Followers

Friday, May 21, 2010

"MENCARI PELANGI"

Salam Sayang......

Indahnya kampung halamanku, saujana mata memandang
tenang dan mendamaikan. Kerinduan pada rumah kayu usang
milik Wan dan Tok kembali berbunga, sunyi kerana penghuninya
 
hanya aku, acu, wan dan tok. Sewaktu kecil, aku teramat kagum
pada lukisan tujuh warna sang pelangi. Cantik, indah dan
mempersonakan. Bolehkan aku mencapai Pelangi?

Warna pelangi ada tujuh. Merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo dan ungu. Itulah yang tersemat 
dimindakan….tapi seorang sahabat berkeras menyatakan
warna pelangi ada 9…ye ke 9? Apa warna dua lagi.
Katanya warna asas HITAM dan PUTIH.

Menyentuh pelangi senja itu adalah impian.
Selepas renyai hujan memberikan noktah. 
Pasti aku mendonggak ke langgit mengapai pelangi,
lukisan tujuh warna itu mampu mengukirkan sebuah
senyuman kepada ku.
Sebagai halwa mata, agar jiwa tenang dan damai.
Setenang warna-warna pelangi indah ciptaan Ilahi.
Andaikan saja pelangi itu sebuah matlamat . 
 












  
Ia sia-sia dan membuang masa. Mustahil untuk aku
mengapai, merasai dengan sentuhan jemariku Sang Pelangi.
Ku lepaskan matlamat itu...tetapi kutetap menyimpan impian
untuk terus menjadi pencinta Pelangi Senja.
Hilangnya pondok usang bersama pelangi senjaku...
rasanya telah lama aku tidak melihat pelangi,
saat dan detik ini hati berbisik...rindunya pada Sang Pelangi.
Impian mengapai pelangi subur sehingga kini.

Tinta Pelangi Senja.

1 comment:

  1. Kebesaran ILAHI menjadikan pelangi,...
    sangat indah....begitu juga kewujudan
    perasaan...

    ReplyDelete