Followers

Friday, June 24, 2011

^^^SALAM PERPISAHAN^^^

Salam Ukhuwah istimewa buat rakan BTP .BTPN (penang khasnya, ng2 lain pun), PKG dan GPM semua....

Saya akan berhijrah ke sekolah mulai 1Julai 2011 secara RASMInya, surat saya berkuatkuasa pada 16 Jun 2011. Disebabkan ada 2 projek yang sedang diuruskan, penangguhan dipohon sehingga 30 Jun 2011.

Tapi hari ini (petang ini) adalah hari terakhir saya di BTPN, kerana 27 - 30 Jun saya akan bergerak ke PKG (ikut PPD) untuk bengkel KEmuDi), Hari akhir saya adalah 30 Jun 2011 pada dasarnya tapi hari akhir saya di bilik ini, BTPNPP adalah  hari ini.

Sepanjang tempoh saya di sini PKG/BTPN/BTP sekiranya ada bahasa saya yang terkasar atau tersasar, ada tingkah saya yang salah dan ada kekhilafan saya pada anda semua saya mohon...MAAF dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya manusia biasa yang tidak akan pernah lekang dari melakukan kesilapan.

Harapan saya, ukhuwah persahabatan akan kekal selamanya, walaupun bidang tugas berbeza selepas ini. Sepanjang lebih 10 tahun mengenali BTPN, 4 tahun sebagai JU dan 6 tahun secara rasmi menjadi keluarga BTPNPP, banyak sangat perkara manis yang saya lalui, banyak ILMU yang dapat saya pelajari sehingga tidak dapat dihitung, halalkan semua tunjuk ajar kalian selama ini. Insyaalah semua ILMU yang baik akan saya jadikan amalan.

Saya sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kejayaan kalian semua dan doakanlah saya agar dapat menjalankan tugas baru ini (HEM) serta dapat berkerja dengan sepenuh hati seperti kerjabuat kita di BTPN/PKG. Yang pasti saya akan merindui kalian...juga GPM (all the best untuk PSS cikgu), sekiranya memerluka bantuan insyaallah saya akan terus membantu seadanya.

Sesungguhnya ukhuwah antara kita (BTP, BTPN, PKG & GPM) amat terasa KUATnya......

Salam Perpisahan....
Lokasi yg PASTI ku RINDUIIIII....

No comments:

Post a Comment