Followers

Monday, December 26, 2011

2011 Ditinggalkan, 2012 - Perubahan Dilakukan

As Salam.....

Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa, iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang ( Hadis Riwayat Bukhari).


Kata-kata ni yang menarik aku untuk bercerita hari ni....
SYUKUR...masih ada nadi yang berdenyut..masih ada nafas yang berhembus
Takala 2011 melabuhkan tirainya dan 2012 mula bertamu dalam 7 hari sahaja lagi

2011 - Bukanlah sesuatu yang mudah untuk diungkaikan dengan kata-kata
Tahun yang banyak mengajar, bukan dari pembacaan walaupun aku ulat buku
Tapi dari pengalaman.....pengalaman yang menjadikan aku seorang PEMIKIR yang kritis...
Kenapa, Bagaimana......??????
Oh, rupanya TUHAN ingin aku belajar dari pengalaman.....pengalaman dari ujian yang datang
Tidak dapat dicari di mana-mana.....

Namun aku masih mampu TERSENYUM......(terbiasa)
Rasanya terlalu BERAT...tapi mungkin benar kata -kata
"TUHAN memberikan UJIAN yang BESAR, kerana DIA mahu memberikan HIKMAH yg BESAR"

"UJIAN dari DIA , adalah atas mampunya umatNYA untuk harungi"

Insan akan diuji, untuk lebih matang dalam mengharungi kehidupan
HIDUP bukan satu perjanjian yang semua akan berjalan mengikut perancangan kita
Perancangan DIA adalah yang terbaik......
Dalam rintih-rintih ujian, DIA tetap memberikan CAHAYA
Hikmah & nikmatnya......sudah terasa
Alhamdullilah, moga 2011 akan berlabuh dan menjadi satu sejarah
KESABARAN ku kumpulkan untuk meniti ujian-ujian ini, bukan mengeluh kerna mengeluh adalah kebiasaan jahiliah.....kekadang insan tidak dapat membezakan antara mengeluh dan sabar...melainkan ia menggunakan mata hati yang dapat membezakan keduanya  ada jalan yang lain.

Yang perlu ku INGAT :
ALLAH menguji menurut kekuatan iman yang kita miliki. Jika keimanan kita kuat, ALLAH akan memberikan cubaan yang lebih berat manakala jika kurang , cubaan yang diberikan juga akan lebih ringan.

2012 akan muncul, moga aku  dapat melakukan 360 darjah perubahan dari 2011.....
Untuk aku melangkah hari-hari 2012.....
Aku akan memulakan langkah dengan perancanganku
Semoga semua perancanganku, impianku dalam lindungan DIA Tuhan yang ESA
Semoga aku akan sentiasa diberikan petunjuk dalam sebarang kesulitan yang mendatang
Semoga KESABARANku akan bertambah selari dengan Usiaku.....
2012 akan membuka lembaran baru, cerita baru, azam baru.....
Yang pasti PERUBAHAN besar akan berlaku baik dari rencanaku mahupun takdir DIA
2012, juga akan menguji aku menguruskan rencanaku, sang putri yang diamanahkan
Harus dibimbing menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat
Semoga PMR si bongsu akan cemerlang dan si kakak akan succes dalam bidang yang dipilihnya.
Semoga kesihatan akan ditingkatkan , agar dapat lebih beribadat kepada DIA, agar dapat menyumbangkan tenaga dan idea dalam melahirkan anak-anak didik yang lebih PERKASA dan BERJAYA
Semoga perjalanan kerjaya akan lebih succes...
Menjadi diriku seadanya.......walau di mana pun moga aku masih tahu diri.....
Tahu menyayangi, tahu menghormati, tahu berterima kasih dan yang penting tahu BERSYUKUR....


Wasalam.........

No comments:

Post a Comment