Salam....
Lama rasanya jari tidak ditarikan di lamanku ini...
Putri bongsu yang rajin bukakan laman ni...
Nak masukk lagu la...apa la.....Lagu sedihhhh la mama...
"blog mama, sedihhh...."????....
Ye ke blog aku blog sedihhhh....sesuailah dengan usia..
Tak kan la blog mana nak muatkan cerita-cerita orang muda....
Yang penting CERIA SELALU.......si bongsu ni memang peneman setia..
sekarang merangkap PA la pulak, tukang up date blog, up date FB.....
Sebenarnya ada sesuatu yang menarik hatiku..setelah selesai membaca ..Muslim Kelana terkini...
Mungkin bagus untuk dikongsi bersama.....
Apa yang berlaku sehari dua ini....aku kaitkan dengan apa yang aku baca tadi....
Dr Paul G. Stolz memgumpulkan mengumpulkan maklumat dari kajiannya berbelas tahun. Penelitian beliau menggunkan tiga cabang ilmu pengetahuan iaitu..AQ ( adversity quatient) iaitu memiliki kecerdasan akibat kemalangan ataupun kesusahan dalam hidup...aku simpulkan sebagai Ujian Kegetiran dari ALLAH untuk diberikan NIKMAT & pastinya ada HIQMAH. Mereka yang mempunyai AQ adalah insan yang sanggup bertahan dan berjaya menakluki tentangan (masalah).
Aduhailah cikgu...pabila diberikan tugasan atau tanggungjawab laksanakan lah dengan ikhlas....
Tak perlulah berdolah-dalih. Mohon maaf le ye..kalau saya agak KERAS dalam kerjabuat ini...
Perlu diingat bahagian akhir tugas kita adalah:
# Melaksanakan apa yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Paul G.Stolz membahagikan manusia kepada tiga kategori :
1. QUITTERS (Mereka yang Berhenti) : orang yang memilih untuk berhenti berusaha, berundur dan mengelakkan kewajipan.
Saya berjumpa ramai orang seperti ini (tapi dalam kumpulan yang kecil), HATI saya amat sedih melihat mereka ini tewas dengan sikap mereka sendiri..kehidupan yang amat LAYU...hasilnya pastilah SAYU.
Sering memberikan alasan TIDAK BOLEH, sering bertanya BAGIMANA?, Sering berdolah-dalih. Aduhai la insan SEDARlah...mengapa kita masih BERNAFAS.... itu kerana perjuangan kita belum selesai....jadi, kalian perlu Bangun dan terus berusaha....LUNAS kewajipan sehingga akhir hayat.
2. CAMPERS (Mereka yang Berkhemah) : Orang yang memilih apa adanya, tinggal dalam zon selesa dan berasa berjaya dengan hasil yang dicapai.
Kumpulan ini adalah yang paling ramai saya temui sepanjang kerjaya saya bermula, saya Ok dah...ok dah macam ni....xpa la, bagi kat depa je la.....itulah perkataan yang sering aku dengar dari kumpulan ini. Kumpulan ini adalah kumpulan orang yang tidak akan berjaya, orang yang merasakan dirinya berada dalam zon yang selesa adalah orang yang penakut sebenarnya....
DUNIA terus berubah, zaman terus maju...kenapa awak masih Ok la..tak apa la.......tolonglah, buka sedikit minda, lapangkan hati lihat dari mata hati telah selesaikan amanah yang diberikan, langsaikah semua tanggungjawab?...fikirkanlah.....
3. CLIMBERS (Mereka yang Mendaki) : Orang yang terus mendaki dan terus berusaha mencapai sejauh mana yang mungkin
Kumpulan ini ada, tapi amat sedikit, pernah aku temui sebahagian besar di tempat lamaku dahulu...dan sekarang aku sedang meneropong tempatku ini, mencari insan-insan katagori ini unutk ku gabungkan dan menjadikan sesuatu yang LUAR BIASA.
YA ALLAH....rencana perjalanan HIDUPku kini, nampak begitu indah dan tenang...KAU temui aku dengan insan-insan "CLIMBERS" agar dapat ku ajak bersama mendaki mengemilangkan sekolahku ini.....
Pengajaran dari menilai manusia adalah dari pengalaman berkerja bersama dalam susah dan senang. Pengalaman itu akan menjadi pengalaman dari kegetiran HIDUP.
Aku perlu redha , untuk mencapai KEJAYAAN dan IMPIAN pasti akan bertemu dengan kegetiran dan cabaran.
Moga dalam lindungan DIA .....ALLAH TUHAN yang SATU...amin
No comments:
Post a Comment