Followers

Monday, February 29, 2016

SURAT DARI LANGIT....

Salam sehati sejiwa,


Kita merancang, Allah jua perancang yang HEBAT
Bulatkan hati bersandar pada rencana ALLAH dengan penuh redha...

 


Feb 2006
Kisah Surat dari langit pertama yang ku terima. Syukur Alhamdulilah dapat menyertai program 14 minggu PJJ OUM dalam usia yang agak muda, awal 30-an.
Ada juga bunyi berdetam berdetum..... faham dengan situasi, terima seadanya tingkah manusia sekeliling.
Teruskan dengan satu AZAM, jatuh bangun, perit manis, penat lelah, senyum tangis, selesai 4 tahun perjalanan sebagai pejalar jarak jauh.
2010 dengan rencana dan izinNYA berjaya merangkul segulung ijazah.

Jan 2015
Kisah surat dari langit yang kedua.
7 Jan 2015, seperti biasa mencapai jubah basahan untuk ke sekolah, semalam telah disusun atur bilik untuk wajah 2015
Rekod-rekod dan perancangan 2015 telah tersusun di penjuru rak... sedia menyusun langkah
Panggilan telefon awal pagi dan menerima surat dari langit yang kedua
TIADA KATA-KATA
Arahan bergerak ke luar negeri dalam usia yang senja huhu
Sekali lagi REDHA dengan Rencana DIA YANG ESA
Melangkah dengan seribu tanda tanya....
ALHAMDULILAH SYUKUR YA ALLAH....
Di sini saya terima UKHWAH yang sangat baik....
Sekolah anak-anak tentera, dengan kehebatan PIBG, waris dan anak-anak
Banyak pelajaran di sini.... terima kasih surat dari langkit ke2....
Walaupun jauh diperantauan....

8 Feb 2016
Kisah surat dari langit ketiga....
Hati terbahagi dua.....yang ada dikasihi dan disayangi
Yang akan tiba entah apa cerita....namum pasrah dan redha dengan RENCANA ALLAH SWT
Tak tahu bagaimana mahu dirungkai dengan kata-kata
Keperluan untuk bergerak balik negeri
Walaupun kehendak masih di sini.....
Melapor diri  kembali pada mantan bos yang sekarang jadi bos semula dengan pos baru
Minggu kedua di kerusi sementara ini....
Kesempatan yang ada berjumpa dengan kawan-kawan lama di sini
Up date blog, bahan-bahan slot ceramah dll
Berkenalan dengan rakan-rakan baru di sini.....
Habiskan detik menumpang dengan seadanya...
Dalam proses membina borang Hala Tuju yang baru

Ya Allah, ku syukuri nikmat dan rahmatMU....
Dalam penantian surat dari langit yang keempat
Moga terbaik
dan YAKIN...ALLAH hanya memberikan yang TERBAIK kepada hamba-hambaNYA.

Ku syukuri setiap surat  dari langit yang ku terima.....






Tuesday, February 23, 2016

Assalammualaikum, 

Salam Sejahtera, 

Salam Sehati Sejiwa, 

Salam Perak Excellent, 

Salam Perak Aman Jaya.................

 

Lama juga rasanya blog ini sepi......runtunan kerjabuat yang tidak pernah bertitih noktah, mana mampu saya menjengah ke laman ini. Petang badan yang makin dimamah usia ini , sudah layu keletihan.....
Apa pun SYUKUR YA ALLAH atas apa seadanya.

Hari ini, hari permata pulang semula ke Penang setalah berhijrah mulai 05 Jan 2015...Gerbang 2015, terima sepucuk surat (kata orang surat dari langit) akur akan arahan, saya berhijrah ke SK SULTAN YUSSUF AMDR, Taiping.

Bermula 12 Januari 2015 - mula merubah dan memurnikan satu persatu bidang dengan cara sendiri, bak kata orang pelahan2 takut kalau RAKUS akan tiada hasil yang baik.

1. Mulakan dengan FIZIKAL - dinding2 bangunan dimuralkan, sudut-sudut bawah tangga dijadikan sudut ilmu
2, Pusat Sumber Sekolah - keceriaan, susun atur dan aktiviti mengikut instrument (beri sedikit wajah baru)
3. Akademik - ada pengingkatan % dan GPS, alhamdulilah dengan guru-guru yang komited (hanya sekeping sijil dapat saya berikan sebagai tanda terima kasih)
4. Bilik darjah - alhamdulllilah semua berwajah PA21 (terima kasih cikgu-cikgu, sayang kalian ketat2, bukan diarahkan tapi dipujuk untuk laksanakan)
5. Dewan Terbuka - dicat dan tiang-tiang diwarnakan warna-warna ceria ( hidupkan dengan pelbagai aktiviti )
6. Dewan Panglima - sedikit sentuhan untuk program2 rasmi dan program sekolah
7. Bilik Mesyuarat - pemurnian dengan wajah baru ( skitting dan informasi)
8. 3K - satu tiang satu pasu bunga, sudut2 3K - ditambahnilai
9. MOBAIL KELAS - bangunan lama (asal) ditransformkan dengan kerjasama ATM
10. Naik taraf tandas dengan kerjasama ATM
11. Naik taraf Kantin - ikut intrument
12. Pejabat - ditambahnilai, tukar pintu pejabat dan cat
13. Bilik Dokumentasi - diwujudkan bagi meletakkan dokumentasi sekolah
14. Bilik-bilik khas (SALC, BBM, Tayangan , PBS dll) ditambah nilai
15. Murid - disiplin ditingkatkan dengan amalan-amalan baik ( budaya mencatat nota, mentor mentee, sekolah penyayng, 3S dll)
16. NILAM GURU dilancarkan
17. Sistem Fail - Arkib dan fail-fail dokumentasi diwujudkan
18. PIBG - pelbagai  program dilaksanakan ( bacaan yasin, kelas tambahan, jamuan raya, sukan, HAK, pembugaran emosi dll)
19. Jalinan - MRSM, Sekolah Sains, Klinik Kesihatan, Polis
20. Jaringan - sekolah zon kemunting
 dan lagi dan lagi dan lagi.......

Rasanya setahun dua bulan yang PADAT, tapi bukan kerjabuat saya, KERJA BUAT CIKGU-CIKGU SK SULTAN YUSSUF AMDR yang sangat hebat di mata saya.

Hari ini, saya tinggalkan semuanya, saya tinggalkan cikgu-cikgu dan staf bagi meneruskan apa yang telah kita mulakan....

TQVM warga SKSY AMDR atas ukhuwah dan kasih sayang yang hebat dari kalian, pasti akan dirindui dan menjadi ceritera indah dalam sejarah hidup saya....

TQVM cikgu Rupa, Cikgu Lina, Cikgu Raflan, Cikgu Aziz, Cikgu Azmi, Cikgu Khairul, Cikgu Jazlan, Cikgu Kamar, Ustaz Azrul, Cikgu Rosmiza, Cikgu Sapiah, Cikgu Rusita, Cikgu Sunita, Cikgu Roslina, Cikgu Kilawani, Cikgu Rohayah, Cikgu Husniza, Cikgu Siti Zaleha, Cikgu Ida Shellene, Teacher Kalpana,Cikgu Faridah, Ustazah Hidayah, Ustazah Isnawati, Cikgu Hasimah, tak ketinggalan cikgu Azharun, Cikgu Sabrina, Cikgu Rokiah dan Ustzah Azwa.

TQVM anak buah di opis , iman, azlin, epol, midon dan sue.

TQVM  pekerja yang banyak membantu saya Vello dan isteri, Mary dan Wan

TQVM yang tolong menjaga keselamatan sekolah - Pak Ariifin, Tarmizi, Pak Sahak dll

TQVM team Kantin Pn Huda dan anak buah

TQVM Sy Kedai Buku - Mata air ( ani  - pekerja yang banyak sabar

dengan karenah anak2 SKSY)

TQVM semua......


detik akhir - punch out ( 22 FEB 2016) 5.15 petang


Tuesday, June 16, 2015

Salam Ramadhan,

Syukur lambaian Ramdhan semakin hampir,

Syukur kiranya kali ini kita bertamu lagi dengan bulan penuh suci dan rahmat ...


 

Kekadang antara sedar atau tidak, kita leka dengan dunia, kerja buat yang tidak pernah habis.

Dikesempatan bertamu Ramadhan kali ini, saya menysusn sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua insan di mukabumi ini, jika ada tutur yang terlancang, ada langkah yang sumbang, ada laku yang cela,  semua atas kekhilafan saya sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini. Moga kita terus dirahmati dan diberikan perlindungan dari NYA yang ESA.

 

Senyum dalam gerbang Ramadhan.... 



Friday, June 12, 2015

Salam Perkenalan Perak

Kisah 2016 agak mengejutkan....

Aku di Perak bukan di Penang lagi.

Mulakan tahun 2016 dengan tempat baru, jawatan baru, kawan baru, tugas baru, tapi azam dan komitmen masih sama , in shaa allah.

Genap 5 bulan 5 hari di negeri Perak yang damai ini.

Untuk pertama kalinya ingin memperkenalkan tempat baru ku di sini.




Sebagai permulaan perkenalan denmgan tempat baru .....
Sehingga berjumpa  berkisah lagi selepas ini.


Salam Ramadhan, salam sejahtera,
Salam Perak Excellent.....

Ya Allah Ya Rab... hampir setahun setengah blog hambaMU ni kaku tanpa cerita dan kisah. Bukan sengaja dibiarkan tanpa sentuhan...tetapi kekangan dan kisah0kisah yang terlalu padat dan banyak menyebakan daku tidak sempat singgah ke sini.

Syukur, hari ini dapat ku buka semula kisahku di sini.

Jan 2014 akhir coretan ku....
2014 penuh dengan kisah dan kejayaan, sepenuhnya aku di SKPTM, bersama rakan-rakan yang dulunya pernah bersama . Antara lakaran indah adalah ;
  • Tawaran baru GB ( bai'ah)
  • Pusat Sumber Sekolah - tempat ketiga kebangsaan
  • NILAM - wakil negeri
  • Surau - Johan Negeri
  • Pelbagai kemenangan di peringkat negeri
  • Pelbagai jenis pelawat yang hadir
  • yang paling istimewa adalah diiktirafkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
05 Jan 2015 - hari akhir aku di SKPTM - setahun 3 bulan rasa bagaikan berkerja 5 tahun...terlalu banyak program, terlalu banyak anugerah... Syukur YA ALLAH .... semuanya pengalaman dan pengajaran.
Tutup buku SKPTM dengan senyuman dan kesyukuran.

Saturday, January 11, 2014

MESYUARAT-MESYUARAT PEMBUKAAN 2014

GERBANG 2014 disambut dengan azam yang sangat tinggi
Dengan AMANAH yang lebih berat
Dengan TUGAs yang lebih mencabar...

2014 :
  • Insayaallah akan bertahan lama sebagai PKP di SKPTM kerana permohonan GB ditolak disebabkan gred ...terlebih gred la sudah... ha.... okey la redha jeeee
  • Masih Naib setiausaha PPSSPP (NGO)  negeri
  • Setiausaha Permuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran Daerah SPS
  • Setiausaha dalam beberapa bidang di bahagian
  • PENTING - alhamdullilah masih isteri kepada MR Suami tercinta, semoga kekal ke hujung nyawa.
  • MUSTAHAK - ibu kepada putri tersayang Anis dan Ayu
  • INGATAN - ibu mertua kepada Mohd Syukur
  • Juga mama kepada Ady, Maman, Tim dan Aishah serta nenek kepada Alif dan Alisa
Wajah-wajah mesyuarat di Gerbang 2014...pembukaan yang penuh dengan semangat bekerja kerana ALLAH SWT







Jadual Mesyuarat Yang telah selesai Fasa 1 Gerbang 2014

23 Dis 2013               Mesyuarat Guru 1/2014          
                                Mesyuarat  Kurikulum 1/2014

24.Dis 2013              Mesy HEM dan KOKO bil 1/2014

26.Dis 2014              LADAP VLE FROG

27 DIS 2014             LADAP KSSR Tahun 4

30 Dis 2013              LADAP KSSR 2013 & Kemas kelas

31DIS 2013              ORIENTASI Tahun 1 dan Pra Sekolah

03 JAN 2014            Mesyuarat Staf bil 1/2014

04 JAN 2014            LADAP 1/2014 ( Perancangan Strategik)

06 JAN 2014            Mesyuarat Tahun Enam

07 JAN 2014            Mesyuarat  Jawatankuasa Blog/ laman web

08 JAN 2013             Mesyuarat SMM dan ke PPD

08 JAN 2014            Mesyuarat Sekolah Cemerlang

09 JAN 2014            Mesyuarat Panitia PJK

10 JAN 2014            Mesyuarat NILAM
                               Mesyuarat Panitia Sains
                 


Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon semangat yang utuh, kekuatan minda dan fizikal, pertimbangan yang waras dengan semua kerjabuat ini.

KISAH PERTAMA 2014

Allahhuakbar,

Masa berputar begitu pantas....sedar tak sedar tak sedar hijrahku kali ini telah masuk 5 bulan...
Ya Allah, rasa macam baru 34 minggu sahaja
Mula menapak di destinasi terkini, walaupun dulu aku pernah bertamu di sini...tapi dulu sebagaiguru sekarang sebagai pentadbir.

Sekolah yang memang hebat dari dulu dan kini semakin hebat, GB yang hebat, Guru-guru yang hebat, anak-anak yang hebat dan waris yang hebat.

Bila dah hebat, dan tag line nya UNGGUL pasti semuanya terbaik....masa menjadi musuh aku selama 5 bulan di sini....perlahan lah berdetik wahai masa....

Bukan tidak rindu untuk menarikan jari di laman ini, tapi masa amat terhad....
2013...aku tinggalkan dalam seribu satu warna kesyukuran.
  • Keputusan UPSR yang baik bagi calon tahun ini dengan 30 orang 5A dan GPS 1.74 terbaik di daerah SPS. Syukur Ya Allah satu titik mula buat ku.
  • Sekolah yang cemerlang dan bakal dicalonkan kluster dan SBT Aku sempat berkursus di SP yang dianjurkan oleh JPNPP
  • Warga guru yang ceria- sama ada suka atau tidak, merekaperlu menerika aku dan aku berlapang dada menerima mereka- tip semasa membuat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran sekolah (NPQEL) banyak membantu aku mengurus sbuah sekolah yang hebat, guru-guru rmai yang hebat dengan lebih banyak cabaran....ha ha...
  • Anak-anak yang hebat, dua kali ganda sekolah lama...sekolah lama dalam 400 orang di SKPTM ni dah menlebihi 800 murid....guru pun kali 2, staf kali 3, pekerja swasta kali 2....Wah besar tu jumlah insan-insan yang perlu ku perhatikan.
  • Waris yang hebat - ramai dalam kalangan waris adalah berpendidikan, dulu sekolah kampung..kampung saya sendiri 50% sahaja yang berkerja makan gaji yang lain adalah nelayan dan petani. Sekarang 90% adalah berkerja dan selebihnya adalah berniaga.
Dalam itu hebat,ini hebat...aku mencari sesuatu...jelas nampak tapi masih jauh untuk digapai.

Terima kasih pada Mr Suami dan my Princes (Si bongsu) yang faham...bagi masa mama dalam 2 bulan lagi , selepas iniin shaa alah akan kembali seperti biasa...

Bak kata orang bila dah jadi budaya ia mudah..hehe

Doa dan harapan ku padamu YA ALLAH berikan /pinjamkan kekuatan ini untuk aku lunaskan amanahMU di bumi yang sementara ini, agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Tabahkan hatiku,kuatkan imanku untuk melaksanakan amanah yang telah ENGKAU rencanakan buatku.

1.50 adalah apa yang patut kami gapai bagi tahun 2014, bagaimana? mengapa? Kenapa?

Hanya insan-insan yang di sini memahami.

Dengan seribu satu e dalam kerjabuat harian ini, KAU terangkanlah hati ku bagi melancarkan sesuatu yang baru ku pelajari dan KAU kuatkanlah minda dan fizikalku Ya Allah.