Followers

Friday, June 24, 2011

^^^SALAM PERPISAHAN^^^

Salam Ukhuwah istimewa buat rakan BTP .BTPN (penang khasnya, ng2 lain pun), PKG dan GPM semua....

Saya akan berhijrah ke sekolah mulai 1Julai 2011 secara RASMInya, surat saya berkuatkuasa pada 16 Jun 2011. Disebabkan ada 2 projek yang sedang diuruskan, penangguhan dipohon sehingga 30 Jun 2011.

Tapi hari ini (petang ini) adalah hari terakhir saya di BTPN, kerana 27 - 30 Jun saya akan bergerak ke PKG (ikut PPD) untuk bengkel KEmuDi), Hari akhir saya adalah 30 Jun 2011 pada dasarnya tapi hari akhir saya di bilik ini, BTPNPP adalah  hari ini.

Sepanjang tempoh saya di sini PKG/BTPN/BTP sekiranya ada bahasa saya yang terkasar atau tersasar, ada tingkah saya yang salah dan ada kekhilafan saya pada anda semua saya mohon...MAAF dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya manusia biasa yang tidak akan pernah lekang dari melakukan kesilapan.

Harapan saya, ukhuwah persahabatan akan kekal selamanya, walaupun bidang tugas berbeza selepas ini. Sepanjang lebih 10 tahun mengenali BTPN, 4 tahun sebagai JU dan 6 tahun secara rasmi menjadi keluarga BTPNPP, banyak sangat perkara manis yang saya lalui, banyak ILMU yang dapat saya pelajari sehingga tidak dapat dihitung, halalkan semua tunjuk ajar kalian selama ini. Insyaalah semua ILMU yang baik akan saya jadikan amalan.

Saya sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kejayaan kalian semua dan doakanlah saya agar dapat menjalankan tugas baru ini (HEM) serta dapat berkerja dengan sepenuh hati seperti kerjabuat kita di BTPN/PKG. Yang pasti saya akan merindui kalian...juga GPM (all the best untuk PSS cikgu), sekiranya memerluka bantuan insyaallah saya akan terus membantu seadanya.

Sesungguhnya ukhuwah antara kita (BTP, BTPN, PKG & GPM) amat terasa KUATnya......

Salam Perpisahan....
Lokasi yg PASTI ku RINDUIIIII....

Tuesday, June 21, 2011

^^^HIJRAHku^^^

Salam Ukhuwah.......

Menunggu peserta sebagai urusetia hari ni memberi sedikit ruang untuk menarikan jari di blogku ini,
Slot "Pilih Buang" dr Encik Azman (IPSAH)....ni kali keenam kursus pertengahan....aku lalui
Mungkin terakhir ...sebab hijrahku akan bermula pabila Jun berlabuh.....

Bermula 2002...aku dilantik sebagai Guru Penyelaras PSS di SKTPM....
Mula mengenali buku, mencintai buku, menyayangi buku
BerCINTA dengan buku/PSS.......

2003...pelawaan pertama dari BTPN untuk menjadi keluarga mereka...
So bongsu masih kecil , so aku menolak dengan baik...
Sebab aku tahun kerjabuat di BTPN/PKG banyak kerja luar daerah...

2005..sekali lagi pelawan dari BTPN unutk menyertai keluarga besar mereka...
Rasanya hijrah melambai unutk ku menjadi warga BTPN/PKG Pulau Pinang
15 Disember 2005 - 16 Jun 2011 - kenangan yang akan kekal di sanubari
KERJABUAT - yang amat menceriakan dan menyeronokkan,
Kepuasan yang sukar digambarkan bila kita dapat membantu sekolah-sekolah
ke arah kecemerlangan Pusat Sumber...
Saat paling manis -2010 (Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan)
Julung Kali Pulau Pinang dinobatkan TOKOH NILAM KEBANGSAAN..
Alhamdullilah...menerima sijil dan trofi dari Timbalan PM/Menteri Pelajaran...

Sewaktu du sekolah banyak juga pencapaian yang digapai - Johan kebangsaan Buku Skrap
Tapi pencapaian di BTPN /PKG amat bernilai...Syukur YA ALLAH atas rencana HIDUPku
Yang indah dan ceria ini......

Saat ini, aku menghitung hari unutk kembali berhijrah ke sekolah....
Bukan tak sukakan BTPN/PKG..hi3...
Tapi demi seseorang yang amat bermakna dalam hidupku (my D)...
Ruang dan masa yang lebih diperlukan unutk My D atas sebab kesihatannya...
Bukan satu paksaan...aku ikhlas untuk kembali bertugas di sekolah yang hanya 5 minit dari rumahku
Berbanding perjalanan ke BTPN beratus batu setiap hari....
HIJRAH ku atas bisikan HATI dan Ketentuan DIA yang Maha Mengetahui Segalanya...
Moga DIa akan menrencanakan keceriaan dalam penghijrahanku ini...

Sebagaimana SK Convent, SJKC Kai Chee, SK Pmtg Tok Mahat tidak perlu dilupakan..
Begitu juga BTPN/PKG dan rangkaian....

Sahabat/Teman/adik-adik....
Sepuluh Jari disusun , andai sepanjang bersama ada tingkahku yang sakit di mata kalian,
ada bicaraku yang pedih di hati kalian....
Mohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang bersama...
Semoga ukhuwah akan kekal selamanya...
Doakan HIJRAHku.... ceria dan bahgia....

Wednesday, June 8, 2011

^^^JODOH MASIH PANJANG^^^

Salam Ukhuwah...

Lama juga tak up date blog, mood hilang tak dapat dikesan...hi3...
Ujian-ujian kecil dari DIA amat memantangkan...
kata pujangga...
"Belajar dari BUKU akan jadi PANDAI, Belajar dari PENGALAMAN akan jadi MATANG"

YaAllah...hikmah di sebalik ujian yang KAU damparkan jelas terpanpang di HATI.....
Pernah seketika ku rasakan jiwa dan jasab tidak dapat bersatu...
Letih juga ku gapai sisa keimanan yang ada unutk bangkit semula....
SYUKUR...dan terima kasih siss maria & ust khursaini......
HATI kembali bersatu, jasad dan jiwa kembali berpimpin...JIWA kemabli TENANG
Lafaz keramat "BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM"....sentiasa meniti di bibir...
Syukur aku lebih dekat padaMU ....aku lebih tenang....

Hampir sebulan ku titi ujian-ujian kecilMU dengan memanjatkan DOA dan HARAPAN agar dipermudahkan..
Dipertemukan titik akhir ujian ini.....aku akui....
KAU hanya menguji semampu hambaMU yang hina ni untuk harungi, tidak lebih dari itu...

ALHAMDULLILAH.....
Ujian pertama bertitih noktah dengan memberikan kehidupan baru pada insan yang  amat kusayang...
Ujian akan tanggunjawabku.....selesai sudah hari minggu lalu dengan menyambut menantu kedua..
Syukur.....ujian mu mematangkan ku....

Aku masih diuji kini....masih menunggu sesuatu yang PASTI ....rasanya jalan agak berliku untuk aku ke destinasi baru....hikmahnya...projek baru menyusul.....
Jodohku memang panjang dengan KERJAYA yang amat kucintai ini rasanya...
Saat kaki ingin melangkah pergi, ada sahaja perkara yang melengahkannya....jodohku masih panjang...
JUmaat lalu aku terima satu projek baru yang akan berakhir awal Julai ini.....
Aku amat gembira dengan projek ini...memang sesuatu yang amat menceriakan HATIKU..
Mana tidaknya.. dari awal penglibatanku dengan PSS...aku turut memerah otak unutk hasilakn buku KEmuDI3 ini...sekarang promosi unutk lahirkan "sudut KEmuDI3" di sekolah.....sesuatu kepuasan tekesan di hati....
Tapi ada sedikit KERESAHAN ,  kiranya terpaksa meninggalkan kerja separuh jalan.....
Banyak juga benda yang akan berlaku .........
...kursus petengahan PSS, kursus tuk PK1 (langkawi), bengkel pembinaan bahan KEmuDI tuk 5 PPD.....
Mudah-mudahan dipanjangkan sikit lagi JODOHKU dengan BTPN untuk aku selesaikan semua projek
yang berkaitan dengan sempurna....

Opppsss...call dr Pn Syafinaz (Putrajaya).....suratku kuatkuasa 16 JUN..???????tapi surat masih di Putrajaya...aaaaa.......nampaknya kena cari penganti SEGERA untuk projek yang bakal menyusul.
WADI...readyyyy tuk bantu akak.....Tapi selagi surat tidak sampai ke tanganku...aku akan terus ceria dnegan kerjaya yng ku cintai ini.....

Apapun berjodoh dengan BTPN adalah sesuatu yang indah dalam kerjayaku.....
Tak tahu apa bahasa yang dapat aku gunakan untuk melafazkan "SELAMAT TINGGAL"
Berjodoh dengan kerjaya "CIKGU" adalah cita-citaku, impian tok & wanku, juga impian tok mentuaku ...
Berjodoh kerjaya dengan BTPN adalah minatku....kerjaya yang amat CERIA dan BAHAGIA...
Bila dapat memberikan sesuatu kepada pelanggan (sekolah)....

Apapun....moga jodoh persabahatan dan ukhuwah akan kekal berpanjang....selamanya....