Followers

Tuesday, March 1, 2011

^^^Terkesan di HATI^^^

Assalamualaikum warahmatulllah hiwabaratuh
Bismilahirrahmanirahim , selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Segala puji bagi ALLAH (s.w.t) yang telah mengutuskan RASULNYA sebagai pembawa petunjuk. 
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) , keluarga dan sahabat sekalian.
Syukur ke hadrat ILAHI yang mengurniakan kekuatan  minda  dan jiwa kepada hambaNYA yang daif.

Yang Terkesan di HATI...ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Khairol Annuar pada perhimpunan bulanan kali pertama 25 Februari lalu....
Kesibukan persiapan mula terasa sebagai unit yang menjadi urusetia majlis ini...
Alhamdulilah Khamis petang semua selesai berpandukan senarai semak yang sedia ada...
Menunggu Hari Majlis berlangsung sahaja....
Memikul amanah sebagai MC pada hari ini....

KAMI RUNDUI KEPIMPINANMU....YA RASULLULLAH (s.a.w)
Perbuka bicara ustaz pada pagi Jumaat yang berkat ini....
Jauh disudut hati sememangnya terdetik " rindu' pada Rasullullah (s.a.w)


Rasullullah( s.a.w) sememangnya telah diperlihara oleh ALLAH sedari kecil lagi
Sebagai umat ..kita terima Rasullullah seorang pemimpin yang amat HEBAT
Rasullulah adalah rahmat untuk semua, hidupnya berpandukan syariat
Penuh keberkatan ALLAH (s.w.t)..
Khuysuk sungguh aku amati ceramah ustaz Khairol ini,
Ringkas, padat dan penuh input....

NABI BERIKAN KEPADA KITA:
   - Wahyu
   - Syariat
   - Bimbingan
   - Kasih Sayang
   - Contoh Teladan
   - Syafaat








Rasullulah seorang yang TEGAS dan TETAP IMANnya tetapi bertolak- ansur
Cara Rasullulah beramal/ bersolat tiada bebanan dan tekanan
Bagai berbual dengan kekasih (ALLAH) dalam Baginda memanjatkan doa-doa kepada ILAHI
Rasullullah melayan semua umat sama rata tanpa mengira darjat dunia

Satu perkara yang amat TERKESAN di HATIku....
" Rasullullah (s.a.w) juga pernah bersedih kerana masalah keluarganya"

Bicara Ustaz ini terus terkesan di hatiku... YA ALLAH, sedang Rasullullah pernah diuji dengan kesedihan kerana keluarganya ( anak isteri Baginda)...apalah kiranya kita hamba yang hina ini yang diuji oleh ALLAH.....
Terasakan diri amat sayu, pilu saat ini.....
Alhamdulllilah....
Rumusanku.....HIDUP cara Rasullullah (s.a.w).....
Boleh membezakan yang HARAM dan HALAL, yang BAIk dan BURUK
Cari KEBERKATAN ALLAH (s.w.t) dalam KEHIDUPAN
Kekal solat 5 waktu
Jadikan Al Quran sahabat SETIA
Solat Dhuha (2 rakaat) - pembuka rezeki
Solat Istikarah - hilangkan tekanan....
Sucikan diri dengan UMRAH...
Rancang kehidupan kita- FOKUS : HIDUP UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH
Biasakan ucap " ALHAMDULLILLAH" dalam apa situasi dan perkara pun. 

Syukur dan Alhamdullillah...perkongsian ILMU walaupun masa yang terhad
Banyak yang terkesan di hati.....

No comments:

Post a Comment