Followers

Saturday, February 5, 2011

^^^Periuk Belanga Menari^^^

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia...

CUTI panjang 4 hari sempena Tahun Baru Cina...
Dua hari dihabiskan dengan santai..
Masak simple-simple bagai melapaskan batuk ditangga...
Entah mengapa mood surirumah kurang.....hi3



Petang semalam terlanjur beli barang, beli la sikit barang tuk MENU hari ni....
Untuk putri bongsu yang memang gemarkan makanan barat
Mama sediakan....

                                          Sarapan pagi ni ye sayang......

Adik bangun pagi SURE buka tudung dulu ....
Patutnya mandi dulu seblum sarapan, tapi sebab ni memang adik paling suka
"Adik gosok gigi aje la"...dan terus duduk meja....
Sampai mama dengar belehak...ish..ish... anak dara sape la ni...



Kakak maintance....makan sikit-sikit...DIET...ye le tu.....
OOOO.... Walid bawa balik DURIAN dari Sg Kechik...
Jadi, mama kena rendam pulut dulu,
Petang nanti kita makan PULUT DURIAN.....

Seronok juga bila pagi-pagi dengar periuk belanga belaga...
Menari rentak sendiri...
Kekadang saje..diketuk kuat-kuat sikit...
Nak bantu bangunkan putri-putri yang sambung mimpi...
Saje bagi bau KUAT sikit sampai ke hidung putri-putri yang melayan mimpi...
AKHIRnya......SELESAI.....




Friday, February 4, 2011

^^^MINGGU BELAH-BAHAGI^^^

Salam Ukhuwah,

Detik akhir-akhir Januari dan pertemuan Februari
Pantasnya masa berlalu, detik saat berputar tanpa henti
Menjadikan kita semakin dekat dengan DUNIA ABADI....
Jumaat dalam MOOD cuti panjang....
Masih boleh rasanya untuk ucapan " SELAMAT TAHUN BARU CINA"
pada arakan-rakan ku yang berbangsa Cina dan pada Rakyat Malaysia....
Perjalanan Minggu ini agak mendatar kerana hari berkerja hanya 3 hari
Penuh dengan rutin seperti biasa..mesyuarat..mesyuarat..
Rancang projek.....
Cuti empat hari, tidka merancang untuk ke mana-mana
Memandangkan kesihatan Yayang yang sukar untuk bergerak dalam masa yang panjang dan perjalanan yang jauh.
Cuti di rumah sahaja dengan putri-putri tercinta sambil
mencari rawatan alternatif untuk Yayangku .....

30 JANUARI 2011 (Ahad)
Santai hujung minggu, mencuci baju, kemas rumah , masak & rehattttt...
Berbelah-bahagi memikir MENU hujung minggu..
Akhirnya..Tom Yam (kakak & adik minta) , kari(Khas buat mentuaku), ayam goreng(kakak), sayur peria goreng ( yayang); pencuci mulut pengat labu (yayang & adik)

31 JANUARI 2011 (ISNIN)
Minggu ni tiga hari je berkerja ..Isnin, Selasa, Rabu
Seawal pagi sibuk mencari 30 lagi peserta Program Sandaran ke T......
Alhamdulilah 12.30 tgh selesai malah terlebih la sudah.....
Berbelah-bahagi, nak "stay" kat Bagan je ka atau berulang macam biasa
Rasa letih juga badan berulang 1 jam pergi dan 1 jam balik....
Nasib baik petang ni sempat buat urutan berempah dengan Mak Zah...ringan badan balik..
Terima kasih Mak zah.....kalau dapat berurut sebulan sekali mesti badan SEGAR...
Akhirnya dah lewat nak balik NT, tidur Bagan sahaja....

01 FEBRUARI 2011 (SELASA)
Beralih bulan dah rupanya, pantasnya masa berlalu
Mesyuarat unit kali kedua unit, laporan Januari dan penekanan Perancangan Feb dan Mac.
Kali ni mintak pelepasan dari mencatat minit, bulan lepas banyak minit yang sudah dibuat..
Alhamdulilah bergilir, giliran iken pulak bulan ni...so catat apa yang penting sahaja
Nanti rujuk minit yang iken catat.
Berbelah-bahagi, nak ambik "time off" banyak benda peribadi yang belum selesai
dan perlu diselesaikan sebelum cuti Tahun Baru Cina.....

02 FEBRUARI 2011 (RABU)
Bangun pagi selsema dan rasa macam nak deman,
Cuaca hujan panas, hujan panas memang badanku akan KALAH...
Syukur Yayang nak tolong hantar pergi kerja hari ni..
Hari kerja terakhir minggu ni...
Mesyuarat penal hakim...
HATI amat-amat BERBELAH-BAHAGI...
Jasad di Bilik Mesyuarat, Jiwa  dah dalam 'MOOD" HOLIDAY....
SElamat Tahun Baru Cina  untuk semua rakan-rakan yang berbangsa Cina.
Selesai hari-hari berkerja untuk minggu ini....syukur....

                                           meeting Hakim PSS......

03 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)
"Part Time" sambil santai melayan NOVEL koleksi terkiniku,
Berbelah-bahagi rehat sahaja di rumah atau temankan kakak dan adik di NZS
Akhirnya dengan melayan putri-putriku, tak kisahlah di mana pun asalkan bersama-sama putri-putriku tersayang....sambil memerhati wajah-wajah pelangan kecil yang PEKA akan IT,
Kalah aku ni..kecik-kecik dah ada FB...dasyat bukda-budak sekarang.
Zamanku dulu type writter ti kira dah canggih la.....
Type Writter pertamaku...elektrik..kira canggih dah la masa tu..
untuk buat assigment di semasa di maktab....

Hati puas hari ini melihat wajah-wajah kecil anak-anak kampung yang tersenyum
Pabila tugasan sekolah selesai.....
Matlamatku untuk menabur setitis jasa dalam sekadar yang ada sahaja pada anak kampungku tercapai juga.....Kekadang BERBELAH-BAHAGI hati melihat kerenah mereka...
Aku akan selalu meminta putri-putriku muhasabah diri dan bandingkan
Rezeki yang DIA curahkan pada mereka berbanding anak-anak kecil di kampung ku ini.
Alhamdulilah Ya ALLAH, atas ruang dan peluang yang diberikan.

04 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
Awal pagi badan memang rasa nak deman, selsema dari semalam
BERBELAH-BAHAGI hatiku, nak ke NZS ke nak rehat sahaja di rumah.
Kesihan jugak lihat wajah muram putri-putriku bila dinyatakan  "ibu tak ikut"
Akhirnya kami masih bersama, bersenda gurau.....makan bersama untuk hari kedua cuti
Pagi pekan kecil ini penuh dengan orang kampung,
rupanya ada jenazah yang hendak dikebumikan.. INNALILAH....
Tengahari...aku perlu rehat seketika.
Petang...penuh dengan wajah-wajah kecil.....ceria melayan minat baru FB, Game dll.

Kekadang ada ketika hati berbisik dan merasa berbelah-bahagi..
HATI juga sukar untuk membuat pilihan....
Kerana takut melukakan seseorang, atau merosakkan suatu suasana.
Kiranya sesuatu perkara itu kita rasakan berbelah-bahagi untuk diselesaikan
Mohon petunjuk dari DIA.....
Satu pilihan harus dibuat dengan izin DIA
Dengan Redha NYA.....


Saturday, January 29, 2011

^^^ SAAT-SAAT PERKONGSIAN ILMU^^^

Salam Ukhuwah &  Salam 1Malaysia,

Dua hari di SMK Tasek...
Khamis tadi dengan pelajar Tingkatan Tiga,
Hari ini dengan pelajar Tingakatan Lima.
Slot yang sama, pendekatan aku berbeza memandangkan,
anak-anak ini berbeza 2 tahun umur dan menghadapi peperiksaan yang 
mempunyai TEKANAN yang berlainan.
Pendekatanku berdasarkan pengalaman menghadapi anak-anakku sendiri
dan pelajar-pelajar yang ku temui sebelum ini dalam slot-slot yang lepas...

Slotku seperti biasa memperkenalkan apa itu LM...
ciri-ciri seseorang yang berliterasi maklumat
serta kemahiran-kemahiran ..penekanan pada kemahiran Perpustakaan seharusnya
Kemudian kemahiran belajar dan penekanan pada kemahiran mencatat nota...
Sekali pusingan  ke tempat duduk pelajar, rata-rata menggunakan cara mencatat nota
"konvansional"......ok ...CIKGU galakkan kamu guna" PETA MINDA" ILUTRASI"'LPG" MANDALA INGATAN"
AKU lebih kepada " PETA MINDA" kerana bertetpan dengan kajianku....

Soalan cepumas ku pada pelajar biasanya sama....
Satu jawapan yang mencuit hatiku dari seorang pelajar perempuan ...
1H 5 w ...jwpnnya  "One husband five Wife"....
Terundur aku beberapa langkah....
Jawapan yg selalu aku terima..." Satu Hari Lima Waktu"
RIUH satu dewan...terutama pelajar lelaki....boleh ke cikgu, boleh ke?
AMBOIIIII.....tak kan sampai "FIVE".....Islam izinkan "FOUR ONLY" sayang.....
Hi3....tu la pemikiran budak-budak kan.....nakal dan cute....
Kekadang jawapan yang tak dijangka...terkeluar....

Menyentuh Kemahiran ICT dalam LM...aku pun berceritalah ....
"Kamu nak tahu acct FB cikgu dan blog cikgu...anak cikgu yg buat"
...laaaaaaa.....selamba budak-budak tu gelakkan aku....
Ya , zaman mereka memang zaman IT, mereka lebih PAKAR dari orang seangkatanku....
Gunakanlah IT dengan BERETIKA anak-anak semua....

RUMUSANnya ....kepuasan HATI sebagai PENDIDIK diakhir slot
Pabila hasil pembentangan OBJEKTIF tercapai ...
Alhamdulilah......
Gud luck.....pada semua...
pelajar sedang membuat peta minda...
pelajar sedang ...gunakan 1H 5W
 
KEPUASAN HATi seorang GURU pabila pelajarnya mendapat apa yang ingin disampaikan
TERSENYUM ...di akhir PERKONGSIAN....

^^^^^ MINGGU "KERJAYA"^^^^^^

Salam Ukhuwah.......

JUMAAT hadir lagi untuk ke sekian kalinya...
SYUKUR...masih dapat merasakan AURA Jumaat
Hari ini masih di SMK Tasek..... 

Selesai tersusun takwim 2011....
Kerjaya bermula satu persatu....
Bercita-cita sedari kecil ingin menjadi "CIKGU"
Alhamdulilah....IMPIAN menjadi NYATA....
Inilah KERJAYAku......


                                             kerjaya impian.....syukur YA ALLAH.

23.01.2011 (AHAD)
Kerjaya ku hari ini...
IBU, surirumah sepenuhmasa (ha2 24 jam je)...
Seawal pagi siapkan barangan & pakaian putri bongsu
untuk dihantar ke hostel....
petang memang dah ada dating dengan si bongsu "Outting"
Masalah putri sulung pun nak join....
So...ke Mall cari barang..padan muka kami tak ada beg hari ni.....

24.01.2011 (ISNIN)
Kerjayaku sebagai PTP bermula, kertas kerja pertama bagi tahun 2011
Khidmat bantu sekolah angkat.....alhamdulilah selesai
dan diserahkan pada BOS...moga lulus tanpa masalah...
Senarai peserta Kursus Asas..projek seterusnya...
Menggalas KERJAYA yang diminati adalah satu kepuasan

25.01.2011(SELASA)
Kepuasan Kerjaya, apabila kertas kerja LEPAS......alhamduliah SYUKUR
Step seterusnya....boleh la guna gear 5, sebab dah dapat KELULUSAN
Membantu mantan rakan setugas dengan memberikan "soft copy" tentang KERJAYAku...

26.01.2011(RABU)
luv my KERJAYA..... bengkel pertama 2011 (2 jam aje)...
Bengkel emel MOE....kira dah LULUS la...abis bengkel ni


TODAY is 'MY DAY"......
Lunch dengan iken dan ....... (mee kari + ice lemon tea) di SR ...
Pass tu Surela...kek coklat aiskrim ..SR...alhamdulilah kenyang sampai malam
Petang...haha KOKO.....sure poco-poco dan tarian 1MALAYSIA....




27.01.2011 (KHAMIS)
Sememangnya seiring dengan KERJAYAku......
Ceramah " Kemahiran Belajar- Literasi Maklumat " di SMK Tasek untuk tingkatan 3
SYUKUR, slot berjalan lancar dan perbentangan pelajar amat memuaskan..
Di awal pertemuan muka-muka pelajar yang jernih (sedia menerima pertemuan)
Moga sedikit perkongsian yang CIKGU berikan ini dapat membantu kalian dalam PMR tahun ini.

                                          Selesai CERAMAH, slot bengkel...


28.01.2011 (JUMAAT)
ooooo...hari yang aku paling suka....
Terus menyelesaikan amanah KERJAYAku...
Hari ini Slot untuk pelajar SPM...alhamdulilah muka-muka anak-anak ini jernih belaka.
Pertemuan singkat dengan Pengetua, Pn Hjh Rohani dan berbicara anak-anak didik kini...
Air muka keibuan Puan Pengetua , i.allah anak-anak ini akan CEMERLANG dalam SPM akhir tahun ini.
Slot kedua aku di SMK Tasek, untuk pelajar tingkatan 5 pula
Tajuk yang sama , cuma perlu pendekatan berlainan sebab lebih dewasa dari pelajar semalam.
Perkongsian cikgu seadakannya, dah KERJAYA cikgu pun.

Dan beberapa detik tadi aku dapat MEMELUK  Putri bongsuku,
Minggu balik kampung....jadi hujung minggu ni MERIAH la....

29.01.2011(SABTU)
KERJAYA hujung minggu....surirumah tangga  sepenuh masa
Ha...minggu kemas rumah, cuci baju, masak......

Kekadang kita bernasib baik mendapat KERJAYA yang menjadi IMPIAN sedari kecil,
Ramai juga yang impian kerjaya semasa kecil tidak kesampaian,
Apapun kerjaya kita...
Moga kita dapat jadikan KERJAYA kita satu IBADAT...i.allah.
Ikhlas, bak kata pujangga seperti semut hitam yang berjalan di atas ranting yang hitam di malam yang gelap....
Apapun, senantiasa ingatkan HATI untuk IKHLAS dalam KERJAYA...
Walaupun ikhlas tidak dapat dilihat....
Hanya kita dan HATI kita....dan DIA yang Maha Kuasa.....




Apapun KERJAYA yg telah ditetapkan DIA, jadikan ia satu IBADAT,
Kerana setiap ruang masa itu akan dihitung....

Syukur atas ketetapanMU akan KERJAYAku YA ALLAH.
Samada aku sebagai GURU atau SURIRUMAH hujung minggu....
Alhamdulilah.....

Thursday, January 27, 2011

*****MY DAY******

Salam Ukhuwah,

Entah mengapa merasakan hari RABU ( 26/01/2011) adalah HARI ISTIMEWA...
Seawal pagi bertolak dari rumah ke pejabat (sejam dalam kereta)
Tak terasa dengan bertemankan lagu-lagu "Broery Marantika"..CD hadiah suami tersayang...
Ntah dari mana datangnya semangatku hari ni?
Terima kasih YA ALLAH...

Teringat akan pesan "abah"....kekadang suatu hari tu kita rasakan "seronok" i.allah
hari tu hari kita, Tapi kekadang ada hari "hati rasa tak sedap".....beringatlah....itu pesan abah masa aku masih dibangku sekolah lagi....

Mungkin juga sebab hari ini ada bengkel, 
Bengkel pertama 2011...hanya 2 jam...
almaklum bulan dah hampir dua bulan tak ada apa-apa bengkel, 
setelah SKT 2010 selesai.
Alhamdulilah dapat juga menyimpan dan menggunakan emel MOE dengan BETUL
bagi tahun 2011....


dgn iken....LULUS tau...


Selesai bengkel, dah lama tak pakai baju KOPORAT ni...so
jap akak nak posing jap... hi3....
My BFF komen...katanya baju dah warna terang...ya tak ya jugak
99% bajuku warna GELAP...Thanks atas komen...yang tak sedap tu
 bilik aku berselerak.....selerak ke...ni kira kemas la ni...
Banyak kerja la... hi3...
Alhamdulilah Perancangan 2011....dah tersedia

my sweets room....


Badan kita ni kena jugak diberikan "hadiah" sesekali...
Jadi hadiah tuk my "Perut" sebenarnya....
 LUNCH....ha nak g ke tempat yang paling aku suka SR, Kepala Batas..
So ambik je set lunch....

Mee Kariii.... hi...
yummy sedappp nyer....
rugi kalau tak makan abis ni...BEST....
mee kari + ais lemon tea....
mak..besarnya sudu....


Aktiviti seterusnya KOKO.....
Sedar akan tahap kesihatan warga BTPNPP dalam DILEMA....so idea yag baik..
bermula  tahun lalu setiap RABU (4-5pm)...semua warga WAJIB KOKO....
HI3...pada mulanya rasa tak selesa,
tapi orang kata , lama-lama biasa ...alhamdulilah...

Banyak aktiviti, pilih saje mana yang berkenan....
ada "out door" dan ada "in door"
Aku...sure "yg "in door" hi3....
So...Poco-poco adalah wajib dan ditambah dengan tarian 1MALAYSIA...
SYUKUR, ringan jugak badan...
Peluh pun keluar....


jom.....poco2....
hi3.....wat betuiii..nnti cikgu marah....
tarian 1MALAYSIA.....


My day...its...SWEETS day......
SYUKUR YA ALLAH.....

Wednesday, January 26, 2011

**** MAKNA CINTA *****

Salam Ukhuwah,

Cinta...cinta...LUV.....

Dalam melihat-lihat koleksi p.point untuk slot di SMK Tasek 27 dan 28 hb ni,
Terjumpa sliad dr "ayahanda Hj Hassan"....itu panggilan diri empuya sliad ni pd iken dan adik2 yang lain.
Antara yang aku tetarik dan ingin kongsi bersama di sini adalah " MAKNA CINTA"...
al maklum, punya dua orang anak gadis, agak memeningkan kepala bila..putri-putri ni mula...
Di lamun CINTA.......mama yg risau lebih....

MAKNA CINTA...
Cinta adalah fitrah,
         Kehidupan manusia adalah Sunnah,
Cinta suci dan penuh taqwa,
         Kasih sayang adalah Cinta sejati.

dapatkan cinta SUCI....

Cinta yang tersembunyi di dalam jiwa manusia ialah perasaan jiwa dan gelojak hati mendorong seseorang untuk mencintai kekasihNya (Allah SWT)

Percintaan adalah Satu Ramuan yang perlu dan pasti..
Namun nada dan rentaknya berbeza di antara..
Cinta di Zaman Remaja, dalam Rumahtangga serta cinta di zaman Dewasa atau Tua..

Dari sudut pandangan Islam,  Cinta memiliki tiga kategori
  Pertama  :  Kelas Atas
  Kedua  :  Kelas Menengah
  Ketiaga  :  Kelas Rendah

Cinta kepada Allah dan Rasullullah s.a.w dan berjihad di jalan Allah.

Cinta kepada Ibubapa, Suami-isteri dan anak (saudara mara).

Cinta kepada Dunia/Harta, Kuasa dan  Wanita.

CINTA itu BUTA....Jangan KITA BUTA Kerana CINTA

BUTA MATA, tak nampak jalan di DUNIA
BUTA HATI, tak nampak jalan ke AKHIRAT
BUTA PERUT, hidup jadi SERABUT
Amalan Kelam-kabut

NARCISMA
Penyakit ketagih Cinta
Peringkat remaja mula gelojak
Lebih memuncak jika remaja
Tersebut kesunyian, kesepian,   keseorangan, kejauhan lebih  hebat   akibat tidak diberi perhatian dari   insan-insan yang hampir dalam   hidupnya seperti ibu,bapa,adik- beradik atau rakan sebaya.

Persoalannya Salahkah remaja BERCINTA?
Perasaan ingin dicintai dan menyintai adalah lumrah
Tiada siapa dapat menafikan lantaran setiap insan memiliki perasaan. Kita akur perasaan itu adalah anugerah Allah SWT. Terpulanglah kepada kita bagaimana ingin menyimpan, memupuk dan memelihara perasaan tersebut

Masalahnya….Tidak ramai remaja yang mampu mengimbangi di antara
Cinta dan Pelajaran,

APATAH lagi untuk bercinta dengan menurut GARIS PANDUAN ISLAM

CINTA SUCI
Dalam pandangan Islam ialah jika seseorang itu menyintai seseorang yang lain (lelaki & perempuan) dengan niat yang baik iaitu ingin dinikahinya demi menyempurnakan Sunnah Nabi Muhammad SAW tidak dipengaruhi oleh nafsu berahi atau dorongan lain yang membawa kekejian. Cinta yang lahir dari perasaan hatinya sendiri dan bukannya suatu paksaan..

CINTA HAKIKI atau CINTA AGUNG hanya milik Allah SWT iaitu CINTA ABADI yang tidak musnah atau rosak atau cacat sepanjang kehidupan manusia dan Cinta yang tidak pernah mengecewakan..
DIA Sangat Mengasihani hamba-NYA meskipun ada kalanya kita lalai, alpa, cuai, dan asyik dengan CINTA DUNIA

Khas buat putri-putriku Anis & Ayu,
juga Putra putri anak-anak didikku...
adik-adik ku yang masih muda remaja....
PERKONGSIAN ini TANDA CINTAKU pada KALIAN.....

Salam sayang...TINTA PELANGI SENJA



tanda sayang.....

Saturday, January 22, 2011

MINGGU "SYUKUR"

Salam Ukhuwah.....


Detik, saat tetap berputar mengikut ketetapan NYA...
Kita juga bergerak mengikut putaran masa...
Sudah minggu ke-3 , 2011....Selalunya aku akan up date blog pada hari JUMAAT
Semalan sibuk sangat tak sempat on line pun, 
Petang ni baru berkesempatan.....

Sabtu (15.01.2011)
Minggu putri bongsu balik rumah...
Melayan si bongsu, nak bertindih telinga la, cari T'shirt putri Islam...
Meriah hujung minggu ni semua berkumpul....SYUKUR....

Ahad (16.01.2011)
Pagi bantu si Putri sulung di kedai....alhamdulilah, putri sulungku semakin cekap
Ini pengalaman, masa sekolah dulu semua teori, ini amali...selok belok perniagaan,
Belajar erti kesabaran dengan  kerenah pelangan....SYUKUR..putri sulungku
Faham tujuan amanah ini diberikan padanya.

Isnin (17.01.2011)
Hari pertama berkerja dalam minggu ini.
Ada 2 temujanji dengan sekolah,
Al Khairiyah- sekolah angkat BTPN, bincang dengan pengetua
Program Khidmat Bantu PSS- alhamdulilah SYUKUR, Ust Khairul Anwar amat komited,
Kerjaku menjadi mudah .....
Temujanji ke-2, dengan sekolah angkatku - SK Pengkalan Jaya, bincang program lawatan ke Sekoilah SBT di Johor- , SYUKUR penginapan di BTPN Selangor dan Johor selesai.
Yang indah di sini, jumpa semula rakan kerja ku semasa habis sekolah (kerani sementara Jab Pendaftaran), oooo Nazidah....jumpa juga Kak Hauwilah yang sama mengajar di SJKC Kai Chee dan Cikgu Rohani, sama di Sri Pinang....rupa-rupanya anak angkat ni ramai kenalan lama....senang lah mak angkat nak buat kerja...SYUKUR Ya ALLAH....silaturahim kembali bertaut....

Selasa (18.01.2011)
Program Lawatan Sandaran, membawa sekolah-sekolah angkat BTPN ke PSS Cemerlang Negeri, SMK Tunku Abd Rahman dan SK Sg Acheh...my dear Wan dan CT...dapat lepaskan rindu , dapat peluk cium. Orang kata tampat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....SYUKUR..program berjalan dengan baik, layanan yang amat istimewa dari kedua-dua sekolah. Tahniah Wan dengan " Pelan Strategik PSS" dan CT yang masih dapat mengekalkan kecemerlangan PSS.
Orang kata sejuk mata, sejuk hati tengok anak buah yang ditinggalkan masih gigih dalam membangunkan kecemerlangan Pusat Sumber....sejuta KESYUKURAN..pada MU YA ALLAH.

                                           Peserta yang terlibat dengan Program Sandaran .

Rabu (19.01.2011)
Fobia tengok Memo untuk program hari ini. Nama ku tertera untuk ke Klinik Kesihatan KB dengan sekumpulan rakan-rakan untuk ambik darah...SYUKUR juga sebab Dr Muda tu faham je aku ni penakut, 3 kali letak ubat kebas, siap suruh pandang luar.....xsakit sangat, cuma fobia aje...

 
orang kata ambik darah sikit je , tapi lebam jugak

 Selebihnya santai aje sambil siapkan laporan Program sandaran sementara tunggu POCO-POCO petang ini.

20 .01.2011 ( Khamis)
Syukur HARI ini CUTI.....jadi dapatlah kemas rumah dan masak untuk my famili- aswam pedas, ayam goreng, lala rebus pedas, ikan masin, ulam dan sambal belacan....

21.01.2011 (Jumaat)
Jumaat memang hari yang amat dinanti antara semua hari-hari yang ada, tapi JUMAAT ni BERCINTA nak bangun..ingatkan Ahad, tapi ada janji nak ke sekolah hari ni dengan PP.
Bercinta juga nak keluar ke sekolah.SYUKUR lepas selesai baca Yassin beramai-ramai kat surau BTPN, Semangat Jumaat pun hadir. So ke SJKC Kg Sg Lembu sampai 12.00 lebih. Tengahari bos belanja kat SR.....memang tempat yg aku suka...THANKS Puan Hindon, Ma kaseh Daun Keladi...hi3...

Jom makan....jom.....

Orang kata JUmaat ni REHAT panjangkan , jadi sempat la masuk JJ, cari "hand beg" coklat, tak ada yang berkenan, last-last dapat seluar tidor untuk AYU je....
singgah antar kat AYU..sukanye dapat seluar baru...PELUK CIUM anak mama, minggu ni tak balik kampung.

22.01.2011 (SABTU)
Rutin kerja buatku...ceramah .....ini jemputan pertama tahun ni, Jumaat petang masuk Office ada tiga jumputan ceramah. Hari ini KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS- SK Batu Kawan, hadir dengan hati terbuka sekolah kawan-kawan ( Ilah -GPM) kawan masa form 5 - form 6.
SYUKUR slot berjalan lancar, pengawas2 PSS pun beri komitmen yang tinggi. Selesai satu tanggungjawab..alhamdulilah...Ilah...jangan lupa Upload gambar dlm fb OK....

SYUKUR.....SYUKUR....SYUKUR....
Minggu ke3 (2011). Sibuk memang sibuk tapi penuh dengan KEBAHGIAAN DI HATI dan KESYUKURAN PADA ILAHI....