Followers

Friday, June 4, 2010

AKU dan HIKAYAT FLINSTONE

Salam Ukhuwah....

Perkongsian ini adalah seperti setitik ILMU dalam lautan yang LUAS....
Semoga Keberkatan penghulu hari ini, menjadikan perkongsian ini
BERKAT  selamanya....

Alhamdulilah dengan izinNYA, projek KAJIAN TINDAKAN..

“HIKAYAT FLINSTONE” selesai..

Bermula dengan pemerhatian di sekolah,
ujian pra, temubual dan analisis menunjukkan wujudnya
masalah murid untuk mengenalpasti Sistem Dewey di Pusat Sumber.
Pendekatan melalui Poster Flinstone dan Sesi bercerita
“Hikayat Flinstone’ telah dijalankan pada 25 Mei 2010.
Saya dan kumpulan telah melaksanakan aktiviti ini di
Pusat Sumber Sekolah SK Pokok Sena. Ribuan terima kasih
kepada “team work”yang terlibat….juga perhargaan kepada
Warga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena yang mendokong
projek ini sepenuhnya...


Cerita Flinstone sememangnya sering aku gunakan semasa
memberikan ceramah berkaitan Kemahiran Perpustakaan dan
Literasi Maklumat sejak tahun 2005... dari pemerhatian
jelas dilihat murid mudah mengingat nombor pengkelasan
ini berdasarkan"Cerita Flinstone".....ini kerana urutan
cerita yang berkait dan sesuai untuk taraf pemikiran
murid/pelajar.

Semoga ianya dapat dimanafaatkan bersama.

Sayang selalu...
TINTA PELANGI SENJA

1 comment:

  1. Pendekatan Hikayat Flinstone membantu murid mengingati sistem DDC dengan mudah...syukur..

    ReplyDelete