Followers

Thursday, December 16, 2010

BICARA SUARA HATI...

BICARA SUARA HATI.....
(karya: Tinta Pelangi Senja)
12 Disember 2010


Damailah hati, itu bicara hati saat ini....
Bila hati berbicara..
Dua Wajah pasti adanya..
Segalanya tidak sama, tidak seiring, tidak sekata,
Apa yang terungkap dibibir mulus
Baik bicara nan lembut menyentuh kalbu

Sukar sekali insan mahu mendengar suara hati..
Acapkali kita disogok agar berfikiran rasional
bertindak profesional
Mengikut kewarasan fikiran agar tidak melukakan mana-mana insan
Agar keputusan nampak BIJAKSANA...
Sehingga ramai yang  menindakkan suara hati....
Walaupun bisikannya tidak pernah terhenti...

Ramaikah insan yang benar-benar bahagia
Memilih Rasional dan Profesional
Hakikatnya masih ada ramai insan yang merasakan
Jiwa kosong, walaupun semua tersedia di depan mata...
Konflik antara rasional profesional dan bicara suara hati...

Lantas kemelut jiwa mula melata,
Hati luka sukar untuk disembuhkan..
Luka berparut nampak berdarah...
Cuma dapat dikaburkan dengan Rasional dan Profesional...
Dibalut dengan senyuman dua wajah...
Selagi kudrat ada, ada daya memujuk hati
Ada ruang memberi ..walau sebenarnya bicara suara hati
Meraung kesakitan, kepedihan.....

Suara bicara hati...
Usah keliru suara hati bukan mengikut perasaan..
Tapi suara bicara hati yang sedalam-dalamnya dalah
Anugerah DIA, pada setiap insan..
Perasaan yang isitimewa dari NYA....


Nukilan dari kedamaian dengan rintih-rintih hujan dihujung minggu ;
Tinta Pelangi senja

P/s: sekadar menjelmakan kembali hobi lama (penulisan kreatif) dan hobi baru.....bagi ruang masa yang bersisa.

SAHABAT.......

SAHABAT
Nukilan :Tinta Pelangi Senja

Sahabat,
Aku bahagia kerana memiliki...
Sebuah hati yang tak pernah membenci...
Sebuah senyum yang tak pernah pudar...
Sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti...
dari sebuah persahabatan yang tak pernah berakhir 


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. …

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. …



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Janganlah kerana kepandaian ILMUnya
Pabila kekusutan kebuntuan melanda
Dia mungkin akan dicerca. …

Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Usahlah kerana sifat cerianya,
Kemurungan mula melanda dia,
Dia akan mula kau jauhi...



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana sahabat ,
Hanya insan biasa….
Yang tidak pernah terpisah dari sifat-sifat lemahnya
Kekurangan, kelemahan adalah alunan dalam kehidupan insan
Andai kau menerima semua sifat sahabat ini,
Maka pasti kau akan ada seseorang yang bergelar SAHABAT
Satu titik pertemuan bagi memperolehi keseimbangan
dalam ERTI SAHABAT sebenar...
Seperkara yang perlu diingat...
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna….
Melainkan DIA yang ESA.



p/s: 
buat semua sahabatku tersayang.....kalian sentiasa ADA dihatiku dalam suka dan duka

sayang selalu......
Tinta Pelangi Senja

Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432....

SALAM MAAL HIJRAH 1432 .....

Sempena Maal Hijrah yang bakal hadir (1432)....Selasa ni,
Saya menyusun sepuluh jari, mengikhlaskan HATI ...
Menghulurkan ....
SALAM MAAL HIJRAH.....


Hijrah... satu pengorbanan..
Korbankan keegoaan, korbankan kedegilan, korbankan sifat-sifat yang negatif....
Kerna kekadang kita lebih suka meletakkan kesilapan, kesalahan atas orang lain
Kerna kita ego untuk korban......
Moga kita dapat sama-sama hijrahkan HATI kita.....   

Hijrah ..satu perjuangan ...
Perjuangkan ISLAM, Perjuangankan IMAN di dada.....Perjuangkan Hak Seadanya....
Perjuangkan untuk jalan ALLAH.......


Tinta Pelangi senja....


  

Monday, November 29, 2010

HADIAH SEBUAH PENGORBANAN.....

Salam Ukhuwah.....

Letih masih terasa diseluruh badan, sebab lama juga tak berjalan jauh....
Perjalanan ke Kuala Lumpur pada 20.11.2010 dan balik ke Penang pada 23.11.2010....
Agak meletihkan...tapi tenaga yang bersisa perlu dikumpulkan bagi memberikan semangat
pada putri sulung yang telah selesai 3 kertas SPM dan akan berakhir pada 20 Dis 2010....

Perjalanan pada mulanya aku, huby dan putri bongsu bertukar di saat akhir...
Di mana mak, adik (muni), dik ma dan huby adik serta anak buahku yg cute ..iman..
Tambahan ...kakak angkat dan anak buah  angkat...so meriah majlis konvokesyenku...
Siapa sangka, pada mulanya rasakan agak sunyi hanya  2 orang bertukar menjadi sefamili besar...



Bertolak agak awal pagi dengan genangan air mata dari putri sulungku...
Tak pa..nanti kakak abis SPM, kita pergi "Holiday" ye...do the best for yr SPM dulu sayang...
Sampai di Tol Jln Duta, adik angkatku" Wawa" sedia menanti...huby hanya ikut kereta Wawa sahaja sampai ke hotel Dynasty...

Sedikit di kaunter untuk "check in" Dynasty Hotel...kerna terlalu ramai yang rata-ratanya graduan tua seperti aku..yang ingin menginap....syukur, tempahan bilik ku lain..jadi selesai dalam setengah jam. Ada yang dari pagi belum dapat bilik pun...sabar je la,,,cikgu....

Ahad, pagi dengan huby dan adik ke OUM induk untuk ambik Jubah...
Selesai urusan jubah, jalan kaki ke LRT....bersama adik sekeluarga, mak, dik ma..ronda2 KL...
KLCC, i- Setan (offer gila2), Masjid India, Jalan TAR ( I like...), Sogo ....adoiii...KL gila2 jualan murah hujung tahun....sabarrrrrrrrrr...

Isnin saat yang dinantikan....menerima skroll dr Tan Sri Azman sebagai tanda, tamat satu fasa perjalanan peningkatan ilmu,
Walaupun lewat rasanya...ini kerna semasa aku mendaftar untuk coz ini, pensyarah peribadi kata kenapa lambat sambung, STPM lebih baik dari saya... aku hanya senyum.....
Lambat?....sebenarnya setelah selesai pengajian di Maktab Perguruan, aku telah suarakan hasrat untuk sambung belajar dari my huby....memikirkan anak2 masih kecil..tumpuan pada dunia pendidikan diberikan sepenuhnya....syukur akhirnya selesai fasa ke2 ini....i.allah fasa ke 3 akan menyusul....

Selesai detik indahku...malam my sis WAWA, bawa ke studio untuk ambik gambar kenangan, ini sememangnya dalam bujetku... malam pula , jalan-jalan ke pasar murah...tengah malam...
Adoiii semua barang murah.....sabar je la.....

Selasa pagi, hari hantar jubah dan ambil gambar konvo....satu lagi hikmah...selain jumpa kawan2 maktab lama, aku terjumpa seorang rakan guru yang telag lama terputus silaturahim...SYUKUR... kami dapat berpelukan, bermaafan....kesilapan semua orang akan pernah lakukan, memohon maaf adalah orang yang benar2 ikhlas dan kuat dapat lakukan....

Perancangan TUHAN, hikmah TUHAN, ujian TUHAN adalah yang telah ditetapkan, syukur alhamdulilah seadanya, redha dengan yang ada dan sabar dengan yang tiada.....
Kita hanyalah hamba yang kerdil...yang tak punya apa2 selain memohon pada DIA...
Selain segulung Ijazah sebagai hadiah pengorbanan...
Banyak lagi yang ku rasai baik dari mata kasar atau pun dari mata hati....

Terima kasih semua...my famili, my friends dan......
TERIMA KASIH...YA ALLAH.....

Tuesday, November 16, 2010

PENGORBANAN

Salam Aidil Adha,
Selamat Hari Raya Korban...


 

Kisah korban, pengorbanan ini adalah kisah yang sememangnya sinonim dengan kita,
sama-sama lah kita hati KORBAN pada tahun ini.
Bukan sekadar korbankan lembu kerbau...
Tapi yang lebih adalah korbankan HATI...buang segala yang buruk...yang hitam,
dan disucikan dengan Azam dan NIAT baru ..ke arah HATI SUCi yang baru...

Pengorbanan.....

Buat Suami tersayang,
Disebalik "aku" hari ini adalah seorang insan yang bergelar suami
Yang rasanya telah banyak menghulurkan pengorbanan , tanpa dapat dihitung.
Bagi mengejar impian menjadi seorang pendidik...anak kecil seusia 7 bulan ditinggalkan dalam jagaan dan tanggunjawab sepenuhnya pada "Suamiku"..
Selesai pengajian di Maktab Perguruan , anak kecil ini telah pun masuk ke tadika...

Sekolah pertama ditugaskan mengajar di sebelah pulau,
Rumah di Utara, jadi sesudah subuh terpaksa merentas Jambatan P.Pinang setiap pagi...
Melahirkan putri bongsuku...dengan tempat bertugas yang jauh..
Sekali lagi "Suamiku" menguruskan putri bongsu ini.....

Mahu dihitung, rasanya terlalu banyak pengorbanan dari dia....
Selari peredaran waktu, orang sambung belajar...aku pun sambung
Empat tahun dalam pengajian jarak jauh...ada juga tanggungjawabku pada
urusan anak-anak dan rumah yang terculas.....
Jelas pengorbanan "Suamiku" yang tiada akhirnya....

Sesungguhnya...SIAPA aku pada hari ini adalah dari pengorbanan Suami tercinta...
Dalam kesempatan yang masih bersisa...
Terima kasih sayang, terima kasih untuk segalanya....

Sempena Hari raya korban ini, terlalu banyak pengorbanan yang telah Yayang berikan...
Terlalu sedikit rasanya yang telah Mama balas....
Syukur, selagi ada nyawa di badan...
Mama akan sentiasa di sisi dalam susah dan senang...

Buat Putri sulungku....
Beberapa hari sahaja lagi adalah saat kakak akan diuji (SPM),
Pengorbanan kakak selama ini menimba ilmu akan ditafsir...
Berdoalah moga kakak akan berjaya...
Mama dan Walid akan merestui setiap langkah yang kakak aturkan.

Putri Bongsuku...
Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan cepat matang,
Kemanjaan adik adalh penyeri Mama dan walid...
Sama-sama kita hayati "korban" tahun ini...

Buat Ayahbonda,
Moga dalam kesihatan dan lindungan ALLAH....

Wan & Tok,
Kerinduan yang amat sangat pada kekasih pertamaku ini...
Damai dan tenanglah kalian di sana
Kami juga akan menyusur bila tiba saat dan waktunya...
Al Fatihah...

Mak Esah( Mertuaku)...
Satu-satunya TELADAN terdekat yang TUHAN berikan untukku
kenal erti "PENGORBANAN"....

Kalian semua di luar sana....
Renungkan betapa banyak kita telah menerima pengorbanan dari orang-orang di sisi, betapa banyak pula yang kita ikhlas untuk korbankan buat mereka...

Moga....Kita Ikhlas Berkorban demi kebahgiaan insan-insan di sisi...



Sunday, October 31, 2010

PEMILIHAN TOKOH NILAM 2010

SALAM 1MALAYSIA.....

Oktober akan berlaku pergi...
Banyaknya projek Oktober ini, sehingga tintaku kaku seketika,
Namun SYUKUR, semua yang dirancang dapat dijalankan dengan JAYAnya
oleh kerjasama rakan sejawat.....yang tiada tandingnya...

Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri telah selesai dilaskanakan pada 13 dan 14 Oktober ini,
Adakah NUR ADILA (Tokoh NILAM Kebangsaan ) akan muncul semula....
Syukur kerana Pulau Pinang telah meraih TOKOH untuk sekian kalinya...

Bagi Peringkat Negeri tahun ini :

                                           Calon SR.....


Dua kategori dipertandingkan bagi sekolah rendah , iaitu sekolah rendah bandar dan sekolah rendah luar bandar. Seramai sepuluh orang calon sekolah rendah bandar dan sepuluh orang calon sekolah rendah luar bandar hadir. Ini menjadikan kesemua calon sekolah rendah adalah  20 puluh orang. Tidak terdapat perbezaan markah yang terlalu jurang antara kedua-dua kategori ini, walau bagaimanapun jumlah markah bagi kategori sekolah rendah luar bandar lebih baik dari sekolah rendah bandar.
Bagi sekolah rendah luar bandar terdapat dua orang calon yang agak lemah, iaitu hanya mendapat bawah dari 50 markah ke bawah, tiga orang calon mendapat 60 -79 markah, selebihnya lima orang calon mendapat 80 markah ke atas di mana objektif NILAM adalah Tokoh mencapai 80% markah ke atas. Markah tertingi diperolehi oleh  Tan Su Fern dari SJKC Shih Chung (C) dengan 89%.
            Sekolah rendah luar bandar pula, menunjukkan pencapaian markah yang lebih baik, hanya seorang calon mendapat 50- 59 markah,  seorang mendapat 60 -69 markah, lima orang calon mendapat mendapat 70-79 markah dan dua orang calon mendapat 80 markah ke atas. Markah tertinggi adalah 87% yang diperolehi oleh Siti Nur Aisyah bt Zahari dari SK Paya Keladi.
            Kesimpulannya calon bagi sekolah rendah pada tahun ini memberikan saingan yang sengit dalam sesi temuduga.  Walau bagaimanapun, ketokohan calon dapat ditimbang dari segi petah memperkatakan isu-isu semasa dan mengeluarkan pendapat apabila diajukan sesuatu isu atau persoalan. Kategori ini keseluruhannya mencapai objektif yang disasar
            Penyertaan calon bagi sekolah menengah adalah 10 orang calon bagi kategori sekolah menengah luar bandar dan sembilan orang calon bagi kategori sekolah menengah bandar. Jumlah kesemua calon sekolah menengah adalah 19 orang. Markah calon-calon secara keseluruhan, para hakim mendapati tidak terdapat perbezaan markah yang ketara bagi kedua-dua kategori ini. 
            
                                           Taklimat untuk calon-calon SMK....

 Seperti sekolah rendah, calon-calon bagi kategori sekolah menengah luar bandar memberikan saingan yang lebih sengit berbanding sekolah menengah bandar. Bagi sekolah menengah bandar  hanya seorang calon mendapat markah 50-59 markah. Dua orang calon mendapat 70 -79 markah dan selebihnya enam orang calon mendapat 80 markah ke atas. Markah tertinggi adalah  93.9% yang diperolehi oleh Nurlynnie Azzureenie bt Abdullah dari SMJK(P) China Pulau Pinang.
            Kategori sekolah menengah luar bandar pula pencapaian keseluruhan amat membanggakan hanya seorang calon mendapat markah 50-59, manakala selebihnya iaiatu sembilan orang calon mendapat markah 80% ke atas. Markah tertinggi yang dicapai adalah 96.9% oleh Nur Syahirah bt Abdul Rahim dari SMKA Al- Irsyad. SMKA Al-Irysad setiap tahun mempunyai ramai pelajar yang layak untuk ke pertandingan akhir Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang.
            Rumusannya, calon-calon bagi sekolah menengah sememangnya petah mengutarakan pendapat berkaitan dengan isu semasa. Dalam penulisan esei juga rata-rata calon mendapat skor markah yang tinggi.

 Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
Sekolah Menengah               :           Nur Syahirah bt Abdul Rahim (96.9%)
                                                            (SMKA Al- Irsyad)

Sekolah Rendah                   :           Tan Su Fern ( 89%)
                                                                        (SJKC Shih Chung (C)

Syabas dan Tahniah diucapkan........

TERIMA KASIH YG TIDAK TERHINGGA : iken, ina, nisah, saadan, mahazir.....

                                          slot Scan & Skim.....Good luck adik...

                                            Slot temuduga : Moga berjaya......sayang....

                                            Pendaftaran......

LUV NILAM....

Friday, October 29, 2010

KEMBARA BUKU 1MALAYSIA

Salam sayang....

Syukur, program Kembara Buku 1Malaysia yang dilaksanakan dengan kerjasama MBKM dan PPDU berjalan dengan lancar. Seronok juga anak dapat 80 orang nak-anak yang dah besar-besar.
Ramai juga dah add saya dlm FB mereka (anak-anak remaja yg pintar)
Riuh-rendah.....
tu baru tiga hari je....kalu 3 bulan kurus le Mama Ju ni.... hihi

Kepada semua peserta,
Kamu adalah terbaik dari terbaik
TAHNIAH....komitmen dan kerjasama kamu amat tinggi
buat gurung pengiring...jasamu dikenang....
Memori indah selama tiga hari berkampung di sini amat terkesan di hati
dan berbunga kasih sayang serta cinta pada ILMU/buku.....

                                           Peserta mula mendaftar....


                                           Ucapan aluan Tuan KPP..

                                           perbentangan Lietrasi Maklumat....

                                           OK..ketua tolong bentang.....

                                          majlis penutup........

                                          Info Hunt.....di Liza Art....

                                          peserta diberikan  cenderamata.....

                                          Pertandingan Imitasi Kulit Buku...

                                                 kumpulan LM.....

                                           bengkel power point.....