Followers

Friday, August 2, 2013

Julai Berlabuh dlm Ketenangan...Ogos dalam tandatanya

Julai...
Berambut dengan Ramadhan yang suci...
Kerjabuat berjalan dengan jadual yang diatur...
Ha...dengan proses penyesuaian bersama Bos baru....

Kata sahabat saya " dunia ni, semua ni dunia..."
hanya senyuman tuk respon ini...
hi...

Projek Julai saya bermula dengan menerima panggilan telefon dari PPD
Galeri PPDa sekolah saya akan mewakili negeri buat kali kedua tahun ini
Perbincangan bersama GB.....banyak juga pembaharuan yang beliau cadangkan
Terima kasih adik2 praktikum yang membantu mengubah fizikal
Selesai sudah...
Ogos ini hanya nak naikkan bahan-bahan sahaja....
Semoga projek ini akan terus dikendalikan dngan baik...


Sedih juga, bila mengenangkan projek yang kita asakan akan ditinggalkan separuh jalan...
Semalam menerima berita dari pengawai PPD, saya akan digerakkan OGos...
Ha2..Ogos..sekarang pun dah Ogos...lepas raya katanya...
tu ni tu ni alasan saya berikan dengan projek saya, dengan komitmen saya yang baru 2 thn di sini
Tapi terlambat sudah...
Kata pengawai tu nama saya telah dihantar ke JPN...

Bila difikirkan balik, mereka telah bertolakansur dengan saya...pada awal tahun saya ditanya untuk bergerak...tapi lokasi agak jauh, dan saya sendiri mohon..jika nak gerakkan saya..jangan keluar dari kawasan.....
Khabarnya pergerakkan saya Ogos ini dalam kawasan
Puas saya pujuk nak tahu lokasi...tapi hampa....takut ada pertukaran di pihak atasan...
REDHA....itu kata hati saya...itu persetujuan saya dengan Mr Hubby....
Semoga tandatanya saya Ogos ini akan dalam rahmat dari DIA Yang ESA....

Kasih saya bertaut agak KUKUH di sini....bersama warga SKSS adalah antara anugerah terindah dari DIA....
Di manakah saya Ogos ini? Hanya DIA yang tahu...
Semoga semuanya dalam peliharaanNYA...

No comments:

Post a Comment