Followers

Monday, December 12, 2011

AS Salam.....

Allah masih memberikan kekuatan dan ketenangan dalam jiwa ini untuk menempuh ujian-ujian yang diberikanNya, .walaupun kadang2 ada rasa ‘sakit’ tapi itu sebab salah ku sendiri..mungkin ketika itu terasa jauh daripada Allah disebabkan kelalaian untuk menjaga hubunganku denganNya.. astarghfirullah.



Takala rasa lemah menyapa diri, sayu bertakhta di hati dengan ujian yag datang, cukup satu ujian yang menyapa....namun amat berat rasanya untuk membuat aku hilang arah seketika...


MInda berkata, aku perlu bangun, aku perlu cari kekuatan yang ada, aku perlu bersandar pada baki sinarku, alhamdullilah.....rasanya tiada air mata untuk ujian yang satu ini, walaupun amat hebat sekali....

Semakin lama hidup di dunia ni, semakin besar cabaran yang ada, dan semakin tinggi pengorbanan yang dituntut dalam diri.. pada satu sudut, diri ni memang bersemangat berkobar-kobar untuk menempuhinya, berfikiran positif dan optimis, dan yakin bahawa jika diri ini melakukan yang terbaik, insyaAllah usaha itu yang dikira walaupun apa sekali outcome atau natijahnya. Tapi pada satu sudut yang lain, ada elemen negatif yang masuk yang cuba untuk menumpaskan semangat dan keyakinan diri.. diri mula bertanya, ‘Mampukah aku ?’…seolah-olah menyoalkan ketentuan Allah untuk berdiri di sana menerima ujian-ujianNya.









Namun, kadang-kadang ujian yang satu ini seakan-akan merenggut segala daya dan upayaku. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buatku bangkit kembali? mampukah aku menyingkapinya?
Aku percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan.  Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
AKU WAJIB :
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216] 
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Wahai diri, kali ini. . .letakkan DIA (ALLAH yg SATU)'bersama' ketika kamu menapak.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Dengan satu ujian yang hebat ini, aku dapat secalit cahaya dari sisa kekuatan yang ada.
ALHAMDULLILAH ...syukur atas segalanya.


1 comment: