Followers

Tuesday, June 12, 2012

Salam Kerinduaan

Salam 1M,

Sedar tak sedar Mei berlalu dengan  begitu cepat, sehingga kini saya di pertengahan Jun. Baru dapat singgah kembali di blog saya setelah agak lama tidak menarikan jari saya di sini. Runti kerjabuat yang amat padat dengan kekangan masa serta tenaga yang semakin kurang...hie....saya terpana dengan tugasan yang tak pernah selesai. Walau pun begitu, syukur saya kerana dalam kekalutan ini, menjadikans aya mat dekat dengan DIA unutk mengadu...YA ALLAH LINDUNGILAH Daku.....

 Saya akan sentiasa rindukan sang pelangi.....

7 Mei saya kembali ke sekolah selepas dua minggu di IAB unutk kursus NPQEL saya Fasa Kedua. Mulai 7 Mei sehingga 7 Jun 2012 saya akan menjalani Program Sandaran di sekolah sendiri. Awalnya nampak amat mudah, al maklum berada di sekolah sendiri, di pejabat sendiri. Masa Program Penandaarasan dulu, saya di sekolah lain. pergerakan agak terbatas..tetapi syukur alhamdullilah ramai rakan-rakan membantu.Selama 8 minggu kerja waktu pejabat dalam program sandaran bukan satu yang sukar bagi saya kerana saya dulu 6 tahun (waktu pejabat) juga sebelum kembali ke sekolah pada Julai 2011.



 Bersama GB (abah)..hie yang sentiasa menyokong, PKP dan PKKO...hari guru 2012

Hari demi hari, minggu demi mingu di sini dah masuk minggu kelima....alamak kerjabuat Sandaran banyak yang belum terlunas....baru tersedar pabila berada di sekolah sendiri kerjabuat rutin HEM dengan P & P, perancangan program sekolah...hu3...tak cukup tangan, tak cukup masa....tenaga pun dah SIFAR.....hu3.

Alhamdulliah, mulai minggu ni saya dapat tepikan sedikit hal2 lain dan terus FOKUS pada program sandaran saya. Membina sebuah Galeri PPDa....Fizikal dah mula nampak wujudnya. Terima kasih pada GB , semua guru-guru dan pekerja yang banyak membantu.....ALLAH itu maha melihat dan adil. Pabila DIA melihat kita tidak mampu, maka diturunkan orang2 sekeliling yang menghulurkan tangan untuk melancarkan perancangan yang telah dibuat. I.Allah dengan sokongan dr GB dan rakan-rakan guru serta keluarga tersayang kursus saya akan selesai pada 6 Julai 2012 ini. laporan saya hanpir 80% selesai. Hati tersnetuh dan terharu dengan sokongan semua di saat saya rasakan amat lemah dan terasa hendak jatuh, ada sahaja tangan-tangan yang dihulurkan untuk memimpin saya bangun kembali. Besarnya Anugerah dan perancangan ALLAH pada saya.


Rakan-rakan NPQEL 1/2012- pasti akan saya rindui kelak

Selesai kekalutan dan kesibukan saya dengan kursus NPQEL ini pada 6 Julai, saya akan berehat pada Ramadhan dan Syawal. I.Allah, jika diizinkan oleh ALLAH s..w.t, saya akan mulakan pengajian PJJ sarjana saya dengan UUM pada SEPT 2012...semoga dapat diselesaikan dalam masa dua tahun sahaja...hi3....

Kesibukan dengan kerjabuat dan kursus menjadikan saya semakin rapat dengan buku-buku. Jiwa tenang dan lapang, walaupun masa rasanya 24 jam sehari tidak cukup....apa yang saya amat yakin" JANJI ALLAH ITU PASTI". Semoga perjalanan dan kerjabuat saya  serta keluarga tersayang sentiasa dalam lindungan ALLAH s.w.t.

Saya pasti dengan rencana ALLAH s.w.t

Rencana ALLAH pasti terbaik dari rencana kita...Redha adalah penyubur ketenangan jiwa dan pendamai minda......

1 comment: