Followers

Friday, September 24, 2010

Antara Cubaan & NIkmat...

Salam Ukhuwah...

Rasanya agak lama, jari saya menarikan lagu di maya ini....
Kesibukan menikmati ramadan yang berkat...
Kegirangan menyambut syawal yang masih berbaki......
Menjadikan 'Tinta Pelangi Senja" sepi seketika....

Syukur....suasana kerja kembali terasa,
Guru-guru mula berkursus di sini,
Hari ini, hari akhir setelah lima hari GPM menimba ilmu dalam Kursus Pertengahan...

Jumaat....adalah hari kelahiran ku, hari yang paling aku suka antara hari,
Moga Jumaat juga akan menjadi  Hari Kematianku....i.allah
Rahmatnya JUMAAT ini, hujan lebat...menjadikan suasana sepi, aman, damai dan tenang....
Dalam suasana ini, HATI merasa kehilangan....sesuatu...mungkin patut untuk merasa kehilangan ini,
Kerana bagi menjaga banyak hati.....Takdir dan Ketentuaan DIA adalah yang terbaik....
Sia-sia jika diperbahaskan....

Temanku , minggi ini adalah Ustaz Hj Hassan ....ha ha ha...bukunya " Penyakit :Antara Cubaan & Nikmat "..
menghayati isi kandungan dan tulisan ustaz ni menjadikan aku lebih muhasabah diri....
sedikit perkongsian di Jumaat yang BERKAT :

MENSUCIKAN HATI DR PELBAGAI PENYAKIT......

Sihat boleh mengundang seseorang bersikap sombong, bangga dan takjub kepada diri sendiri sebab dia merasakan bebas untuk berbuat apa sahaja aktiviti. Namun jika penyakit mula menjenjok, maka jiwa yang keras boleh menjadi lunak, menjadi lembut. Sifat sombong, bangga diri, takabur, dengki boleh hilang dan akhirkan tunduk dan pasrah pada Allah Taala serta tekun beribadat kepadaNYA.


Kebersihan  hati dan ruh tergantung kepada penderitaan badan dan kesulitanya.
Kalau tidak kerana cubaan dan musibah dunia, nescaya manusia mudah terkena penyakit HATI.
Moga dijauhkan sifat-sifat ini, kerana ia merupakan kehancuran di dunia dan akhirat.
Mahasuci ALLAH telah meerahmati manusia dengan musibahNYA dan menguji dengan kenikmatanNYA;

" Adakalanya Allah mengurniakan nikmat dengan cubaan, menguji sebahagian orang dengan kenikmatan"


Sekiranya Allah tidak mengubati hambaNYA dengan cubaan dan malapetaka, nescaya mereka akan meyimpang  dan terus tersesat. JIka ALLAh menghendaki kebaikkan untuk hambaNYA dia akan memberikan ubat berupa cubaan dan ujian, sesuai dengan keadaannya...agar hambaNYa itu terhindar dari penaykit yang lebih parah.....

Moga kita semua akan diberikan martabat yang mulia di dunia dan mendapat pahala yang tinggi di kahirat : iaitu nikmat dapat memandang NYA....

Sayang selalu.....

Thursday, September 16, 2010

SYAWAL 1431

Salam ukhuwah. salam aidilfitri....

Rasanya baru sahaja syawal  tahun lalu....dah bertemu syawal semula......
Setelah berjaya mengharungi ramadan....1 SYAWAL ..anugerahnya,

30 Ramadan ..... seperti kebiasaan mak dan abah (mertua) akan dijemput....

Mak nyah pula sibuk dengan ketupat (tak boleh lawan ketupat orang lain)
Adik-adik lelaki ku sibuk dengan lembu & ayam.. ha ha ha...
(mudahkan kakak, telefon je order.....)
Adik (muni...diamanahkan dengan 7 ekor ayam....ha pening nampak?)
Aku ( biasa...daging...coz menu ni tuk mertua , abah & huby..sbb mertua xmakan daging
dan abah suka daging.....( So..... rendang daging & kari)


1 SYAWAL.....
(Tradisional......baju melayu, kurung ....HIJAU)
Rutin.. seawal pagi .. aku, huby & putri2 ke rumah abah....BERAYA & MOHON AMPUN,
Lepas sembahyang raya......bersama mertua pula
Tahun ni .....abah (mertua) semakin uzur.....moga abah akan SIHAT kembali,
KAGUM betul aku dengan mak (mertua) setia menjaga abah siang malam dah 15 tahun ....
Hati Bertanya....mampukan aku SETABAH MAK?.....
Sedang kita sibuk dengan menu-menu raya...abah cuma dapat makan menu tertentu....
itu tak boleh, ini tak boleh cian abah... tak pa...tipu2 sikit... boleh le letak udang sikit dalm sup abah...hi hi



3 pm....Rumah Mak Nyah
semua anak2 mak  berkumpul semula...tuk ke kg mak (tg piandang) rumah Pak long
kemudian adik2 ku , mak & abah ziarah mertuaku
Mula bertetamu sehinggalah 11.30 malam...LETIH tapi syukur dapat
bermaaf-maafan dgn saudara jauh dan dekat..













2 SYAWAL....
(Jubah.......kaftan, anak-anak & huby- t'shirt & jeans)
Masak tuk mertua & adik2 ipar
Petang...hingga malam masih bertetamu....akhir sekali adik ipar dr selangor...
Layan famili MERTUA sehari suntuk....

3 SYAWAL...
(Dress.....anak...moden)
Mak angkat anak2 ku bersama kakak2 angkat putriku.....
dekatpun kekadang jarang juga dapat berjumpa.....
Raya pertama Bihun sup, raya kedua  kuay teow sup & raya ketiga mee sup
Abah dah mula tanya laksa bila?
Mertua  dah balik kampung....aku & famili turut ke sana...

4 SYAWAL....
(baju rumah...kira masak-masak)
Yap LAKSA & Roti jala + kari ayam....special tuk abah.....
Maria & tini tetamu istimewa hari ni....
ke rumah mak, hantar laksa ( mak puasa 6)......

5 SYAWAL....
(baju raya le.....)
 ari ni... jalan-jalan.... Sunway Mall... tgok wayang
ke rumah Kak siah (mak angkat anak2 ku)....
Ari ni kira periuk belanga semua tertiarap le.....










6 SYAWAL...
(Santai.....)
Anak-anak mula sibuk ... si adik ke SKPTM (jumpa kawan2 lama )
sepagi di sana, siap dapat duit raya... aku pun kekadang rindu juga kat SKPTM ni...
Si kakak satu ari di libary jawi...dgn group... study for SPM....
Mula la sibuk  nak sipakan keja sekolah.....
rasanya mood sekolah dah datang balik dah tu.....
Rindu pada orang tersayang... sempat ke pusara TOK & WAN...
My loverly sis pun dah bertolak ke Kuantan....
Sunyi je rumah mak petang tadi.....

7 SYAWAL...
(nak kena melawa jugak.....)
terima undangan maria tuk ke "open house"....
Rasa cam xda teman nak g esok...
putri2 ku tak nak layan dah jalan2 raya... masing2 sibuk dgn kerja sekolah....
Nak g ngan sape ntah?
Menu tuk sok kena special sikit... sbb RAYA ENAM.....
I.allah.......

8 SYAWAL...
(baju raya.....batek ..../ jubah...)
Love Friday......tp this Friday  mula keja balik dah.....
emmmmmm.......tgu.......rasanya byak benda nak diselesaikan..
sbb CUTI LAMA... padan muka aku......Mgu depan Isnin -Jumaat (Kursus lanjutan PSS)...
Slot aku ISNIN.....
Nampaknya anak wat keja sekolah, mama wat bahan ceramah le.....
My D....ari ni uruskan akak & adik.....semua dah ada plan.......ikut je le....

Apapun, bagaimanapun, di manapun... SYAWAL tetap indah dan membahgiakan....
MOGA SYAWAL akan hadir lagi tahun mendatang dan lebih indah......
Sesungguhnya Anugerah Aidilfitri memberikan seribu keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan
Semoga NIKMAT yang dianugerahkan ini akan DIBERKATI....selamanya...

Syukur......SEADANYA......Sabar.....dengan yang TIADA.....

Tuesday, September 7, 2010

RAMADAN ke SYAWAL

Salam aidilfitri.....

Penghujung Ramadan yang memberikan seribu kemenangan umat Islam , sejuta keberkatan dan selautan rahmat bersama sekalung keinsafan akan 

KEBESARAN ILAHI  & ANUGERAHNYA..

Syawal pun menjelang tiba membawa kegembiraan dan kebahgiaan yang amat mendalam. Lahir dari kemenangan jiwa dan gembira menempuh dugaan berpuasa. Gembira kerana dapat berkongsi rezki dengan saudara seagama yang kurang mampu (zakat). Bahagia berbunga di hati pemberi lebih dari penerima :

"Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima)"

Konsep bahagia yang dikehendaki oleh Islam ialah bahagia yang tercetus atas rasa kepuasan dan kegembiraan semua orang tanpa mengira siapa dia. Ini berlandaskan fitrah manusia yang sama belaka, manusia dari Adam dan Adam itu dari tanah. Atas konsep ini Islam mengaturkan metod atau kaedah menuju kebahgiaan sejati iaitu menyelubungi rohani dan jasmani.

Keikhlasan , rasa takwa, rasa redha, tenang, kasih sayang, pengabadian luhur merupakan sebahagian rempah ratus yang mengadunkan resepi BAHGIA itu.

Seorang sahabat lama bertanya kepada saya:

"Awak bahagia tak?".......

Tiada jawapan tepat dari saya, kerna bagi saya bahagia itu terlalu subjektif dan hanya insan itu yang dapat menafsirkan samada dia telah BAHGIA atau TIDAK BAHGIA....

Sebagai seorang mukmin yang amat kerdil, bagi saya bahagia itu amat mendalam sekali.
Insyaallah setiap anak Adam pasti akan bahagia....

Saudaraku di luar sana...
Sama-samalah kita kecapi kebahgiaan Syawal dengan takbir raya, tahmid dan tazkir berkumandang di sana-sini dan berentak di HATI. Syukur atas Nikmat dan rahmat ALLAH s.w.t yang telah menitiskan  turun ke dalam hati setiap mukmim tak terkecuali aku (hamba yang kerdil)  dan itulah KEBAHGIAAN yang sebenar.

Di kesempatan pertemuan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran yang berlaku tanpa sedar atau tidak.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari saya sekeluarga.....