Followers

Saturday, November 26, 2011

HIJRAH kembali TIBA

As Salam, Salam Ukhuwah....



Sedar tak sedar setahun sudah berlalu dan Hijrah bertandang lagi
Bermakna bertambah lagi setahun , meningkat lagi setahun.....
Maka semakin pendeklah USIA yang dipinjamkan.....





Rasanya baru sahaja aku mencatat kisah HIJRAHku 1432 .....
KIsah permohonan ku unutk berhijrah..
Yang direalisasikan pada 15 Jun ...yang lalu.....

Hijrah 1433, aku sambut tanpa perlu aku bergerak (hijrah) dari segi pergerakan kerjaya
Seperti cerita hijrahku yang lalu.....
HIJRAH 1433.......
Kali ini, aku akan berhijrah minda dan jiwa
Amanah dan tanggungjawab, walau seberat mana pun akan dilunaskan dengan pinjaman kudrat dan akal oleh DIA yang Maha Agung.......
Harapanku, agar tahun baru Hijrah 1433 ini akan memutikkan bunga-bunga kecemerlangan
dan kejayaan dalam menjalankan amanah serta menyumbangkan apa adanya pada masyarakat kampungku ...

Sesungguhnya aku amat BERSYUKUR dengan rencana dan ketetapanMU...
Kembali ke menaburkan bakti seadanya di kampung halaman sendiri
Peluang  dan ruang yang amat aku hargai.......
Semoga ENGKAU mempermudahkan dan melindungiku YA ALLAH
Dalam mengatur langkah-langkahku di sini......andai sumbang langkahku
KAU sedarkanlah, KAU sentuhlah naluriku
Agar aku sentiasa di jalanMU YA ALLAH.....

Semoga Kehadiran 1 Muharram 1433H akan menjadikan kita dalam kalangan hamba yg soleh/solehah dan dekat dengan DIA Tuhan yg satu (ALLAH s.w.t). Dapat meneruskan kehidupan di dunia dgn jln yg BENAR dan meningkatkan amalan utk kehidupan yg KEKAL di sana. SALAM MAAL HIJRAH 1433




Moga dalam LINDUNGAN DIA , Dunia & Akhirat......

No comments:

Post a Comment