Followers

Friday, January 14, 2011

MINGGU "UJIAN".....

Salam Ukhuwah....


Syukur masih ada nafas dihembus, nadi berdenyut...

Minggu ke2 2011.....Ujian dan NIkmat UJIAN....



Sabtu ( 08.01.2011)-
Seawal  pagi telah keluar mencari barangan untuk Fasa satu Projek 2011, petang baru sampai kedai.Letih tapi
syukur ...bukan senang nak SENANG kan...UJIAN 1...

Ahad (09.01.2011)
Sesudah subuh mula masuk STOK dan terus kluar stok...UJIAN 2....semangat Putri sulung ku..almaklum dah abis sekolah, minda pun FREE...so untukmu sayang...2pm, semua STOK sedia di ruang yang sedia ada dan alhamdulilah hari pengenalan yang BAIK, 2 tudung, 1 blaus dan sepansang kurung...ha2, barang pun tak siap lagi, tempat pun tak confirm lagi...so jalan dulu la apa yang ada.....Good Luck My Dear(Kakak)

Isnin (10.01.2011)
Balik berkerja. Dah lama tak balik ke PKG NT, Kenangan manis banyak di sini, suka dan sayu juga menjeguk kembali tempat jatuh, tempat bermain...hi3..UJIAN 3....so hari ni mesyuarat di sini, 8.00-4.00pm...sakit jugak badan buat minit . Mesyuarat pertama dah terbiasa panjang lebar, so minit mesyuarat pun panjang la.....
Menjenguk Putri sulungku..alhamdulilah, hari kedua yang baik, 2 sut, 4 blaus.....Well done....



Selasa (11.01.2011)
Adoiiii....so pemurnian minit mesyuarat la....hi3...alhamdulilah , TQVM iken, Puan Hindon kerana tolong check ejaan, sorang-sorang sure ada kesalahan ejaan punya.
Lawatan ke SABK Al Khairiah (sekolah angkat pertama).....banyak juga yang perlu dibuat masa khidmat bantu nanti, 5 hari macam tak cukup je...UJIAN 4.....kena plan betui2 ni....

Rabu (12.01.2011)
Janji nak tengok anak angkat (SK Pengkalan Jaya), semangat nak jenguk sekolah. Sarapan sedap yang amat sangat pulut kukus dengan ikan masin...2 pinggan, ada pulak pisang berangan.....9 pagi, badan dah tak stabil, sakit mula di kedua-dua pinggang......URAL....so minum ural, sure masalah lama ni....sampai petang masih tak kurang dah 2 cawan URAL aku minum...UJIAN 5....


Khamis (13.01.2011)
Tak mampu nak bangun pagi ni, bukan setakat pinggang ..bisanya sampai ke tulang belakang. Hai mulut nak makan sedap tapi  badan yang tanggung....so terpaksalah pecah rekod tahun ni MC (Januari), tahun lepas 1 hari je (November) kes yang sama, kerap pulak la dia datang kali ni.....maka berdatinglah dengan Mr DR.....satu suntikan, ubat sakit dan antibiotik...so REHAT ari ni... UJIAN 6.


Jumaat (14.01.2011)
Mesyuarat lagiiii...panjang jugak dari 9-12.15pm ( pinggang masih tak berape OK), so susah jugak nak duduk elok-elok dalam bilik mesyuarat tadi (UJIAN 7)...tapi ubat Mr DR masih ada...makan 2 kali sehari...boleh bertahan..i.allah.


Selingan ujian-ujian tersebut ada juga ujian lain yang hadir. Namun sebagai insan UJIAN adalah rencah kehidupan, UJIAN menjadikan kita lebih matang, lebih berfikir panjang dan HIKMAT UJIAN pasti ada.
So pertama...aku mesti disiplin dalam DIET seharian ku, sebab last Dato DR tahan tahun 2009 ( 4 hari di wad), mintak itulah yang terakhir dan yang terkejut amat tu Mr DR kata darah 138/80, so ..."darah tinggi"...tak ada la Dr, saya tak ada darah tinggi, jadi Mr DR kata mungkin sebab tahan sakit, darah naik...yap itu aku setuju....
Adik-adik PT kata, tekanan kerja, rasanya 100% tidak , sebab kerja ni memang pilihanku, salah sendiri silap DIET hari tu...so hikmahnya...MAKAN apa yang BOLEH sahaja....
Ada pula BF cakap balik kampung tengok BENDANG...sure hilang semua masalah....ye ke?




Kekadang bila kita SAKIT, atau diUJI, kita amat-amat dekat dengan DIA...syukur dengan UJIAN dari NYA, kerana yang pasti DIA masih menyanyangiku dengan UJIAN-UJIAN kecil ini....




Alhamdulilah.....

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete