Followers

Sunday, February 5, 2012

KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Salam,

Hampir 6 bulan aku melepaskan jawatan sebagai PTP dan berhijrah kembali ke sekolah
Bermula dengan kosong semula ..belajar dan terus belajar.....
Enam tahun bergelumang dengan Pusat Sumber Sekolah , Kemahiran Literasi Maklumat dan NILAM
Rasanya beratus slot ceramah telah disampaikan dalam "perkongsian seadanya" dengan anak-anak pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang khasnya , Kedah dan lain-lain.

Julai 2011, aku melangkah keluar..Tahun 2012 dalam bidang yang baru..
Minggu ke tiga Januari 2012, terima panggilan dari SMK Tasek...unutk pelajar form 5 (31 Januari), form 3 (2 Feb).....selesai sudah alhamdullilah. Dalam perjalanan balik dari SMK Tasek, dapat panggilan dari SK Sg Bakap, mohon slot NILAM pada 9 Feb ni, Jumaat tadi dari SMK Bandar Tasek mohon slot LM pada 10 Feb (yang ni terpaksa dipinda sebab 11 Feb aku akan ke IAB)...3 minggu.

Rasanya lama kelamaan akau akan terpaksa tinggalkan semua ini kerana kekakangan tugas yang baru....
I.allah sebagai perkongsian yang kekal , aku akan masukkan bahan seadanya dalam blog ini dari semasa ke semasa......hanya ini yang dapat disumbangkan.

LITERASI MAKLUMAT

DOYLE (1992)
nSatu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. 
 
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
nKeupayaan  untuk  mengakses  dan  menilai  maklumat  bagi membuat   pemilihan   dan   menyelesaikan   permasalahan secara efektif.
 
American Library Association (1989)
nSeseorang yang berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh    mengenalpasti    bila    maklumat    diperlukan    dan mempunyai    kebolehan    untuk    menentu,    menilai    dan
mengguna secara berkesan maklumat yang diperlukan. 

Kesimpulannya :
Definisi LM adalah boleh mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut.

Dalam LM terdapat beberapa kemahiran  iaitu :

1. Mencari Maklumat di Perpustakaan
2. Berfikir
3. Belajar
4. Mengumpul dan menyampaikan maklumat secara verbal
5. Mencari maklumat melalui ICT
 
Kemahiran Perpustakaan
  • §Lokasi bahan
  • Susunan buku, majalah, akhbar dll
  • Bahagian buku, glosari, indeks dll
  • Menggunakan bahan rujukan
  • Membuat nota kaki dan bibliografi

Kemahiran Belajar
§Berfikir
§Membaca
§Mendengar
§Melihat
§Mencatatkan nota
§Mengorganisasikan dan menyampaikan maklumat secara betul
§Membuat renungan dan rumusan
 

Kemahiran Komunikasi
§Bertanya
§Menemuramah
§Memberi pendapat
§Berbahas
§Memberikan ucapan
§Menyampaikan laporan
 
 
KEMAHIRAN ICT
nOPAC
nEnjin Pencari
nBoolean
nPower Point
nLaman Web
nNews Letter
nBrosur

Kemahiran Hidup
§Mengurus masa
§Mengurus diri
§Berinteraksi dan etika
§Pembelajaran sepanjang hayat
 
Asas LM....akan sambung dengan contoh dan aktiviti...i.allah

 
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum, boleh share contoh dn aktiviti kemahiran maklumat yang ade? saya baru nak belajar ttg kemahiran maklumat ini

    ReplyDelete