Followers

Friday, September 24, 2010

Antara Cubaan & NIkmat...

Salam Ukhuwah...

Rasanya agak lama, jari saya menarikan lagu di maya ini....
Kesibukan menikmati ramadan yang berkat...
Kegirangan menyambut syawal yang masih berbaki......
Menjadikan 'Tinta Pelangi Senja" sepi seketika....

Syukur....suasana kerja kembali terasa,
Guru-guru mula berkursus di sini,
Hari ini, hari akhir setelah lima hari GPM menimba ilmu dalam Kursus Pertengahan...

Jumaat....adalah hari kelahiran ku, hari yang paling aku suka antara hari,
Moga Jumaat juga akan menjadi  Hari Kematianku....i.allah
Rahmatnya JUMAAT ini, hujan lebat...menjadikan suasana sepi, aman, damai dan tenang....
Dalam suasana ini, HATI merasa kehilangan....sesuatu...mungkin patut untuk merasa kehilangan ini,
Kerana bagi menjaga banyak hati.....Takdir dan Ketentuaan DIA adalah yang terbaik....
Sia-sia jika diperbahaskan....

Temanku , minggi ini adalah Ustaz Hj Hassan ....ha ha ha...bukunya " Penyakit :Antara Cubaan & Nikmat "..
menghayati isi kandungan dan tulisan ustaz ni menjadikan aku lebih muhasabah diri....
sedikit perkongsian di Jumaat yang BERKAT :

MENSUCIKAN HATI DR PELBAGAI PENYAKIT......

Sihat boleh mengundang seseorang bersikap sombong, bangga dan takjub kepada diri sendiri sebab dia merasakan bebas untuk berbuat apa sahaja aktiviti. Namun jika penyakit mula menjenjok, maka jiwa yang keras boleh menjadi lunak, menjadi lembut. Sifat sombong, bangga diri, takabur, dengki boleh hilang dan akhirkan tunduk dan pasrah pada Allah Taala serta tekun beribadat kepadaNYA.


Kebersihan  hati dan ruh tergantung kepada penderitaan badan dan kesulitanya.
Kalau tidak kerana cubaan dan musibah dunia, nescaya manusia mudah terkena penyakit HATI.
Moga dijauhkan sifat-sifat ini, kerana ia merupakan kehancuran di dunia dan akhirat.
Mahasuci ALLAH telah meerahmati manusia dengan musibahNYA dan menguji dengan kenikmatanNYA;

" Adakalanya Allah mengurniakan nikmat dengan cubaan, menguji sebahagian orang dengan kenikmatan"


Sekiranya Allah tidak mengubati hambaNYA dengan cubaan dan malapetaka, nescaya mereka akan meyimpang  dan terus tersesat. JIka ALLAh menghendaki kebaikkan untuk hambaNYA dia akan memberikan ubat berupa cubaan dan ujian, sesuai dengan keadaannya...agar hambaNYa itu terhindar dari penaykit yang lebih parah.....

Moga kita semua akan diberikan martabat yang mulia di dunia dan mendapat pahala yang tinggi di kahirat : iaitu nikmat dapat memandang NYA....

Sayang selalu.....

No comments:

Post a Comment