Followers

Friday, February 4, 2011

^^^MINGGU BELAH-BAHAGI^^^

Salam Ukhuwah,

Detik akhir-akhir Januari dan pertemuan Februari
Pantasnya masa berlalu, detik saat berputar tanpa henti
Menjadikan kita semakin dekat dengan DUNIA ABADI....
Jumaat dalam MOOD cuti panjang....
Masih boleh rasanya untuk ucapan " SELAMAT TAHUN BARU CINA"
pada arakan-rakan ku yang berbangsa Cina dan pada Rakyat Malaysia....
Perjalanan Minggu ini agak mendatar kerana hari berkerja hanya 3 hari
Penuh dengan rutin seperti biasa..mesyuarat..mesyuarat..
Rancang projek.....
Cuti empat hari, tidka merancang untuk ke mana-mana
Memandangkan kesihatan Yayang yang sukar untuk bergerak dalam masa yang panjang dan perjalanan yang jauh.
Cuti di rumah sahaja dengan putri-putri tercinta sambil
mencari rawatan alternatif untuk Yayangku .....

30 JANUARI 2011 (Ahad)
Santai hujung minggu, mencuci baju, kemas rumah , masak & rehattttt...
Berbelah-bahagi memikir MENU hujung minggu..
Akhirnya..Tom Yam (kakak & adik minta) , kari(Khas buat mentuaku), ayam goreng(kakak), sayur peria goreng ( yayang); pencuci mulut pengat labu (yayang & adik)

31 JANUARI 2011 (ISNIN)
Minggu ni tiga hari je berkerja ..Isnin, Selasa, Rabu
Seawal pagi sibuk mencari 30 lagi peserta Program Sandaran ke T......
Alhamdulilah 12.30 tgh selesai malah terlebih la sudah.....
Berbelah-bahagi, nak "stay" kat Bagan je ka atau berulang macam biasa
Rasa letih juga badan berulang 1 jam pergi dan 1 jam balik....
Nasib baik petang ni sempat buat urutan berempah dengan Mak Zah...ringan badan balik..
Terima kasih Mak zah.....kalau dapat berurut sebulan sekali mesti badan SEGAR...
Akhirnya dah lewat nak balik NT, tidur Bagan sahaja....

01 FEBRUARI 2011 (SELASA)
Beralih bulan dah rupanya, pantasnya masa berlalu
Mesyuarat unit kali kedua unit, laporan Januari dan penekanan Perancangan Feb dan Mac.
Kali ni mintak pelepasan dari mencatat minit, bulan lepas banyak minit yang sudah dibuat..
Alhamdulilah bergilir, giliran iken pulak bulan ni...so catat apa yang penting sahaja
Nanti rujuk minit yang iken catat.
Berbelah-bahagi, nak ambik "time off" banyak benda peribadi yang belum selesai
dan perlu diselesaikan sebelum cuti Tahun Baru Cina.....

02 FEBRUARI 2011 (RABU)
Bangun pagi selsema dan rasa macam nak deman,
Cuaca hujan panas, hujan panas memang badanku akan KALAH...
Syukur Yayang nak tolong hantar pergi kerja hari ni..
Hari kerja terakhir minggu ni...
Mesyuarat penal hakim...
HATI amat-amat BERBELAH-BAHAGI...
Jasad di Bilik Mesyuarat, Jiwa  dah dalam 'MOOD" HOLIDAY....
SElamat Tahun Baru Cina  untuk semua rakan-rakan yang berbangsa Cina.
Selesai hari-hari berkerja untuk minggu ini....syukur....

                                           meeting Hakim PSS......

03 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)
"Part Time" sambil santai melayan NOVEL koleksi terkiniku,
Berbelah-bahagi rehat sahaja di rumah atau temankan kakak dan adik di NZS
Akhirnya dengan melayan putri-putriku, tak kisahlah di mana pun asalkan bersama-sama putri-putriku tersayang....sambil memerhati wajah-wajah pelangan kecil yang PEKA akan IT,
Kalah aku ni..kecik-kecik dah ada FB...dasyat bukda-budak sekarang.
Zamanku dulu type writter ti kira dah canggih la.....
Type Writter pertamaku...elektrik..kira canggih dah la masa tu..
untuk buat assigment di semasa di maktab....

Hati puas hari ini melihat wajah-wajah kecil anak-anak kampung yang tersenyum
Pabila tugasan sekolah selesai.....
Matlamatku untuk menabur setitis jasa dalam sekadar yang ada sahaja pada anak kampungku tercapai juga.....Kekadang BERBELAH-BAHAGI hati melihat kerenah mereka...
Aku akan selalu meminta putri-putriku muhasabah diri dan bandingkan
Rezeki yang DIA curahkan pada mereka berbanding anak-anak kecil di kampung ku ini.
Alhamdulilah Ya ALLAH, atas ruang dan peluang yang diberikan.

04 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
Awal pagi badan memang rasa nak deman, selsema dari semalam
BERBELAH-BAHAGI hatiku, nak ke NZS ke nak rehat sahaja di rumah.
Kesihan jugak lihat wajah muram putri-putriku bila dinyatakan  "ibu tak ikut"
Akhirnya kami masih bersama, bersenda gurau.....makan bersama untuk hari kedua cuti
Pagi pekan kecil ini penuh dengan orang kampung,
rupanya ada jenazah yang hendak dikebumikan.. INNALILAH....
Tengahari...aku perlu rehat seketika.
Petang...penuh dengan wajah-wajah kecil.....ceria melayan minat baru FB, Game dll.

Kekadang ada ketika hati berbisik dan merasa berbelah-bahagi..
HATI juga sukar untuk membuat pilihan....
Kerana takut melukakan seseorang, atau merosakkan suatu suasana.
Kiranya sesuatu perkara itu kita rasakan berbelah-bahagi untuk diselesaikan
Mohon petunjuk dari DIA.....
Satu pilihan harus dibuat dengan izin DIA
Dengan Redha NYA.....


No comments:

Post a Comment