Followers

Friday, February 18, 2011

^^^Minggu " Mengatur Langkah"^^^

Salam UKHUWAH...

Dalam langkah ada SUKA
Dalam langkah ada DUKA
Dalam langkah ada GEMBIRA
Dalam langkah ada PILU
Dalam langkah ada KEBERANIAN
Dalam langkah ada KETAKUTAN
Dalam langkah ada KEGAGALAN
Dalam langkah ada KEJAYAAN
Dalam langkah ada KETERLANJURAN, KESILAPAN , KEALPAAN...
SYUKUR bila kita dikejutkan dengan UJIAN-UJIAN
Langkah dapat DIPERBETULKAN dengan ruang dan peluang dari kasih sayang DIA
Atas MUSIBAH yang datang.....AKHIRNYA HATI akan berbisik...DIA lah SEGALANYA
Kepada DIA aku berserah, aku berdoa dan memohon...
AGAR segalanya dalam lindungan DIA (ILAHI)..Ya ALLAH...



12.02.2011 (Sabtu)
HATI pada mulanya berbelah bahagi unutk mengikut "trip" KL, Selangor, Melaka dan Johor.
Langkah ku bulatkan, dengan niat merehatkan minda setelah beberapa kerja buatku selesai
Alhamdulilah, perjalanan yang tenang..sempat "shopping" di SOGO dan Jalan TAR
Petang bertolak ke BTPN Selangor,
YA ALLAH, malam yang sangat INDAH di i CITY Shah Alam..

13.02.2011(Ahad)
Seawal pagi langkah diteruskan ke NILAI 3...sukanya cikgu-cikgu ni..
banyak shopping, dalam menyusun langkah tak banyak yang menarik di hati
hanya sedikit "sevinior" untuk putri2 ku , huby dan kekawan di Penang.
Hampir 10pm sampai di BTPN Johor..alhamdulilah...
Jam 2.00am satu panggilan dari CIKGU AZAM, warden sekolah AYU...
Nadi rasa terhenti selepas habis bercakap dengan beliau
"AYU di HOSPITAL".......YA ALLAH..rasa macam nak terbang balik ke PENANG
Apa langkah aku seterusnya?
Hanya telefon yang menjadi pengantara...
SYUKUR jam 3am, Cikgu Azam call "AYU dah OK" dan huby pun CALL kata AYU OK ...
Alhamdulilah...dengar suara ayu mlm tu rasa LEGA HATI.....

14.02.2011 (ISNIN)
Lawatan Sandaran ke SBT,...SK Bandar Uda 2......memang sekolah yang HEBAT
Pengurusan yang amat cemerlang
Banyak info yang dapat dijadikan panduan....
Langkah kakiku mula tidak seiring dengan HATI
Keresahan hati menyumbangkan langkahku hari ini
Menanti saat-saat untuk kembali ke Penang.
Sampai ke penang 3am (15.02.2011)

15.02.2011(SELASA)
SALAM MAULIDUR RASUL.....
Moga dengan kasih sayang dan keberkatan ulangtahun kelahiran RASULULLAH  SAW melimpahi kita semua. Moga lukisan perjalanan HIDUP ku sekeluarga dalam limpahan kebenaran...
Puji-pujian padaMU  Muhamad Rasulullah...

16.02.2011 (RABU)
Langkah kerjabuatku di SK Methodist dan SMK Methodist - kem Kepimpinan Pengawas PSS
Alhamdulilah, moga perkongsian yang seadanya membuka ruang langkah
kejayaan bersama.
Ya ALLAH...lindungi langkahku seterusnya.....

17.02.2011(KHAMIS)
Hampir sepuluh hari tak masuk office, majadikan langkahku tak dapat dihentikan hari ini
Kedatangan tetamu (rakan dari Kedah, GB sekolah PROSA dan Cik Timah..hi3)
Langkahku harus dilajukan...
Persediaan mesyuarat untuk esoknya....jom langkah-langkah ....

18.02.2011 (JUMAAT)
Seawal pagi langkah terhenti seketika.....alhamdulilah..ahli keluargaku bertambah...syukur.
Langkah kaki seterusnya  ke bilik mesyuarat, mesyuarat PPSSPP bil 2...
Perancangan aktiviti 2011... moga perancangan dan langkah
akan berjalan seiring.
Alhamdulilah, perjalanan mesyuarat yang baik....sempena keberkatan JUMAAT

Kekadang dalam mengatur langkah, kita terlupa langkah telah sumbang
Bila tersadung, terjatuh dan tersungkur
Baru tersedar.......

YA ALLAH,
Lindungilah langkah-langkah ku seterusnya
Rasanya aku tidak mampu untuk meluruskan   langkah
Tanpa LINDUNGANMU YA ALLAH....
Moga aku sekeluarga sentiasa dalam LINDUNGAN MU...



1 comment: