Followers

Saturday, January 11, 2014

KISAH PERTAMA 2014

Allahhuakbar,

Masa berputar begitu pantas....sedar tak sedar tak sedar hijrahku kali ini telah masuk 5 bulan...
Ya Allah, rasa macam baru 34 minggu sahaja
Mula menapak di destinasi terkini, walaupun dulu aku pernah bertamu di sini...tapi dulu sebagaiguru sekarang sebagai pentadbir.

Sekolah yang memang hebat dari dulu dan kini semakin hebat, GB yang hebat, Guru-guru yang hebat, anak-anak yang hebat dan waris yang hebat.

Bila dah hebat, dan tag line nya UNGGUL pasti semuanya terbaik....masa menjadi musuh aku selama 5 bulan di sini....perlahan lah berdetik wahai masa....

Bukan tidak rindu untuk menarikan jari di laman ini, tapi masa amat terhad....
2013...aku tinggalkan dalam seribu satu warna kesyukuran.
  • Keputusan UPSR yang baik bagi calon tahun ini dengan 30 orang 5A dan GPS 1.74 terbaik di daerah SPS. Syukur Ya Allah satu titik mula buat ku.
  • Sekolah yang cemerlang dan bakal dicalonkan kluster dan SBT Aku sempat berkursus di SP yang dianjurkan oleh JPNPP
  • Warga guru yang ceria- sama ada suka atau tidak, merekaperlu menerika aku dan aku berlapang dada menerima mereka- tip semasa membuat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran sekolah (NPQEL) banyak membantu aku mengurus sbuah sekolah yang hebat, guru-guru rmai yang hebat dengan lebih banyak cabaran....ha ha...
  • Anak-anak yang hebat, dua kali ganda sekolah lama...sekolah lama dalam 400 orang di SKPTM ni dah menlebihi 800 murid....guru pun kali 2, staf kali 3, pekerja swasta kali 2....Wah besar tu jumlah insan-insan yang perlu ku perhatikan.
  • Waris yang hebat - ramai dalam kalangan waris adalah berpendidikan, dulu sekolah kampung..kampung saya sendiri 50% sahaja yang berkerja makan gaji yang lain adalah nelayan dan petani. Sekarang 90% adalah berkerja dan selebihnya adalah berniaga.
Dalam itu hebat,ini hebat...aku mencari sesuatu...jelas nampak tapi masih jauh untuk digapai.

Terima kasih pada Mr Suami dan my Princes (Si bongsu) yang faham...bagi masa mama dalam 2 bulan lagi , selepas iniin shaa alah akan kembali seperti biasa...

Bak kata orang bila dah jadi budaya ia mudah..hehe

Doa dan harapan ku padamu YA ALLAH berikan /pinjamkan kekuatan ini untuk aku lunaskan amanahMU di bumi yang sementara ini, agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Tabahkan hatiku,kuatkan imanku untuk melaksanakan amanah yang telah ENGKAU rencanakan buatku.

1.50 adalah apa yang patut kami gapai bagi tahun 2014, bagaimana? mengapa? Kenapa?

Hanya insan-insan yang di sini memahami.

Dengan seribu satu e dalam kerjabuat harian ini, KAU terangkanlah hati ku bagi melancarkan sesuatu yang baru ku pelajari dan KAU kuatkanlah minda dan fizikalku Ya Allah.

No comments:

Post a Comment