Followers

Sunday, February 13, 2011

^^^MINGGU KERJA BUATKU^^^

Salam Ukhuwah.....

Minggu ni HATI CERIA..
Entah dari mana datangnya sinar dan seri di jiwa...
Hanya DIA yang tahu...yang jelas dari kedua-dua putri yang berkumpul hujung minggu ini.

Sabtu (05.02.2011)
Hujung minggu yang Tenang, minggu " Kerja buatku" selesaikan kerja-kerja rumah
Kemudian "Kerja BUATKU" sediakan makanan kegemaran putri-putriku
Alhamdulilah, si bongsu ulang sampai malam
Memang pengemar spaggeti pun....
Sandwich sandin ...selesai masa sarapan lagi....mungkin sebab lama tak buat MENU ni...
Huby belikan durian, tak payah tanya memang dah tahu, huby nak makan pulut durian la ni,
So untuk makan petang aku siapkan pulut durian bersama ikan masin dan santan.
Petang sempat berubat tradisional untuk huby....

Ahad (06.02.2011)
MENU hari ni pening sikit, sebab huby kena pantang banyak benda
Makanan perlu ada HALIA....HALIA oh HALIA
Senang jadi kerja mama, jadi mudah "Kerja buatku"....sup ayam Halia & ayam goreng Halia...siap....

Isnin (07.02.2011)
Bermula 'Kerja buatku" ..Khidmat Bantu Fizikal PSS sekolah angkat..
sekolah agama bantuan kerajaan, sedihh jugak tengok libary hanya 3 bay sahaja..
Buku banyak sangat sebab tak pernah dibuat pelupusan/pilih buang.
Seperti Perancangan " Day 1"
Cat bilik PSS dari dalam, kelaurkan semua buku-buku dan dibuat proses "pilih buang" dan "Baik pulih"
Bukan kerja yang mudah, sudahla buku banyak, banyak pula kitab-kitab lama
Kerja perlukan penuh tumpuan dan berhati-hati..
I.Allah demi anak-anak bangsa....PERMUAFAKATAN....

Selasa (08.02.2011)
Masih projek ini " Kerja buatku"
Masih di sekolah angkat....Day 2
Cat Rak-rak buku, kikis dahulu cat lama, sebab rak ni pun nampak dah uzur...
BIna kata-kata hikmah, untuk ditampalkan di "bay2"
Baik pulih buku yang telah dikelaskan semalam...
Balik RUmah... PENGSAN....
ingat aku sorang saje yang LETIH, tanya geng yang lain ramai yang PENGSAN jugak sampai di rumah.
I.ALLAH, walaupun LETIH, HATI riang berbunga melihat hasil yang tercipta nanti.

Rabu (09.02.2011)
Kerja buatku...Day 3
Pagi Mesyuarat pasukan pertugas Kualiti kali pertama,
Syukur aku membantu kembali, sebab risau juga sekiranya memegang dokumen
dan dapat bertukar dalam sehari dua ni, kasihan yang nak ganti nanti...
Banyak aksi-aksi dalam mesyuarat ni....seronok juga tengok...
BUkan 10sen tapi sebab lapar rasanya..Pagi tak sarapan..
Petang sambung Kerjabuatku" di SABK....
Naikkan kata-kata hikmat
serta siapkan label sudut dan fail pengurusan.

Khamis (10.02.2011)
Day 4...kerja buatku di SABK ni....
Alhamdulilah, buku-buku mula disusun ke rak kembali
Perubahan nampak dari sebelum diberikan khidmat bantu
Hari ni, buat dokumen, rekod dan sistem fail
Sudut-sudut pameran dan pengurusan.

Jumaat (11.02.2011)
Hari Terakhir atau Hari ke5...kerja buatku
Sentuhan terakhir sebelum perasmian oleh PENGETUA....
Alhamdulilah....kepuasaan tak terkata apabila
melihat sendiri hasil 5 hari berkampung di sini'
SYUKUR Ya ALLAH atas ruang dan peluang yang ENGKAU berikan
SYUKUR YA ALLAH atas kelancaran yang ENGKAU limpahkan
SYUKUR Ya ALLAH atas tenaga dan idea yang ENGKAU kurniakan....
Selesai "kerja buatku" minggu ini

Minggu ni sibuk tapi sebab semuanya kerja buat kita snediri, ia jadi mudah
berjalan dengan lancar..alhamdulilah
Hari-hari "kerja buatku" lku abadikan dalam FBku....sebagai satu kenangan kelak.
Menunggu 'TRIP" Lawatan penanda aras" bersama sekolah angkat (Prosa)
Nampaknya 'Kerja buatku" akan berterusan sehingga mingu hadapan.
Sabtu (12.02.2011 - Isnin (14.02.2011) Trip ke KL, Selangor, Melaka & Johor
15.02.2011- Maulidur Rasul.....i.allah cuti
16.02.2011- Terima jemputan ceramah "Kem Kepimpinan Pengawa PSS" dari SK Methodist & SMK Methodist.
17.02.2011 -  ada temujanji dengan doktor
18.02.2011- Mesyuarat PPSSPP

Ya ALLAH, mudahkan perjalanan HIDUPku, Perjalanan KERJAYAku.....

1 comment:

  1. Coretan ini telah dibaut pada hari jumaat, tp kesibukan menjadikan ia dipostkan lewat sedikit....yg bestnya dipost kan dr BTPN Johor (trip bersama sekolah angkat, bru setengah jam Check in....alhamdulilah....

    ReplyDelete