Followers

Thursday, June 14, 2012

Teruskan Langkah Satu Persatu

Salam 1M,

SYUKUR ALHAMDULLILAH...minggu ini seperti ada cahaya terang yang mula menyuluh kesamaran saya. Perancangan saya atur dengan teliti. Cuti sekolah , saya hadir ke sekolah tetapi tak sampai hati nak ajak guru-guru yang bercuti.

Mulai Isnin tadi semua telah kembali ke sekolah. Syukur alhamdullilah, semua guru-guru dan anak-anak kesayangan saya di sini sihat serta ceria hari pertama kembali ke sekolah.

Mulakan dengan mengecat bilik, syukur semalam dah siap. Semalam juga saya penuh dengan mesyuarat. Mesyuarat Projek Sandaran saya dan Mesyuarat Guru Kali Kelima. Jam 6 juga sampai di rumah. Walaupun letih tetapi, saya telah nampak cahaya yang mula menyuluh. hari ini dah dimulakan taklimat 5 minit anti dadah disampaikan oleh saya sendiri, esok akan diserahkan kepada guru berkenaan (Cikgu Jariah).

Awal pagi, saya dapat jumpa YDP PIBG. Susah nak jumpa Haji ni almaklum orang berniaga dan orang politik. Pagi ni di dataran baru, saya bersama "abah" (GB saya) dan "Pak Su" (Cikgu Razif membentangkan apa yang patut dan program terdekat :

    i. Persaraan PKKK- haji setuju akan tanggung berapa jumlah yang saya perlukan untuk tambahan jemputan dan hadiah dari PIBG (duit poket)..Terima kasih daun keladi.

   ii. Projek Sandaran- disokong 100%...cadangan saya Karnival hanya 5 hari (25 hingga 29 Jun) . Saya serahkan sesalinan kertas kerja pada Haji, tetapi memandangkan YB ada program di sekolah ini pada 30 Jun...kita lanjutkkan ke 30 Jun 2012.

Terasa urusan kerjabuat saya awal pagi ini sangat lancar..syukur Ya Allah.

Jam 10.00 pagi ke AADK, Pejabat Penerangan, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Perpaduan ( abang saudara saya ada di sini)...menjelaskan tujuan dan menyerahkan surat makluman. Kami diberikan kerjasama yang baik. Bahan pameran untuk bilik dah banyak...Jadi esok cikgu-cikgu boleh mula memproses.
I.Allah kalau diizinkan perasmian pembukaan akan dibuat oleh PPD Selatan dan perasmian penutup oleh YB Dato Mahmud.

Kembali ke sekolah....dengan harapan yang berbunga2...hie....Semoga JODOH saya dengan SKSS ini dipanjangkan agar saya dapet melihat hasil perubahan yang dibuat.

Dalam masa yang sama, selamat berjaya buat pasukan pengakap yang akan berkampung di SK Bakap Indah- persediaan yang dibuat amat baik. Semoga banyak kejayaan yang dicapai.

Hati sudah terpaut KUKUH dengan SKSS....


1 comment: