Followers

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU......

As Salam .......Salam Ukhuwah Salam I Malaysia,

Hello cikgu-cikgu...hi2....cepat-cepat ESOK hari kita,
Pastikan ada sejambak rose ooo sesuatu dari Mr Hubby.....hi3.....

Walau pahir, kelat, masin, masam...tapi di akhirnya tetap MANIS pabila aku bergelar GURU...

Sedar tak sedar ESOK 16 Mei ..tarikh keramat buat WARGA Pendidikan.."SAMBUTAN HARI GURU"  bertamu lagi,
Tahun 2011, 15 tahun aku memegang amanah ini, SYUKUR cita2 zaman kanak2 menjadi realiti.
Alhamdullilah.....
Sempena Hari Guru tahun ni, ku ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua rakan guru :

*** rakan dari Maktab Sri Pinang
***Convent Greenlane (1997 - 2000)
***SJKC Kai Chee ( 2000-Jun 2002)
***SK Permatang Tok Mahat (Jun 2002 - dis 2005)
***BTP, BTPN  & PKG (khas nya P.Pinang & lain2 negeri) (Dis 2005 - sekarang)
***serta semua yang bergelar "CIKGU"...

Sajak dr Usman Awang yang tak pernah lekang dari ingatan terutama menjelangnya sambutan esok...

"Guru oh Guru"


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1997

No comments:

Post a Comment