Salam Ukhuwah,
Hari ini sehingga Juaaat ini saya akan menghuni semula bilik kerja saya
Setelah sebulan saya di IAB
Tapi hanya unutk semiinggu sahaja... minggu depan saya akan berkampung di SK Sungai Acheh selama dua minggu untuk projek seterusnya.
Awal pagi, saya setia menunggu anak-anak didik saya melangkah ceria ke dalam perkarangan sekolah,
Rutin yang telah sebulan saya tak lakukan... lega hati melihat langkah-langkah kecil ini maju ke depan dengan senyuman... " Assalamualaikum cikgu..." yang hilang sebulan ini , balik bertamu.
Melihat senyuman "abah"...merangkap GB saya.... "Ok Jura cakap naa.. dah lama tak cakap , wish la selamat kembali.."..."Ok"....hi3...perhimpunan pagi... windunyaaaa....lagu sekolah, ikrar dll...
Ucapan saya ringkas , sekadar meingatkan anak-anak di sini, "back to school" setelah cuti seminggu, disiplin dan bantuan-bantaun yang akan disalurkan minggu ni. Pemantapan saya tetap sama " Semarakkan budaya Memberi salam dan Perkasakan budaya Membaca", alhamdullilah... saya nampak ada perkembangan.
Apabila saya masuk kelas ganti 5G, anak-anak saya sibukkkkk... " Cikgu, buat NILAM ye"....Syukur.
Belum pun sempat sarapan pagi ini, ada seorang murid baru mendaftar untuk tahun satu, saya bawa ke kelas dan berjumpa dengan guru kelas..."Selamat Menjadi Warga SKSS".
Sedang asyik menaip surat panggilan bantuan dan akuan penerimaan, saya dipanggil ke bilik GB...
Anak saya yang amat popular di sini " Alif"....ada kes lagi...
Alahai la "Alif" cayang cikgu, macam tau aje cikgu ada minggu ni, asal nampak cikgu aje ada le hal yang "Alif" buat....marah ada, kesihan pun ada...Nama dah le sama dengan nama cucu saya ALIF.
Lama juga nak selesaikan kes "Alif" dan beberapa rakan niiii.... satu kelemahan si "Alif" ni dia tak pandai nak tipu saya, cikgu lain dia pandai tipu...dah banyak kes "Alif" sampai pada saya.....
Akhirnya selesai dengan kata dua dari saya buat "Alif".
Hari ni juga, dah sebulan tak sempat nak bincang-bincang dengan abak buah. Cari guru BK, tgok apa nak dibuat dalam masa terdekat...kem kepemimpinan dan perjumpaan waris- Ok, Jumpa AJK Lawatan- Ok ke Perpustakaan Negeri & ..... hi, beres, RMT - tak ada masalah, SUSU belum sampai, Bantuan - haaa banyak kerja minggu ni kita yeee....
Sedar tak sedar dah dekat jam 2.30 petang....buka jap blog IAB, buat catatan harian, tup2 GB dok kat belakang dengan PKP, hi3...ni la kerja Jura hari2 kena up date...Ni tulis laporan hari ni... tulis ucapan di perhimpunan tadi..."Tulis tak yg "abah" berleter tu? ".... " Tak le...".....lama juga perbincangan tak rasmi kami tentang Mesy esok kurikulum, Aset & Kewangan......
ASET,,,ssh juga nak diperjelaskan....tak ada yang mahir, baru aje p kursus ...hi3...jam 3 lbh baru le kami bersuraiiiii......
Wajah-wajah dirinduiiii.....
rakan2 sekursus saya...jumpa nanti Fasa 2, 22 April 2012....
ReplyDelete