Followers

Saturday, January 11, 2014

MESYUARAT-MESYUARAT PEMBUKAAN 2014

GERBANG 2014 disambut dengan azam yang sangat tinggi
Dengan AMANAH yang lebih berat
Dengan TUGAs yang lebih mencabar...

2014 :
  • Insayaallah akan bertahan lama sebagai PKP di SKPTM kerana permohonan GB ditolak disebabkan gred ...terlebih gred la sudah... ha.... okey la redha jeeee
  • Masih Naib setiausaha PPSSPP (NGO)  negeri
  • Setiausaha Permuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran Daerah SPS
  • Setiausaha dalam beberapa bidang di bahagian
  • PENTING - alhamdullilah masih isteri kepada MR Suami tercinta, semoga kekal ke hujung nyawa.
  • MUSTAHAK - ibu kepada putri tersayang Anis dan Ayu
  • INGATAN - ibu mertua kepada Mohd Syukur
  • Juga mama kepada Ady, Maman, Tim dan Aishah serta nenek kepada Alif dan Alisa
Wajah-wajah mesyuarat di Gerbang 2014...pembukaan yang penuh dengan semangat bekerja kerana ALLAH SWT







Jadual Mesyuarat Yang telah selesai Fasa 1 Gerbang 2014

23 Dis 2013               Mesyuarat Guru 1/2014          
                                Mesyuarat  Kurikulum 1/2014

24.Dis 2013              Mesy HEM dan KOKO bil 1/2014

26.Dis 2014              LADAP VLE FROG

27 DIS 2014             LADAP KSSR Tahun 4

30 Dis 2013              LADAP KSSR 2013 & Kemas kelas

31DIS 2013              ORIENTASI Tahun 1 dan Pra Sekolah

03 JAN 2014            Mesyuarat Staf bil 1/2014

04 JAN 2014            LADAP 1/2014 ( Perancangan Strategik)

06 JAN 2014            Mesyuarat Tahun Enam

07 JAN 2014            Mesyuarat  Jawatankuasa Blog/ laman web

08 JAN 2013             Mesyuarat SMM dan ke PPD

08 JAN 2014            Mesyuarat Sekolah Cemerlang

09 JAN 2014            Mesyuarat Panitia PJK

10 JAN 2014            Mesyuarat NILAM
                               Mesyuarat Panitia Sains
                 


Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon semangat yang utuh, kekuatan minda dan fizikal, pertimbangan yang waras dengan semua kerjabuat ini.

KISAH PERTAMA 2014

Allahhuakbar,

Masa berputar begitu pantas....sedar tak sedar tak sedar hijrahku kali ini telah masuk 5 bulan...
Ya Allah, rasa macam baru 34 minggu sahaja
Mula menapak di destinasi terkini, walaupun dulu aku pernah bertamu di sini...tapi dulu sebagaiguru sekarang sebagai pentadbir.

Sekolah yang memang hebat dari dulu dan kini semakin hebat, GB yang hebat, Guru-guru yang hebat, anak-anak yang hebat dan waris yang hebat.

Bila dah hebat, dan tag line nya UNGGUL pasti semuanya terbaik....masa menjadi musuh aku selama 5 bulan di sini....perlahan lah berdetik wahai masa....

Bukan tidak rindu untuk menarikan jari di laman ini, tapi masa amat terhad....
2013...aku tinggalkan dalam seribu satu warna kesyukuran.
  • Keputusan UPSR yang baik bagi calon tahun ini dengan 30 orang 5A dan GPS 1.74 terbaik di daerah SPS. Syukur Ya Allah satu titik mula buat ku.
  • Sekolah yang cemerlang dan bakal dicalonkan kluster dan SBT Aku sempat berkursus di SP yang dianjurkan oleh JPNPP
  • Warga guru yang ceria- sama ada suka atau tidak, merekaperlu menerika aku dan aku berlapang dada menerima mereka- tip semasa membuat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran sekolah (NPQEL) banyak membantu aku mengurus sbuah sekolah yang hebat, guru-guru rmai yang hebat dengan lebih banyak cabaran....ha ha...
  • Anak-anak yang hebat, dua kali ganda sekolah lama...sekolah lama dalam 400 orang di SKPTM ni dah menlebihi 800 murid....guru pun kali 2, staf kali 3, pekerja swasta kali 2....Wah besar tu jumlah insan-insan yang perlu ku perhatikan.
  • Waris yang hebat - ramai dalam kalangan waris adalah berpendidikan, dulu sekolah kampung..kampung saya sendiri 50% sahaja yang berkerja makan gaji yang lain adalah nelayan dan petani. Sekarang 90% adalah berkerja dan selebihnya adalah berniaga.
Dalam itu hebat,ini hebat...aku mencari sesuatu...jelas nampak tapi masih jauh untuk digapai.

Terima kasih pada Mr Suami dan my Princes (Si bongsu) yang faham...bagi masa mama dalam 2 bulan lagi , selepas iniin shaa alah akan kembali seperti biasa...

Bak kata orang bila dah jadi budaya ia mudah..hehe

Doa dan harapan ku padamu YA ALLAH berikan /pinjamkan kekuatan ini untuk aku lunaskan amanahMU di bumi yang sementara ini, agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Tabahkan hatiku,kuatkan imanku untuk melaksanakan amanah yang telah ENGKAU rencanakan buatku.

1.50 adalah apa yang patut kami gapai bagi tahun 2014, bagaimana? mengapa? Kenapa?

Hanya insan-insan yang di sini memahami.

Dengan seribu satu e dalam kerjabuat harian ini, KAU terangkanlah hati ku bagi melancarkan sesuatu yang baru ku pelajari dan KAU kuatkanlah minda dan fizikalku Ya Allah.