Followers

Sunday, February 5, 2012

KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Salam,

Hampir 6 bulan aku melepaskan jawatan sebagai PTP dan berhijrah kembali ke sekolah
Bermula dengan kosong semula ..belajar dan terus belajar.....
Enam tahun bergelumang dengan Pusat Sumber Sekolah , Kemahiran Literasi Maklumat dan NILAM
Rasanya beratus slot ceramah telah disampaikan dalam "perkongsian seadanya" dengan anak-anak pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang khasnya , Kedah dan lain-lain.

Julai 2011, aku melangkah keluar..Tahun 2012 dalam bidang yang baru..
Minggu ke tiga Januari 2012, terima panggilan dari SMK Tasek...unutk pelajar form 5 (31 Januari), form 3 (2 Feb).....selesai sudah alhamdullilah. Dalam perjalanan balik dari SMK Tasek, dapat panggilan dari SK Sg Bakap, mohon slot NILAM pada 9 Feb ni, Jumaat tadi dari SMK Bandar Tasek mohon slot LM pada 10 Feb (yang ni terpaksa dipinda sebab 11 Feb aku akan ke IAB)...3 minggu.

Rasanya lama kelamaan akau akan terpaksa tinggalkan semua ini kerana kekakangan tugas yang baru....
I.allah sebagai perkongsian yang kekal , aku akan masukkan bahan seadanya dalam blog ini dari semasa ke semasa......hanya ini yang dapat disumbangkan.

LITERASI MAKLUMAT

DOYLE (1992)
nSatu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. 
 
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
nKeupayaan  untuk  mengakses  dan  menilai  maklumat  bagi membuat   pemilihan   dan   menyelesaikan   permasalahan secara efektif.
 
American Library Association (1989)
nSeseorang yang berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh    mengenalpasti    bila    maklumat    diperlukan    dan mempunyai    kebolehan    untuk    menentu,    menilai    dan
mengguna secara berkesan maklumat yang diperlukan. 

Kesimpulannya :
Definisi LM adalah boleh mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut.

Dalam LM terdapat beberapa kemahiran  iaitu :

1. Mencari Maklumat di Perpustakaan
2. Berfikir
3. Belajar
4. Mengumpul dan menyampaikan maklumat secara verbal
5. Mencari maklumat melalui ICT
 
Kemahiran Perpustakaan
  • §Lokasi bahan
  • Susunan buku, majalah, akhbar dll
  • Bahagian buku, glosari, indeks dll
  • Menggunakan bahan rujukan
  • Membuat nota kaki dan bibliografi

Kemahiran Belajar
§Berfikir
§Membaca
§Mendengar
§Melihat
§Mencatatkan nota
§Mengorganisasikan dan menyampaikan maklumat secara betul
§Membuat renungan dan rumusan
 

Kemahiran Komunikasi
§Bertanya
§Menemuramah
§Memberi pendapat
§Berbahas
§Memberikan ucapan
§Menyampaikan laporan
 
 
KEMAHIRAN ICT
nOPAC
nEnjin Pencari
nBoolean
nPower Point
nLaman Web
nNews Letter
nBrosur

Kemahiran Hidup
§Mengurus masa
§Mengurus diri
§Berinteraksi dan etika
§Pembelajaran sepanjang hayat
 
Asas LM....akan sambung dengan contoh dan aktiviti...i.allah

 
 

KEBETULAN atau SURATAN

Salam Maulidur Rasul....
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhamad SAW
Sempena sambulan ulangtahun kelahiran banginda pada hari ini.....
Hari yang INDAH.......


Seawal pagi putri sulung telah muncul depan mata- balik bercuti
Kereta huby yang masuk w.shop 3 hari petang semalam telah dapat dipandu pagi ini
Cuma keretaku yang  masih dirawat, esok mungkin dah OK..i.allah.

2012...Januari mula melabuhkan tirai.....
Februari mula menampakkan wajah.....

KEBETULAN ATAU SURATAN......
Setelah 6 tahun di BPTN/PKG, dan setelah selesai pengajianku
Rasa ingin berhijrah semula ke sekolah
Kebetulan atau Suratan permohonan tu agak lambat...macam terselit hi3
Sebab pabila rakan yang lewat mohon keluar dapat ke sekolah dahulu
Baru aku perasan....mana borang aku...
Setelah dicek sana sini...rasanya macam ada kesulitan sikit,
Kebetulan atau Suratan sekiranya aku balik ke sekolah pada Mac ...akau akan ditempatkan di sekolah yang agak jauh...tetapi sebab lambat sikit ...perpindahan ku Julai, aku dapat sekolah yang amat dekat..
Alhamdullilah dengan kebetulan  atau suratan ini.....rencana ALLAH amat indah...

Sebulan lebih di sekolah, kebetulan atau suratan aku mengantikan PKP untuk berkursus di IAB -Pengurusan Sekolah. Kursus pertama aku dengan IAB Utara. Alhamdullilah, jumpa ramai kawan PK2...dapat berkongsi cerita dan perancangan. Kebetulan atau suratan aku yang hadir kursus ini.....

Hari akhir kursus, pensyarah kanan promosikan kursus NPQEL- aku pernah dengar kursus ini, dan PKP sekolahku baru mengikutinya....
Hari akhir permohonan..aku pun cuba isi borang "on line"
Alamak...kena buat karangan " SUMBANGAN ANDA TERHADAP PENDIDIKAN"....
Kerja buat baruku ini baru masuk 2 bulan...aku sendiri tak faham sangat...
Aku nekad tulis karangan tentang kerja buatku sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan dan "send" borang...

Borang "hard copy" kena hantar, hari ni Jumaat, 31 Oktober...hari last hantar borang....nak salinan Rekod service (terima kasih cik Lie- CC PPD atas kerjasama), nak markah prestasi 3 thn (terima kasih Yati e-BTPNPP), fakskan pada akak...hi3....sijil semua sesalinan....
Yang parah nak tandatangan Pengarah....t.tgn GB ok, dapatlah dah dan disokong...
Aku terus tel Pn Sri " laaa , akak pengarah out station, lagi 2 hari bru balik"....hu...cam mana ni....
Tawakal aje, aku call PPD...alhamdullilah Tuan PPD ada...siap sain dan sokong, pesan lagi suruh buat pos laju.....

Kebetulan petang ni nak ke penang, jadi poskan di pejabat pos penang...pos ekpress....tup3 esok dpt call berattt lebih laaa pulak.....adoiiii....sabtuuu....hu3...
Mintak tlg my sis ziati tlg ambik dan bayar yg lebih berat tuuu....hi3
SELESAI rasanya.....

Awal Nov sedang kursus HEM di Langkawi, dpt call dr JPN, borang aku ada di JPN...hu3...fenin ni....
tup tap tup tap...syukur laaa thanks pada yang membantu....
Dah namanyer isi borang hari last...tawakal aje laaa...hi3...

tup2 22 Dis aku dipanggil temuduga, nak baca apa, nak jawab apa...HEM amat baru
kalau PTP tu i.allah.....
Sesi temuduga berjalan lancar, syukur Dr & Prof yg temuduga aku tu byk tanya tentang kerjabuatku sebagai PTP.....lancarrrrr...tentang buku & projek KEmuDI...alahmdullilah.....Rasanya telah menjawab sebaik mungkin.....

11 Feb ni aku akan mendaftar kursus NPQEL.......hi3...berdebar jugak sebab dah lama tak buat assgmt , xon line forum....i.allah , semoga dipermudahkan dengan sokongan dan dorongan dair keluarga tercinta, GB, kekawan di SKSS dan semua kawan2 ku serta saudaraku tercinta......

Semoga Suratan atau kebetulan ku ini akan selesai (5 bulan ) dengan jayanya...
Terimakasih YA ALLAH.....Syukur Alhamdullilah....