Followers

Saturday, November 26, 2011

NILAI RM dalam MASYARAKAT KampungKU

As Salam.........

Hati terdetik untuk mencatat kisah ini sebagai muhasabah untuk diriku sendiri
dan insan-insan yang terdekat.....


Baru-baru ini , kerajaan telah memperuntukan Bantuan Persekolah. Terima Kasih diucapkan. Walaupun hanya RM100 untuk seorang murid, ia besar bagi waris/masyarakat kampungku yang rata-ratanya adalah petani dan nelayan.

Lima bulan kembali bertugas di kampung halaman sendiri adalah satu ANUGERAH dan RENCANA terindah dari DIA dalam HIDUPku....
Dua bulan pertama aku cuba mengenali dengan lebih dekat iklim di sini, al maklum dah 6 tahun tak masuk sekolah....SYUKUR....aku cepat dapat suaikan diri, Orang kampung la katakan...bukan susah pun nak bercampur semula dengan orang-orang kampung... (aku anak kampung).

Dua tiga kali juga perjumpaan dengan waris diadakan dengan pelbagai program. Tetapi perjumpaan untuk Majlis Penyerahan Sumbangan ini amat MERIAH...hampir 98% hadir, yang baki 2% tu pun akan hadir sebab mereka telah menghubungi aku unutk hadir pada hari lain disebabkan beberapa kekangan.
Syukur , pemimpin setempat juga dapat menghadirkan diri...yg penting bagi aku pesanan dari pemimpin setempat dan BOs aku...hala tuju untuk menggunakan wang sumbangan ini.

Dalam kesempatan ini juga aku dapat berjumpa dengan beberapa orang waris, pabila ada ruang dan peluang ini beberpa masalah akan dibincangkan. Aku dapat melihat sendiri ada banyak keluarga dari anak-anak muridku yag amat daif......pertemuan dengan seorang ibu, telah megugat kekuatanku...muatira jernih gugur juga walau aku cuba KUATkan jiwa dan hati agar ibu itu melihat kekuatanku....
Namun....sengsaranya ibu itu yg mungkin sebayaku rasaya amat menyentuh jiwa....
Suami yang tidak memainkan sebarang peranan, ibu muda itu surirumah beranak 6 , lima berskeolah perlu memikirkan semua....bantuan ini amat bermakna pada anaknya......


Ya Allah, sukar juga difikirkan dalam zaman yang serba maju ini, masih ada orang yang amat susah. Sebab ruang dan peluang kerja yang sedia ada ......perit penderitaan ibu ini.....
"sabarlah puan, puan diuji begini kerna TUHAN tahu puan mampu dan DIA memberikan yg lbh baik kelak"
itu yang dapat ku tuturkan tak kala melihat deraian air mata ibu itu tumpah bagai air yang mengalir.....

YaAllah besar ujian pada ibu ini....
"Kenapa puan tak datang jumpa saya lebih awal ?"

"saya tak pandaiii la cikgu"....

"tak apa la, esok suruh anak puan ambik surat akuan dari pejabat dan puan cuba pergi ke pusat zakat dan pejabat YB, saya saya ad abantuan untuk anak-anak puan"

"suami saya tak suka cam tu"

"ooooo....suami puan xsuka mohon bantuan? Jadi bagaimana anak-anak nak teruskan pelajaran tanpa wang (pakaian, alat sekolah dll)'

Panas hatiKU, apa jenis suami/bapa sorang manusia ni, dah le tak mampu nak sara anak yang ramai, sombong pulak , tak mahu mintak bantuan.......
Ku renung wajah ibu itu...memang jelas berat beban yang digalasnya,,,nampak dari raut wajah yang kelat dan suram.....

"Tak apa lah puan, puan masih ada anak di sini, kiranya puan ada masalah , datanglah jumpa saya"....
I.allah anak-anak puan nanti akan menjadi CAHAYA dalam hidup puan, sabarlah...
Mataku mengiringi puan itu pergi dengan keluhan di hati.....
Hari ni , 3 orang anaknya mendapat bantuan, maknanya RM300.00...adakah duit itu akan digunakan untuk anak-anak dia atau.....(adoiiii prasangka buruk pulak aku ni)....
Teringat kata-kata guru lama di sini...
" Tengok la, mlm pasar malam ni, penuhla tangan depa...."
" ye ke?......."

Aku menunggu hari pasar malam..memerhati tiap orang yang lalu-lalang....
"betuiiii la....setiap orang berbeg2 jinjit di tangan...???????"
Kebetulan, minggu ni semua sekolah di kawasan ini menyerahkan  bantuan persekolahan.....
Ya Allah jauhkan buruk sangkaku ini.......

SEMOGA semua ibubapa/waris akan menyediakan persediaan persekolahan yang sempurna untuk anak-anak mereka 2012....
Aku tak mahu lagi melihat anak-anak muridku memakai kasut seperti ini.....
                                               ini sempat ku rakamkan baru-baru ini.....

Pabila ku berhujah dengan suamiku..mempersoalkan apa yang aku nampak di pasar malam
"biarlah, mungkin mereka baru je nak merasa makanan yang sedap sikit"....

Aku membesar di sini, dulu memang susah, nak makan ayam pun bila raya sahajaTetapi itu 30 thun dahulu,
sekarang kilang dah banyak, kampung pun dah maju
Jadi anak-anak kampung ni tidak sesusah zaman aku bersekolah dahulu.....

Wahai ibubapa, waris.......
SEMOGa dapat menyediakan sesempurnanya kelangkapan anak-anak sebagai MOTIVASI pada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran......
Rasanya, banyak bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan, pusat zakat , bank2 dan sebagainya....
MAAF , saya harap tiada lagi anak-anak murid saya yang berbaju lusuh, kasut koyak tahun 2012 ini dan seterusnya.......
Berkhemahlah dalam berbelanja wahai masyarakat kampungku.....

Anakku sendiri balik dengan Wang Bantuan RM100.....
"wah adik , kayalah......." ayat budak tingkatan 2
"OK, adik list up barang sekolah dan tulis anggaran harganya , pas tu TOTAL, bagi tau ibu"
" mana cukupppppp.......!".......
Betuiiii tak cukup dengan barangan yang semuanya melonjak naik sekarang......itu kes anakku


Anak-anak adalah Anugerah, Rezki anak-anak ada.....jadi kita perlu menjaga anugerah ini dengan baik....

3 comments:

  1. sedih ...sayu rasanya bila baca kisah ni kak...mentaliti sesetengah masyarakat ilmu itu x penting untuk kehidupan...kasihan pada anak2 yg jadi mangsa...moga anak2 itu terpelihara dan terus dibela...luv, maria

    ReplyDelete
  2. amin......rezeki anak-anak ni mmg dah tertulis, td pun dlm 200 org anak kadun menerima sumbangan pakaian sekolah yg sedihh tu ada sekolah yg hanya 15 org hadir dari 40 org yang dicalonkan.....,mengaku 'miskin" tp kenapa "sombong" org nak bg derma pun xmau mai....cian kat anak2 depa....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete