukar untuk disembuhkan..
Luka berparut nampak berdarah...
Cuma dapat dikaburkan dengan Rasional dan Profesional...
Dibalut dengan senyuman dua wajah...
Selagi kudrat ada, ada daya memujuk hati
Ada ruang memberi ..walau sebenarnya bicara suara hati
Meraung kesakitan, kepedihan.....

Suara bicara hati...
Usah keliru suara hati bukan mengikut perasaan..
Tapi suara bicara hati yang sedalam-dalamnya dalah
Anugerah DIA, pada setiap insan..
Perasaan yang isitimewa dari NYA....


Nukilan dari kedamaian dengan rintih-rintih hujan dihujung minggu ;
Tinta Pelangi senja

P/s: sekadar menjelmakan kembali hobi lama (penulisan kreatif) dan hobi baru.....bagi ruang masa yang bersisa.

SAHABAT.......

SAHABAT
Nukilan :Tinta Pelangi Senja

Sahabat,
Aku bahagia kerana memiliki...
Sebuah hati yang tak pernah membenci...
Sebuah senyum yang tak pernah pudar...
Sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti...
dari sebuah persahabatan yang tak pernah berakhir 


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. …

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. …



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Janganlah kerana kepandaian ILMUnya
Pabila kekusutan kebuntuan melanda
Dia mungkin akan dicerca. …

Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Usahlah kerana sifat cerianya,
Kemurungan mula melanda dia,
Dia akan mula kau jauhi...



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana sahabat ,
Hanya insan biasa….
Yang tidak pernah terpisah dari sifat-sifat lemahnya
Kekurangan, kelemahan adalah alunan dalam kehidupan insan
Andai kau menerima semua sifat sahabat ini,
Maka pasti kau akan ada seseorang yang bergelar SAHABAT
Satu titik pertemuan bagi memperolehi keseimbangan
dalam ERTI SAHABAT sebenar...
Seperkara yang perlu diingat...
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna….
Melainkan DIA yang ESA.



p/s: 
buat semua sahabatku tersayang.....kalian sentiasa ADA dihatiku dalam suka dan duka

sayang selalu......
Tinta Pelangi Senja

Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432....

SALAM MAAL HIJRAH 1432 .....

Sempena Maal Hijrah yang bakal hadir (1432)....Selasa ni,
Saya menyusun sepuluh jari, mengikhlaskan HATI ...
Menghulurkan ....
SALAM MAAL HIJRAH.....


Hijrah... satu pengorbanan..
Korbankan keegoaan, korbankan kedegilan, korbankan sifat-sifat yang negatif....
Kerna kekadang kita lebih suka meletakkan kesilapan, kesalahan atas orang lain
Kerna kita ego untuk korban......
Moga kita dapat sama-sama hijrahkan HATI kita.....   

Hijrah ..satu perjuangan ...
Perjuangkan ISLAM, Perjuangankan IMAN di dada.....Perjuangkan Hak Seadanya....
Perjuangkan untuk jalan ALLAH.......


Tinta Pelangi senja....