Followers

Tuesday, June 1, 2010

PERSIMPANGAN......

Salam ...


Bulan bertukar, hari ini bermulakan 
hari pertama bulan JUN....
Aku dan diri asyik berhadapan dengan 
teman-teman tanpa wajah atau
identiti...hanya skrin..berkomunikasi 
tentang isu kehidupan yang
tidak pernah selesai dan TAMAT.....
Jari kecilku mulakan tari.....

Semalam....
Sekali lagi aku berada di persimpangan..
antara fantasi dan realiti.. realiti yang konflik..
Akhirnya membawa aku untuk meditasi...
Dua minggu lalu..aku juga di tengah simpang..
Hari terakhir Mei... 
Aku kira satu simpang telah dipilih
Tunggu untuk dilalui sahaja...
Satu berita petang penghunjung Mei.. menjadikan
Persimpangan muncul kembali...

Hari ini...
Ruang dan sedikit masa dipohon..
Aku perlukan berdiam diri dan merenung mencari jawapan
Melawan fantasi memijak realiti....
Walau simpang mana yang bakal kulalui
Yang aku pasti destinasinya sama
Mencari Keredhaan ILAHI..
Ketenangan HATI, Kebahagiaan ABADI
Kekadang dalam pencarian memerlukan pengorbanan
Satu perjuangan, satu pencarian dan satu kehidupan..
Demi mencari sesuatu KEPASTIAN..

Teman,
'Apabila kita mula  melakukan apa yang
kita putuskan, kita perlu menilai dan 
membuat pertimbangan pada tindakan
itu setiap hari"

Sayang selalu...

3 comments:

  1. perlu sedikit ruang dan waktu..
    untuk membuat pilihan jalan...
    seterusnya...

    ReplyDelete
  2. kak...
    moga temui jalan yang penuh bahagia...
    saya & teman2 lain sentiasa ada di sisi...
    untuk terus sokong kak..
    walau dimana jua berada...
    all the best! :)

    ReplyDelete
  3. Dear Sis,
    Thanks...Moga dgn pilihan nanti tiada hati yg terguris....

    ReplyDelete