Followers

Thursday, December 16, 2010

SAHABAT.......

SAHABAT
Nukilan :Tinta Pelangi Senja

Sahabat,
Aku bahagia kerana memiliki...
Sebuah hati yang tak pernah membenci...
Sebuah senyum yang tak pernah pudar...
Sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti...
dari sebuah persahabatan yang tak pernah berakhir 


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. …

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. …



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Janganlah kerana kepandaian ILMUnya
Pabila kekusutan kebuntuan melanda
Dia mungkin akan dicerca. …

Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Usahlah kerana sifat cerianya,
Kemurungan mula melanda dia,
Dia akan mula kau jauhi...



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana sahabat ,
Hanya insan biasa….
Yang tidak pernah terpisah dari sifat-sifat lemahnya
Kekurangan, kelemahan adalah alunan dalam kehidupan insan
Andai kau menerima semua sifat sahabat ini,
Maka pasti kau akan ada seseorang yang bergelar SAHABAT
Satu titik pertemuan bagi memperolehi keseimbangan
dalam ERTI SAHABAT sebenar...
Seperkara yang perlu diingat...
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna….
Melainkan DIA yang ESA.



p/s: 
buat semua sahabatku tersayang.....kalian sentiasa ADA dihatiku dalam suka dan duka

sayang selalu......
Tinta Pelangi Senja

1 comment: