Followers

Sunday, February 27, 2011

^^^UKHUWAH bersama sekolah angkatKU^^^

Salam....

Langkah yang hampir tersasar, kerjabuat dan tanggungjawab yang agak berat kebelakangan ini menjadikan
lama "note" ku tertera...namun syukur masih mampu mencuri ruang untuk "up date" blog mengikut hari-hari..
Alhamdulilah......

Pelawaan GB sekolah angkatku..ku simpan dan 50/50...
Bukan aku FREE waktu-waktu ini....
Fikirkan kerja yang tak akan pernah selesai ...aku nekad untuk bersantai dengan sekolah angkatku...
Sungguh meriah...bayangkan sebagai "mak angkat" dengan anak-anak seramai 40 orang dalam bas
Masih ramai yang sukar diingat nama-namanya......
perjalanan dari UTARA ke SELATAN ( 3 hari 2 malam)....
Rasa tenang mindaku..lapang dada.....

Bertolak lebih kurang jam 9pg , 12 Feb....
Lama jugak tak naik bas dalam perjalanan yang jauh, seperti biasa...telan ubat dulu
Alhamdulilah sampai di KL dalam jam 2 lebih...
SYUKUR.. dapat SOLAT di MASJID NEGARA...rasanya lama juga aku tak ke sini.

santai di sekitar masjlid negara...

Perjalanan santai diteruskan ke Jalan TAR & Sogo.....sangkut juga H.beg...orang perempuan la katakan...
dan sedikit sevinior untuk adik2 ku di Penang....
Jam 6 petang kami meneruskan perjalanan ke BTPN Selangor,
Seperti tentatif program 7mlm mendaftar di asrama....penyelia asrama setia menunggu...
Pendaftaran yang lancar...TERIMA KASIH  BTPN SELANGOR dan kekawan di SELANGOR

Jam 8mlm, seperti perancangan semua berkumpul di bawah untuk makan malam di "food court" depan BTPN...dan 8.30 malam bertolak ke i-CITY  Shah Alam....
Banyak kali jugak aku ke BTPN Selangor, tapi tak ada pulak ke tempat ni...
amat MENAKJUBKAN.....
Rekabentuk dan INOVATIF yang tidak dijangka.....
Malam yang indah, santai dan tenang....di Shah Alam.....

imazing.......

Awal pagi selepas bersarapan di BTPN Selangor, kami bertolak ke NILAI3....
Adoh....berbeg2...cikgu-cikgu ni shopping....
Aku cuma tersangkut dengan sevinior kecil untuk putri2ku...
Baju-baju di sini sama harganya dengan tempatku (Parit Buntar)
Silap haribulan Pasar Kemboja PB jauh lebih murah... hi3....

Tengahari setelah lunch di Marry Brown, Nilai..kami bertolak ke MELAKA...
Dengan kerja buatku...Selangor, KL , Melaka dan negeri2 lain dah selalu TURUN.....
Just...round Sg Melaka dgn bot bersam GB, PK2 dan beberapa orang guru

sepetang di Melaka....

Aku senyum sendiri....aku mangli dengan "trip" cikgu-cikgu ni...
Tiap kali turun bas, naik bas mesti tangan kiri kanan penuh dgn beg2 ...shopping cikgu jangan tak shopping hi3...
Selesai sepetang di Melaka, perjalanan diteruskan jam 5 petang ke DESTINASI UTAMA ...Johor
10 malam sampai di asrama BTPN Johor... Thanks Mardiana...tunggu...
Malam ni sure semua tidur MATI... letih shopping...hi3....
AKU di UJI... malam ni pabila menerima panggilan telefon dari cikgu (warden asrama) putri bongsuku
"Kak Jura, ayu kat hospital, DR tgh masukkan air"......
Kenapa, sakit ape, macam mana ..seperti peluru berpandu ku ajukan soalan pada CIKGU AZAM..
C.Azam ku kenal sejak 10 tahun yang lalu.....
Call huby...call c.azam balik...buka lap top...on line cari tiket "air asia....ke mas".....cam mana ni...
Jam 3 pagi...c.azam call semula " kak jura , AYU dah kluar bilik Dr, dah OK"....
Syukur YA ALLAH... hubyku pun menjenguh putri bongsu ku ini...dan menyatakan AYU OK..mama jangan risau
Teruskan dnegan program....balik nanti kita lawat AYU.....lega sikit hatiku
Kurang air.....dah ok...susah juga nak sambung tidur dengan kejutan begini...
Tidurku yang tak lena sehingga pagi....Ujian kecil dari DIA.....

Esok mesti SEGAR sebab ke DESTINASI UTAMA...hi3...
Aku juga harus fokus pada aktiviti hari ini...melihat bagaimana sesebuah sekolah itu
boleh mencapai SBT....dari segala aspek....walau jiwapun separuh telah TERBANG ke Penang malam tadi...
14 Feb 2011, seawal 8 pagi, bersarapan di BTPN Johor...aku dan GB sempat bertemu dengan
Puan Helen untuk menyerahkan tanda hati dari sekolah...TERIMA KASIH BTPN JOHOR...
Perjalanan ke SK Bandar Uda 2...bas ada masalah sikit, jadi kami dibawa dengan bas ganti
Tak kisahlah, janji sampai....9 pagi sampai dan disambut oleh guru-guru yang bertugas....

SK Bandar Uda 2, GB Puan Hajah Fuziah....memang tidak dapat disangkal walau sebesar hama pun
Orangnya TEGAS, BERKEYAKINAN, BERKALIBER, menpunyai JATI DITI yang UTUH.. dan banyak lagi
dengan sokongan guru-guru yang cemerlang serta anak-anak didik yang gemilang..
Membudayakan "adat bersalam" dan "bacaan yasin"....
Sejuk hati berada di sini.....
Banyak perkongsian dan dapatan yang dapat digunapakai dalam perjalanan kerjayaku yang masih panjang.

SBT.....SK BANDAR UDA 2

Sampai jam 3 petang kami masih di sini, kebetulan bas masih rosak... memang rezki kami untuk lebih berlama di sini
Jam lima petang mula bertolak dari BTPN Johor ke Penang....Sampai Penang jam 3 pagi..
Nasib baik 15hb ....cuti umum... MAULIDUR RASUL...selawat dan salam atas junjungan kita NABI MUHAMMAD (saw)

Alhamdulilah....satu perkongsian perjalanan yang terkesan di HATI
SYUKUR YA ALLAH dengan kurniaan MU atas silaturahim dengan warga SK Pengakalan Jaya ini.
MOGA UKHUWAH YANG TERJALIN MEMBERIKAT KEBERKATAN KEPADA SEMUA.

No comments:

Post a Comment