Pagi yang kurang selesa, mungkin salah makan.....mulai tengahari berubah cuaca
seperti berubahnya cerita hari ini...ketawa....tak boleh dihentikan....
Kisah Seorang Cikgu Wanita.
Lucu, gembira, terhibur dan
Kisah Seorang Cikgu Wanita.
Lucu, gembira, terhibur dan
diakhirnya sedih mengenangkan Cikgu L ini.
Sejarah Cikgu L, tragis, pilu, tertekan, sadis....perwatakan sedang-sedang
dan pandai berbual, terlalu pandai. Entah apa cerita, apa puncanya Cikgu L
ditempatkan di tempatku kini....seperti selalu dengan tangan terbuka aku
dan rakan setugas menerima Cikgu L.
Hari pertama, mukanya MAASAAM sangat..adui...TAKUT
kami semua, aku yang selalu ketawa, senyum selalu....tak tahan
dengan watak beliau..tapi jauh disudut sanubari timbul perasaan
belas yang mendalam. Salam perkenalan... Cikgu L "single parent"
bercerai, anak meninggal, ibubapa pun telah meninggal....tambah tebal simpati dihati.
Nasib Cikgu L dibandingkan dengan aku bagai langit dengan bumi...
SYUKUR YA ALLAH atas takdirMU padaku.
Hari kedua, ketiga kami cuba dekati Cikgu L....baik orangnya, ramah.
Hilang muka MAASAAM hari pertama tu. Perjalanan Cikgu L perit dan tertekan ,
oleh itu dia dikelaskan dalam kumpulan yang istimewa.
Berat sungguh tekanan pada GURU WANITA ini.
Hari berganti hari, aku semakin terbiasa dan selesa dengan Cikgu L.
Suka berkerja, tapi kami keliru nak bagi kerja apa yang sesuai dengan dia.....
kita berkerja tak sama dengan di sekolah... akhirnya Cikgu L tolong buatkan
" Paper Cutting". Lancar, membaca tajuk ke tajuk dan merujuk sebelum
memotong sesuatu berita.
Pagi ini perutku meragam... satu office kecoh...Fb pun kecoh... dalam diam
Cikgu L ke kantin dan balik dihulurkan empat ketul kuih bengkang padaku........
Ya Allah.. dia tahu... aku tak selesa dengan sarapan pagi. Tak gamak untuk menolak,
tapi sememangnya aku tak ada selera langsung nak makan. Jiwa ku terkesan
atas keprihatinan seorang rakan baru yang digelar Cikgu L.
Di mana silapnya dia? Kenapa di dihantar ke sini? Kenapa dikelaskan sedemikian?
Apa tekanan dia? Aku dapati Cikgu L berjiwa besar, bercita-cita besar....impian besar.......
mungkin bermatlamat pun besar. Sukar untuk dimengertikan. Jika beliau sepertiku,
pasti dihulurkan Kitab Suci Al Quran dan Tafsir yang ku susun kemas di rak bilik kerjaku.
Bagaimana aku dapat membantu Cikgu L? Kasihan......semua persoalan timbul.
Celoteh Cikgu L tadi menghilangkan terus sakit perutku. Dalam tawaku, terselit pilu dan sayu....
memikirkan perjalanan Cikgu L pada masa akan datang..... di mana akan ditempatkan.
Ya...ALLAH, bicara hatiku berkata SYUKUR atas takdirMU padaku,
atas anugerah WIRA di hatiku , yang sering menjadi dahan dan tembok untuk
aku bergantung dan bersandar aku bersandar.
Juga Syukur atas hadirnya dua orang puteri yang menjadi permata di hati setiap saat dan detik.
Buat rakan-rakan GURU....kawallah diri, redha dengan takdirnya...
jangan sesekali memberi tekanan pada DIRI.
Cikgu L.....semoga mendapat sinar bahagia....
Tinta Pelangi Senja.
Sadis..kisah seorg rakan baru yg dihantar ke sini..
ReplyDeleteWaktu ni pun dia masih lincah berbicara...Xterlayan lah pula...
Sikin je la tlg layan ye.....
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Kita hanya mampu tersenyum dengan keletah Cikgu L..
ReplyDeleteHopefully.. dia mampu menjalani kehidupan dia dengan lebih tenang di masa akan datang..
;-)
Yes Dear,
ReplyDeleteSampai habis mesyuarat td pun ada lg tawa kta dgn cara Cikgu L.....
Semoga Sinar kembali dlm hidup Cikgu L....
Walaupun berlainan bangsa...empati tetap terasa..
My dearest sis,
ReplyDeletebila berbicara dgn org yang bermasalah ni menjadikan kita rasa sgt2 bersyukur...sekarang sy ditemani air2mata client tiap2 hari dgn cerita2 yang berbeza...sy tak boleh simpati...tp sy perlu empati...dan cuba untuk hadiahkan ketenangan utk mereka..br saya tahu...dunia ni penuh dengan lukisan wajah manusia...moga kita sama2 dapat hikmah disebaliknya ..:)
Maria,
ReplyDeleteNews terkini, td mesy ..akak ada cakap ngan MGB SJKT...
Cikgu L akan da mslh msa bulan mengambang...
Sama kes ngan GB sek..masa kak Pratikum...
Takut, sedih, kasihan....macm2 rasa timbul.
"Syukur dgn yg ADA, Sabar Dgn Yg TIADA"