Followers

Friday, June 4, 2010

SESUATU YG ANDA TIDAK PERASAN *_*..........

Assalammualaikum Wahai Sahabatku;
Sesuatu yang anda tidak perasan atau
tidak terfikir langsung....


Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang saya
sentiasa mengingati anda semua. Ambillah sedikit masa 
dan ia pasti memberi keceriaan kepada anda atau
mungkin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik...

Sekurang2nya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dalam beberapa cara.

Sebab utama seseorang membenci anda 
adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

Senyuman daripada anda boleh membawa 
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun 
dia tidak menyukai anda.

Setiap malam ada seseorang mengingati anda 
sebelum dia tidur.

Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

Kalau bukan kerana anda, seseorang itu 
tidak akan hidup bahagia.

Anda seorang yang istimewa dan unik.

Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,  
fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai 
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda
ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, 
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, 
ambillah masa untuk memberitahunya yang 
dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat
sahabat baik, sejam untuk menghargainya, 
sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang 
hidup untuk melupakannya......

Berilah kemaafan kepada musuh-musuh anda sebelum 
anda TIDUR ......sekiranya saya salah seorang musuh
anda berikan kemaafan kepada saya. Kiranya ada
 adalah musuh saya, SAYA TELAH MAAFKAN ANDA.

Sayang selalu.....
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikkan apinya akan mencarikkan baju kita.”






1 comment:

  1. Salam...

    Pabila semua kekusutan terurai...
    Hati lebih tenang.....

    ReplyDelete